Friday, March 16, 2012

Hati Berimpian

Dah lama nak tulis pasal impian hati ni. Tak tahu la kenapa, nak sangat pergi ke tempat ni semua. Macam best jer. Mungkin sebab tak pernah pergi kot, tu pasal rasa nak pergi. Kalau nak diceritakan, memang tak tercerita sebab banyak sangat impian.

Jadi kita tengok impian kecil-kecil ni yang rasanya macam boleh tahan jugak weh. Kalau dapat pergi semua, whoaa! Tak tahu nak cakap macam mana lah. Rasa tak jejak hati ni kat tanah. he he he.

pstt : Ehsan gambar adalah dari menggugel di gugel

 1# Bukit Tinggi

Best sebab macam kat oversea. Ewah-ewah, werangan tak hingat. Ok la tu, tak boleh pergi jauh-jauh, dapat pergi sini pun dah banyak OK dah :)

Kalau ada rezeki, dapat datang sini boleh ambik gambar banyak-banyak. Tengok, tujuan dia nak ambik gambar je. Bukan bertujuan boombastik sangat. Ayoaa! Agak-agak kan, sejuk ke tak eh kat sini??


Kalau tak silap, ini taman Jepun. Betul ke tak, hentam aje lah. Yang ni masih kat Bukit Tinggi. Oh ya, BT ni kat pahang kalau tak silap. Tengok, BT pun tak tahu letaknya kat mana, tapi ada hati nak pergi.


 2# Cameron Highlands

Whoaaaa. Tak tahu nak cakap apa. Dah pernah pergi dua or 3 kali kot. Tapi semua tu macam tak berapa menikmati sangat la. Tak ada gambar dalam ladang teh. Nak jugak feeling rasa macam pekebun teh. Kutip-kutip daun teh sambil bawak bakul besar kat belakang. Best + seronoknya la kalau dapat buat macam tu.


Wink! Marilah kita sama-sama mengutip strawberry yang manis, masam. Macam-macam ada. Dulu masa datang kan, jenguk dari luar aje. Tak masuk pun dalam kebun ni semua.



Yipp! Ini yang penting. Nak makan aiskrim stoberi. Nak makan semua pasal stoberi. Walawah walaweh. Macam mana tak tahu kewujudan ni semua. Ada aiskrim la apa la. Semua ada, tapi seriuos, memang tak tahu semua benda ni ada kat sana [malu pulak. hu hu hu]

Teka kat mana nih? Tengok gambar ni ha..


 3# Krabi, Thailand

Ye. Saya TERINGIN SANGAT-SANGAT NAK PERGI SINI. Siap caps lock lagi ni ha. Dua tahun lepas, ternampak gambar ni di dalam blog seorang perempuan, dia pergi sana. Sangat terlopong daku melihatnya.


Pantai dia jangan cakap la, memang pasir tu melepak putihnya. Rasa macam urrmmm, tak ada kata-kata yang boleh digambarkan dengan rasa ni.



Ni map dia. Ooo kat situ aje Krabi. Dulu, aku ingat Krabi tu nama pantai. hu hu hu. Rupanya nama tempat.


 4# Karambunai, Sabah

Bila sebut Karambunai, teringat akan pantainya. Tu je yang menyebabkan nak sangat pergi sana. Menikmati pandangan matahari dan langit di waktu petang. Eh, bunyi perlakuan macam jiwa yang jiwang-jiwang la pulak. Tapi aku sukaaa! Sebab? Dapat tangkap gambar.


 Antara resort yang ada kat sana. Tengoklah pantai dia tu. Pasir dia, boleh buat biskut raya. he he he.


Nampak tak mana si Karambunai? Dekat aje rupanya dengan Kota Kinabalu. Bila sebut aje KK, terasa kesejukan dia :) Macam la pernah sampai kat Sabah.



5# Mauritius

Ha ha ha, giler hebat punya impian. Yang ni sebenarnya memang tak akan sampai la. Dah la jauh, lepas tu memang tak nampak bayang-bayang atau gambaran akan dapat jejak kaki ke sini. Sekadar pasang impian cukuplah. Pantai dia memang cantik. Sebenarnya aku suka tang tu aje.


Meh kita tengok sikit map Mauritius ni. Rupanya kat Madagascar. South Africa? Nampak macam tak jauh jer. Lepas tu tak jauh jugak dari Kenya. Ala terbayang pulak orang Kenya, ha ha ha. Mozambique. Whoaa! Tak familiar la dengan peta ni. Cumanya negara-negara tu biasa la dengar.

Last-last kan,

 6# Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Gelak dulu sebelum orang lain gelak. Konon pasang impian nak pergi macam-macam tempat. Padahal kat sini pun tak pernah sampai lagi. Kalau drive dari rumah adalah dalam 1 jam lebih atau 2 jam kot. Ni la satu-satunya mall yang ok yang pernah wujud kat negeri Terengganu. Yelah, asyik-asyik Giant, Mydin tu aje yang ada kat Terengganu.


Lebih kurang macam ni la bangunan Mesra Mall tu. Biasa aje pun. Tak payah la nak bandingkan dengan shopping complexes kat tempat lain. Memang tak boleh nak berdiri sama tinggi la. huk!

Kalau dapat pergi semua tempat ni kan, tentu seronok, lompat bintang la kite :)

Eh, Raja Lawak final rupanya malam ni. Langsung tak tahu.

Ok tata titu.



Tuesday, March 13, 2012

S M I L E

Kadang-kadang kita boleh ketawa tanpa sebab.
Kadang-kadang hati kita boleh berbling-bling tanpa sebab.
Kadang-kadang kita dilimpahi oleh rasa bahagia. Ya Allah :)
Kadang-kadang kita rasa segala ujian/mehnah yang diuji kepada kita, kita boleh hadapinya dengan senyuman.
Kadang-kadang kita entah tak tahu nak cakap apa.. hi hi hi.

#Penangan dengar lagu yang best! Lagu sedih tapi rasa sangat happy dengar lagu ni. Comey jer. Lagu apa? Nanti saya postkan eh. 

Duhai si My Personal Space | MPS.

Kamu nak tahu tak, tuan kamu pada ini hari kan.. dia


Rindu nak sepak bola, nak main futsal.
Jap tadi, tertendang bola si Afiq, semua rasa tu datang.
Rindu giler nak berlari kat dalam gelanggang raja tak lawak futsal. 
Rindu kat rumput tipu-tipu kat futsal court.
Dah lama tak pegang benda hitam, ala-ala getah warna hitam kat atas padang tu. Kecik je benda tu. 
Sape main futsal tau la benda alah ni. Kalau dapat benda hitam tu kan, biasa aku cuba nak cubit-cubit dengan niat nak cerakinkan jadi bertambah kecik. Sebab geram! :)

Dulu-dulu bolehlah nak berlari kat padang tu dengan tak malu. 
Eh, malu tapi boleh lagi berlari macam pelari kebangsaan peringkat kampung. 
Eh ada jugak macam ni eh? ha ha ha 
Sekarang malu lagi meningkat dengan banyak. 
Kan best kalau semua penonton adalah wanita.
Barulah tak malu nak main futsal.

Pagi tadi, dengar dalam radio. Motivator tu cakap 'jangan sibuk nak jadi orang lain, jadilah diri sendiri'. 
A'aa kan, kita selalu aje fikir best nya kalau macam ni, best nya macam tu. 
Macam tak bersyukur dengan apa yang kita ada. 
Padahal manusia ni ye lah kan, diberi betis nak pulak peha 4 ketul. 
Aik! Mana boleh macam tu. 
Haloba giler.

Aumm cakk!!
Bulatkan mata tu sikit.
Kalau usik budak-budak mesti takut. 
Comey je kalau budak-budak tunjuk muka takut dan gerun. 
Apa lagi eh nak ditulis? 
Urmm, malam ni kan tak tahu nak buat apa lepas menonton Vanila Coklat.
Ending dia happy. 
Happy ending. 
Nak membaca rasa rajin agak tidak membukit, graf turun dengan mendadak.
Selalu aje macam tu. ki ki ki.
#kenyit mata. 

Hati saya tenang, gembira, bahagia.
Alhamdulillah atas rasa ni.
Walaupun saya masih tak memiliki kamera dslr lagi, tapi tak mengapa.
Saya dah bersyukur sebab tadi dapat makan nasi lemak. 
Makan nasi lemak di waktu petang.
Makan dengan tumis dia aje. 
Sedap.

Oh ya, saya ada beberapa agenda yang perlu dilunaskan.
Manyak lama sudah tertangguh. 
Malu dengan diri sendiri.
Harapnya akan ada jugak penamat dia nanti.
Chayokkk chayook diri sendiri.
Dah melalut sungguh ni.
Seronok kan kalau menulis spontan dan aci redah aje macam ni.
Terasa banyak la pulak idea nak berlari keluar dari kepala nih.
Kalau kita plan nak tulis tu kan, idea macam tersumbat aje.

Malu kalau entry ni budak-budak pejabat baca. ha ha ha.
Eh tapi takpe, sebab dorang tak tahu MPS ni wujud.
Dah terlebih rajin buat entry ni kiri dan kanan.
Kasi pening diri sendiri.
Dahla, marilah kita log out dari blogger ni.

Tettt!!!



Monday, March 12, 2012

1 :: Festival Pelamin & Rias Pengantin 2012

Panjang pulak tajuk kali nih. Tadi, masa pergi ke tempat kerja, kiri kanan banyak sungguh bunga manggar. Tanda pesta ops! bukan pesta, tanda kemeriahan air sirap dan nasi minyak kembali lagi. Wah, bila sebut air sirap, sinonim sungguh dengan kenduri kawin-kawin. Nasi minyak air sirap, urmmm. Pasangan ideal. Dah jangan banyak buat andaian dan fikir, kenapa tak air sarsi dengan nasi putih di kenduri kawin. Kenapa tidak nasi ayam air orange? Lagi best rasa dia. Nak jugak air sirap cap bunga ros :)

Oleh kerana sekarang sudah cuti sekolah, maka ramailah pasangan mempelai mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi, di sini saya sertakan pelamin yang mungkin boleh kasi idea untuk anda. Kedengaran macam pemilik butik pengantin la pulak, padahal tak pun. Pengunjung festival aje, hi hi hi.

Kami ke festival ni pada bulan lepas masa bulan dua. Bulan februari, kalau lupa boleh cari entry pasal Gen-Q. Ha, buku tu saya beli kat sini lah.



Pelamin besar ni dipamerkan betul-betul depan pintu masuk. Masuk aje dah nampak pelamin ni. Masa tu dah rambang mata, nak start pusing kat mana? Dari arah timur ke selatan, atau dari utara ke timur? Barat ke timur? Nak mula dari mana nih? Kami buat keputusan, dari timur kami ke selatan, lepas tu ke barat lepas tu utara dan timur balik. Cukup satu pusingan untuk le tour de pelamino. yOKkkk!



Sangat cantik. Like berpuluh kali untuk pelamin ni. Sebab apa cantik? Sebab ada teddy bear yang comel tu. Ada bunga yang diperbuat dari kertas. Rasanya d-i-y la tu. Kombinasi dia cantik, cuma kalau diperhatikan, ianya agak sarat. Tak tahu nak cakap sarat macam mana, tapi mata ini cakap sarat tapi cantik. Ecewah, bajet juri awam o_O



Kita close up kan dia. Cantik kan? Lampu chandelier tu terletak aje. Jangan jatuh atas kepala pengantin sudah. hu hu hu. Sempat lagi fikir yang aneh-aneh aku nih. Bergantungan, bergayutan kiri kanan si anak-anak beruang tu. Mana entah perginya mak dan ayah dia. Kena buang dari keluarga agaknya. 



Pelamin yang kedua. Cantik jugak. Simple jer, cuma bunga kat bawah yang di kiri dan kanan tu agak besar. Kalau dibuang dan hanya letakkan bunga-bunga yang ditaburi la tawar, lagi cantik kot. Lagi simple, senang pun senang kawan-kawan dan kita nak bergambar. Takdelah berserabut dengan bunga. 



Saya suka HIJAU! Hijau itu saya. Eceh, tetiba pulak buat statement yang tak perlu. Saje je nak bagi ayat nampak panjang dan banyak dalam entri ni. ki ki ki. Jangan tiru perangai macam ni. Pelamin ni cantik. Eh, perasan tak. Kerusi untuk pengantin, lebih kurang aje kan? Sama pesen je. Keluar dari perut ibu = kilang yang sama agaknya. Agaknya aje. Tak semestinya betul. Eh, tinggalkan pasal perut la hape tu. Meh kita tengok pelamin nih. Yang ni cantik. Simple aje. Bunga-bunga matahari takde. Kire cantik la, dengan kain tirai hijau lumut macam tu. Nah 5 bintang untuk kamu pelamin.



Kita kasi bukak itu lampu ajaib aladdin. Ha,barulah naik seri pelamin nih. Penataan cahaya penting untuk naikkan mood pelamin. Eh, naikkan seri pengantin. Dalam gambar, sure muka nampak licin bak telur rebus yang dikupas dengan teliti. Kalau kupas tergopoh-gapah, tak teliti. Tak cantik jugak telur tu. Macam permukaan bulan. Lubang-lubang. Time ni lah, nak verangan macam Lisa Surihani. Bila lagi kan? Semua kamera tertumpu kat kita aje, jadi buat la sehabis yang baik. Senyum sampai lenguh otot.  


Pelamin yang ni pun cantik. Biru dan putih, sesuai sangat kan? Tak boleh nak cakap banyak-lebar-panjang, dah cantik dah. Kire 5 bintang jugak untuk kamu.



Rupanya, setiap pelamin ada konsep dia. Bila tengok balik gambar ni, baru lah tahu tema untuk pelamin biru dan putih ni, Cinta Melayu Terakhir. Macam tak best sangat bunyi dia. Jiwang sangat. Pandai-pandai pulak komen pasal nama konsep orang. hu hu hu. Ampun :)



Pelamin yang sungguh fairy tale. Dah terlebih angan-angan kalau macam nih. Kalau perasan, pelamin ni bentuknya ala-ala kereta kuda macam tu. Kiri kanan yang bulat tu roda. Cantik jugak pelamin ni, dia gunakan fresh flowers dan bajet hampir 4 ribuan. Tapi berpatutan la sebab dia sekalikan dengan pakej meja beradap, perhiasan dalam bilik. Apa entah lagi. Kire oklah bagi yang mampu. Saya mampu tengok aje. hi hi hi. 

Oh ya, untuk pelamin ni kan, banyak jugak makan space tau. Ruang tu kena besar, kalau dibuat kat dalam dewan. Ok lah, kalau nak buat kat dalam rumah. Urmmm.. kena fikir banyak kali. Mungkin perlu buang itu buang ini, lalu jadilah pelamin togel.



Bunga manggar mercu 'eh ada majlis kawin lorr!'



Kat tepi pelamin tadi, siap ada payung yang sangat seksi. Jarang sungguh kain dia. Payung perhiasan aje tu, jangan guna semasa hujan sudah. Lencun la jawabnya nanti. Cantik kan? Biasan cahaya memang menarik.



Hantaran yang disediakan. Siap berbasikal lagi. Sape nak ipad? Nah hantaran ni. Ambillah kalau boleh. hi hi hi. 

Maka berkumandanglah lagu, selamat pengantin baru, semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu akhir hayat. semoga murah rezki. Lagu ni sedap arh! Macam makanan la pulak sedap-sedap. Cikgu BM baca mesti kene marah. 

Untuk yang nak kawin, bakal pengantin, nanti saya entrikan lagi gambar untuk korang eh.

xoxo



Sunday, March 11, 2012

Doa


Doa itu ialah ibadah
Jangan kedekut untuk menadah tangan kepadaNya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...