Monday, July 13, 2009

.: Pesta Konvokesyen :.

Wau. Sakan meriah. Sempat la juga meronda kawasan pesta konvokesyen UDM jap tadi. Bergerak memalam memang best... cuaca hening dan sejuk..Chop! udm = universiti darul iman, terengganu * tak suke biarkan korang fikir..ape itu udm?? Mungkin tak seglamer UiTM. hik hik hik. Kenyataannyer, keseronokan amat dirasai oleh para student. Yela, sape tak happy kalau dah nak grad ek?

Kebagusan yang boleh dikongsi:
Laluan trafik bergerak amat lancar...laju dan terkawal. Bagus betol kawalan dorang..tak sempat nak tukar gear, dah melambai-lambai tangan pak guard..
Kereta kene belok? Uish~! enteng aja..setakat motor yang belok...dorang boleh angkatkan...gaggagaga...siap berebut-rebut lagi * mungkin bosan berdiri kot..
Para penjual amatlah mesra sekali..kebiasaan penjual dikalangan student memang begitu perangainyer kot. Tak boleh nampak baby.. "Hish! comeynyer baby ni, nak dukung boleh? " * kalau aku, aku cubit jer ibu jari kaki baby tu...wkakakakkaa...


Antara barang HOT~! Bear yang menjadi kebanggaan para penerima .. Leh simpan untuk tatapan anak cucu nanti...

Hati akan lebih berbunga-bunga apabila menerima bungaan yang segar bugar ini.. Kiri kanan, didapati banyak gerai yang menyediakan bunga untuk dibeli oleh pengunjung.. Pilih jangan tak pilih dek non...


Raya dah dekat..so marilah sesama kite ke tapak kain kainan.. Kalau tak tau mana arah nak tuju.. ini COTTONLOVER Harga amat berpatutan dan amat cantik berkali kali...import tau...

Konsert pom ada tau... beginilah keadaan di tapak pesta.. orang ramai berasak asak untuk melihat lebih dekat artis pujaan mereka.. Urmm..mungkin tidak... tak berapa nak ramai...mungkin disebabkan para penonton, adik adik abang abang disajikan dengan lagu-lagu zaman dolu dolu...menyebabkan tak berapa nak berasak-asak...

Sempat jugak jenguk pameran kereta yang ada kat situ.. Seperti kebiasaan, aktiviti membuka bonet sebagai simbol melihat kereta baru dilakukan.. turut serta, acara mengambil pamplet turut terakam sebagai bukti kukuh "120% berminat nak beli kereta" Eces~! agak agak kan? Rush ni ok tak? wakkakakkaaa...

Ni la saat saat kehebatan yang ditunggu-tunggu oleh semua.. Best dan best dan best dan udah la..2 kali best cukuplah... Esok lusa akan menyaksikan gaya sebegini akan menjadi pilihan kebanyakan graduan sebagai tanda "Aku dah Besar" Uh~! tak best ayat nih... "Lihatlah orang kampongku..aku dah grad" Wakakakkakakaa...ketawa bangga disamping hati turut ketawa gumbira...bibir apatah lagi..
* Pstt~! saya juga ada gambar ala ala camni tau.. heheheh...


Cakap dalam hati : Puas hati amat dapat merembat satu beg comey..berbaloi baloi...hi hi hi...

2 comments:

  1. x pernah dapat bunga .. :( xpernah dapat tediber :( sila beri satu tiap2 satu! erk!

    ekekekeke

    ReplyDelete
  2. owh...sian nyer...wkakakakkaa...

    nanti uncle google poskan eh... :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.