Sunday, December 13, 2009

Ujian Tanda Allah Sayang

source : web.. pic dia dah di edit.. tak sanggup nak letak pic yang ada semua mangsa tersebut.. kereta dah hancur remuk..

Baek belog, tv, surat kabar.. semuanye memaparkan berita yang sungguh tragis lagi menyayat hati nih.. takziah dan Al-Fatihah untuk mereka..
KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.
Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.
Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.
* lagi berita boleh di gugel di web
---------------------
jujurnya.. memang terasa kesedihan dengan berita tu.. nak-nak pabila melihat kereta Proton Iswara yang dipaparkan dalam surat kabar tu.. sebabnye..

yup! aku juga memandu kete jenis dan kaler yang sama.. Proton Iswara warna merah.. yang bezanya.. kete dia betol-betol teruk.. aku sendiri tak mampu nak bayangkan macam mana kejadian tu.. Subhanallah.. * pic ni diambil time adek 1 aku bersemangat nak cuci kete.. urmm.. 1 Ogos lalu.. iaitu 17 hari sebelum arwah mak aku meninggal di dalam kemalangan melibatkan kete ni pada pagi 18 Ogos.. sori.. agak emo hingga saat nih... tambah-tambah lagi pabila Adek 2 mintak tolong semak preparation dia untuk hadiri interview.. dan-dan je time aku duk update belog..huhuhuh.. tak TERDUGA intipati nya camni.. 




Arwah mak saya bernama Khadijah binti Muda dan meninggal dunia pada 18/8/2009 disebabkan kemalangan jalanraya dalam perjalanan menghadiri konvokesyen saya.




Aku tinggalkan cite emo tu.. Just nak share satu emel yang memang akan kusimpan selagi terdaya aku.. emel ni la yang jadi kawan karib yang memotivasi kan diri sendiri..
Ujian umpama guru yang tidak bercakap, tetapi sangat mengajar dan mendidik. Sama ada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir Allah. Semua ujian ada maksud tertentu tetapi kerana jahil, apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah dan marah.
Justeru, kadang-kadang kita rasa Allah tidak adil atau sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang, orang dendam, marah dan tidak menghormati kita, kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dahsyatnya hati kita buruk sangka pada Allah.
Nabi Muhammad s.a.w pernah dilontar dengan batu sampai berdarah ketika menyampaikan dakwah. Darah baginda s.a.w mengalir hingga ke kaki. Tapi baginda s.a.w tidak berdendam pada orang yang melakukannya. Kita pulak konon-kononnya berbangga menjadi umat baginda s.a.w, tapi bila diuji sikit je atau orang buat khianat, dah mula nak berdendam. Wallahu yuhibbussobirin. Renungkan...
Sebenarnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pada pertolongan Allah.
Cuba fikir, tentu kita suka bila orang lain luahkan masalah pada kita. Menunjukkan bahawa kita adalah orang yang dipercayai oleh orang tersebut. Suka x bila orang lain beri kepercayaan pada kita? Dah tentu jawapannya SUKA. TAPI!!!!!! Allah lagi suka bila kita ingat pada-Nya. Sebab itulah Allah selalu bagi ujian pada kita. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Kalau kita sentiasa senang, mungkin kita lupa pada Allah.
Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara. Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Apa kuasa Allah? Allah boleh memberi dan mengambil bila2 masa. Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil di mana sahaja. Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah, boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun.
Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah. Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa. Sebab tu bila kita susah, kita biasa nya akan ingat pada Allah. Ingat Allah adalah satu rezeki malah satu ibadah. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita akan ingat pada Allah. Cuba renungkan... masa kita senang, adakah kita ingat pada Allah?
Ujian umpama guru, mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang. Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita, tetapi untuk memberikan peringatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum sama ada di dunia atau akhirat.
Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman di dunia dan Allah selamatkan di akhirat. Cara hukuman di dunia ada pelbagai, antaranya di datangkan kesusahan, kesedihan, penderitaan, kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan macam-macam lagi ujian.
Sekiranya kita boleh bersabar dan reda, kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut dan memberontak akan menambahkan lagi dosa kita.
Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya. Bila Allah sayang pada seseorang, Allah akan bagi ujian. Makin sayang Allah pada seseorang, makin berat ujian Allah. Allah tidak hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat.
Jadi kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya, kita akan jadi sombong, bakhil dan mudah terdedah dengan dosa kekayaan. Pendek kata, orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar, kalau miskin mereka reda, kalau menjadi pemimpin mereka berlaku adil, kalau menjadi pengikut mereka taat. Malah kalau dia bersalah, dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberi maaf.
* Bersyukur

3 comments:

  1. Yup! Allah menguji tanda minta kita sentiasa mengingati-Nya...

    ReplyDelete
  2. Salam

    semoga kita semua dapat bersabar dengan ujian dr yg maha esa.. ada sesuatu yg nak di ingatkan.. Takziah kpd keluarga mangsa yg terlibat.. juga utk Aiydalela atas pemergian ibu tercinta.. semoga Allah merahmati.. AL-FATIHAH....

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..mmg sedih...cian kan..tu la dugaan dr allah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.