Friday, December 31, 2010

Hai 2011 Tata 2010


Besok sudah tahun 2011. Cepat sungguh masa berlari. Tak plan mane ar nak buat entri new year ni. Sebabnye, bagi aku masa akan tetap berjalan. Cumenya ia berbeza 2010 tambah lagi 1 menjadikannya 2011. Macam biasa, macam tahun-tahun yang lepas jugak. Bile aje tahun baru secara otomatisnye akan ada AZAM. Bagi aku, azam aku tetiap hari. hahhahaa. Sebabnye, aku tahu agak sukar nak capai azam kalau diri sendiri tak berubah. Oh! plis la aida. wake up yank!

Malas nak cakap pasal azam, dah common sangat. Just nak review ape yang aku dapat pada 2010 ni. Tu jer. Kalau pikir-pikir balek, amati semula dari bulan Januari sampailah 31 Disember 2010 ni kan. Alhamdulillah, dah banyak benda yang dicapai. Yang tak tercapai tu, memang kene usaha lagi sampai jaya. Kalau tak jaya, tentu Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk diri kita.

Ok, 2010 kan, aku dah dapat:

Tukar kereta :
kancil sayang kepada vv sayang. Kalau ikutkan, tukar kereta adalah part yang sulit untuk dibuat. Benda ni paling besar dalam idup. Yelah, dah bertahun-tahun berchenta ngan kancil tetiba kene beralih arah pada VV memang la payah. Kalau ikutkan hati, aku lebih suke kancil. VV hang jangan kecik ati noo, ceq bukan ape. Ceq sayang dua-dua. Cumenye kancil tu, 1st love ceq. Jadinye, hang kene paham noo perasaan ceq nih. Kalau diikutkan hati, tak nak tukar, dah selesa sangat dengan si kecik tu. Tapinye, bapaknda adalah lebih penting dari perasaan nih. eces! yelah, kalau bukan untuk ayah kite. Untuk sape lagi kan?

Publish my belog:
Hahahhaha. Wes! kalau ikutkan hati, aku malu. Tapi takpelah, saje je nak cabar diri sendiri. Aku baru aje tambah info kat FB aku & tambah website. Amek ko, belog ni saje je aku nak share esp dengan family aku. Padahal ikutkan hati. Sangat malu, sebabnye dalam ni macam-macam cite yang aku tulis.

Ape lagi? tadi kan macam dah banyak je benda yang dicapai dalam diri. Tetibe 2 aje?? hahahaha.

2011 ape agaknye yang menanti saya ek??? Yang pasti jangan pernah jemu untuk ubahkan diri kepada yang lebih baek tau :)


Tuesday, December 28, 2010

Eh eh kawanku sayang!


Hai semua, gumbira bukan sebab dapat tukar template. Tapi kan, semalam aku bukak emel lama. Emel yang memang aku tak bukak hari-hari, kire emel kalau wujud pun macam tak wujud lah. Tup-tup bilemana bukak emel, TADAAA! oh kawan lama saya. Suke giler, dah la lama giler tak jumpa. Bayangkan aku dah keje dengan government dah hampir 5 tahun, so bayangkan lah. Lama giler kiteorang lost contact. Aih! ingatkan dah tak ingat pada aku di bumi Pantai Timur nih, rupenye masih kau ingat akan daku.

Eh eh, skill menulis aku dah cam takde lah. Jadinya baca ajelah yerk. Ok, meh nak cite sikit. Kawan sayang aku nih, nama nya sama aje dengan nama aku, cume binti aje lain. Umur pun sama. Cume beza dia belajar di UM dan asal Pahang. Kecik lagi dari aku. Tahap pendek lah. hahahhaa. bukan bukan. tahap kecil molek la.

Kiteorang kenal masa tu kan, aku keje kat A&W Petaling Jaya. Wah! tempat keje yang paling best dalam dunia ni. heheheh. Kalau boleh putar masa, aku nak keje kat sana. Jadi crew pakai baju cokelet, tudung hitam. Siyes! tempat tu memang best. Nanti aku citekan pasal keje tu ye.

Lepas dah kenal kat situ, kami boleh ngam. Nak-nak aku punye perangai suke gelak. Cube jugak belajar nak control gelak, ayu-ayu gitu. Tapi terlepas jugak GELAK BESAR. cam teruk la sikit dengornye. hehhehe. Lepas tu pulak kan, aku dapat geng-geng pandai buat lawak. Ohh. sungguh rindu! Nak lepak-lepak cite-cite. Ishh!

Aku ada gak try nak cari dia balek, tapi tak boleh. Nombor telefon dia dah bertukar. Yang aku ada alamat emel yahoo aje. Itu pun emel yahoo aku dah berzaman. Aku dah maju ke depan. heheheh. Lepas aje aku berenti keje dari A&W kan, pernah gak mesej-mesej. Lepas tu terus takde, masing-masing meneruskan kehidupan dengan cara masing-masing. [ayat yang penuh skema].

Tak tahulah camne dengan life dia sekarang, dari emel dia tu kan. Cam haru jerk. Tapi, harapnye dia ok la. Macam mana pun dia, kalau diberi peluang nak je aku jumpe dia skang. Leh korek-korek cite dia, sepanjang 5 tahun ni. Wehh! kalau baby kan, dah boleh masuk skolah dah. Maunye tak 5 tahun kooo. Lama sungguh. Tapi tak sedar masa berjalan berlari-lari anak. Tengok dah nak 2011. Tinggal bape ari aje lagik. Eh, dah lari topik kan? hehehe. Kalau buat esei BM ni, confirm kene potong markah.

Eh, ok. Nanti aku cite balek pasal A&W tu. Tempat kesayangan beta. hehehe.

Urm, nak jugak tulis. Tak puas ati lagi ar ngan rupe paras, kaler belog nih. Sebabnye, template ni template lama. Memang dah lama tak gune. Tapi bile dah tukar background putih, nampak cam ayam togel je belog aku ni. Nak tak nak kene amek jugak template nih, pas tu aku dah terkelik pada button ape ntah. Hilang semua kaler peberet aku (untuk kaler link, post semualah). Tapi takpe. ni temporary je. Nanti aku tacap balek kasi ok la skit.

Ok, take care. Daaaa..





Saturday, December 25, 2010

Baju Baru

As Salam.

Lama tak jenguk belog. Dalam kepala macam-macam nak tulis. Tapi tak tertulis.

Hangen betol la, nak tukar 'baju baru' = template bagai belog nih. Tapi sampai skang tak dapat-dapat.
Godek-godek dekat design, tapi tak appear papepom.

Nak marah la aku kalau camnih. Aku dah jemu dah dengan kaler sama belog nih.
Tak puas ati [nak senyum pun terasa berat dan kelat!] Tak suke betol la aku kalau ape aku nak buat tak dapat buat!!!!

aRghhhhhhhh! huhuuhu. Ok, try untuk cool kan diri.

Ok, tak boleh!

Selagi tak boleh tukar, selagi tu nak tau jawapan dia. Mane silap aku eh????

Adoiii.

Monday, December 6, 2010

Istidraj

Sebelum tu, Salam Maal Hijrah 1431 1432 untuk semua. Dah masuk tahun baru dah. Kejap je kan masa berlalu. Tup tup esok cuti Awal Muharram [suke sangat. hehehhe] lepas tu, kene keje balek. Tadi dapat emel dari kawan sekolah dulu-dulu, dah pernah terima emel camni dan dah pernah baca kat paper + emel. Tapi berapa kali pun kite baca, itu tak menjadi masalah. Lagi banyak kali kite baca, lagi kite ingat kan? kan awak? ngeee!

Emel nye begini. jeng jeng jeng! [perot saya tengah menangis kelaparan, seb baek akak ipar saya ada masakkan makanan! yuhuuupp] eh! nak cite sket, sebenarnye aku baru reti nak gune strikethrough nih. hahahhaa. Kalau dalam word tu kan, enteng aje la kite gune. Maksud saya, bilemana kite buat strikethrough tu dengan manual aje. Bukan auto. Pastu kan, strikethrough ni bagi aku la. Lebih jujor. [Banyak la kau punye jujor. Dah! panjang plak cite mengarut nih. Nak tulis benda lain, pi tulis benda lain. Ini yang bos marah nih, asyek pot pet pot pet, lupe keje. hahahhahaha! ops, kikiki]

p/s: semoga ada ilmu yang boleh kita sama-sama dapat dan kongsikan daripada emel ni ye. InsyaAllah :)

Apa itu Istidraj...

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj..

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ├ŽIbad) Ana i-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Ana k kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj..

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."








Friday, December 3, 2010

All About Braces

Ulih kerna tadi sore, gwe ke klinik gigi. Makanya, gwe mau mengaplod dan menstorikan cerita tentang braces atau kawat gigi. Kok bisa dipanggil kawat gigi? biasanya dalam info braces daripada Indonesia akan di panggil kawat gigi dan banyak lagi info boleh di cari sendiri yer dorh. hehehhe [betol ke bahasa indonesia yang aku gune nih??]


Takde gambar banyak, tapi cerita aje yang banyak. Kalau sanggup baca, ayuh! kite mulakan...

Kenapa pakai braces???
Ok, dah ramai yang tanya soalan bocor nih. Cumanya, jawapan dari aku biasanya "dah lama nak pakai, dari form 3 lagi". Gigi aku tak rata, berlapis. Macam kek lapis :)

Sebenarnye, nak dijadikan cerita la kan. Time tu aku form 3 and ada akak ni dia form 5. Dia pakai braces you. Time tu la aku terdetik nak pakai braces.

Bayangkan time tu aku dah buat survey tau. hehehhe. Harganye adalah dalam RM500 untuk mak ayah yang keje ngan gomen. Abes tu, mak and ayah aku tak keje gomen. So, niat tu terKIV seketika.


Braces untuk cantik??
Hohohoho. Terpulang pada individu itu sendiri. Bagi aku, ada jugak budak yang gigi tak rata tapi suwit. Ada jugak yang bergigi rata, tapi biasa aje. Sebab tu pada aku, braces bukan penentu kecantikan seseorang itu. Kerana setiap manusia adalah cantik dan mempunyai kelebihan masing-masing. [tak yah tunggu pakai braces pun]

Ok, dah masuk UiTM. Ada la sorang budak kelas aku yang pakai braces. ime tu braces takde la populas mane pun. Tapinye, aku maseh ingat time tu petang, dah lepas kelas dah. Adalah pompuan nih, dia pakai braces. Kaler oyen you. tantek! See, sampai skang aku maseh ingat kaler braces budak tu. hahahhahahah.


Buat research.
Sebenarnye, sebelum korang nak buat atau ambil keputusan nak pakai braces. Make sure, ilmu yang korang ada ... mencukupi untuk diri. Sebabnye, sebelum aku nak pakai braces [time tu aku maseh tak jumpa klinik gigi ortho kat terengganu] aku selalu la jugak cari info tentang braces. Kat situ banyak info yang kite boleh dapat dan fikir ok ke tak dengan keputusan yang akan kite lakukan.

Biasanya, info braces agak meluas pada page Indonesia. Cumanye, bahasa dia tu lah. Kadang-kadang aku maen agak je. Faham la jugak ;)


Kenapa baru sekarang buat braces?
Agak lambat kan? Kalau ikutkan hati dah lama nak buat. Time aku study dulu, aku siap cakap kat housemate aku "nak pakai braces la" [time tu ada loan ptptn] Tapi kawan aku cakap "tak yah la aida, sakit". So, terKIV lagi niat aku.

Tapi niat tu tak pernah padam kat hati. kih!

Last year, haa. time hujan camnilah. Time tu aku cuti, aku pi satu klinik nih. sebabnye kat pintu klinik tu ada tulis pasal rawatan ortho. Bile ditanya, dorang cakap takde doktor pakar. Tapi dorang ada bagitau satu klinik untuk rawatan ortho. YES!!! suke hati dah lama cari akhirnye jumpe [tulis dengan satu nafas je nih]

Ok, niat dah tercapai :)





comey bukan? aku suke tengok kaler dia tu.

Kuning dah try
Hijau pun dah try
Grey pun dah try jugak

Tadi lepas jumpe doktor, doktor just ketatkan bahagian atas. Dia tukar wire and getah. Clean and clear aje getah tu. Seb baek sebabnye, aku tak tahu nak pakai getah kaler ape. Gigi pun dah bergerak, time mane dia bergerak? Entah, tapinya kadang-kadang aku perasan la jugak pergerakan gigi nih. Nak bagitau tapi payah.

Yang pasti, dalam masa 2 bulan dah boleh nampak perbezaan dia.

Pada kata-kata "sakitla pakai braces". Urmm, bagi aku terpulang pada diri masing-masing. Kenapa? aku pernah buat survey tentang "saket" nih. Sebetulnya, aku ada pernah baca belog pemakai braces kan. Dorang akan mention saket macam nak mati Lepas tu mulut akan ada ulcer. Nak telan air liur payah, entahlah. Yang pasti saket la.

Sebenarnye, time dapat info-info yang mengerunkan camtu. Aku dah setkan kat minda aku. Semua tu aku kene lalui SAKET!! Tapinye, bila dah pakai braces nih. Takde lah camtu bagai. Ok aje, semuanye macam biasa. Ulcer ada. tapi tak lama. biasanya dalam masa 2 3 hari je. Pastu ok aje telan air liur. Makan pun ok. Cume seingat aku, pada mula-mula aku pakai getah. Separator. Getah ni tujuannya untuk menjarakkan gigi. Satu getah tu aku dah tertelan. Gulp! Sebabnye nanti dia akan pasang band pada gigi. Yang tu tak dinafikan agak tak selesa dan agak saket nak mengunyah. Tapi still boleh makan. Yang keras-keras memang aku tak makan, adalah dalam 4 5 hari camtu. Pastu dia akan ok balek.

Hahhaha. panjang benar entri nih. Bukan apa, kadang-kadang penulisan tentang braces agak melampau. SAKET la ape la. Sebenarnye ok je. cool! Jadinya, aku sekadar menulis tentang braces mengikut pengalaman aku. Dulunya, kite just baca aje pengalaman orang lain.


Pengalaman yang paling best time pakai braces nih.

Kat pasar [time tu nak beli ayam] aeih. sempat lagi penjual ayam tu tanya pasal braces nih. Aku cam biasa, akan jawab selebar-lebarnye [mengikut soalan dia la] apa yang tak benar, aku akan betolkan.

Kat shopping complex pulak ada jugak yang bertanya. Siap cakap kat aku "gigi saya yang atas ni aje. dia jarang. camne ye kak? agak-agak dia cabut tak?" hehehheheh. Dah macam doktor gigi pulak.

Lepas tu kan, aku ada terjumpa dua budak ni. Kat Mydin. Kecik lagi, adalah dalam 5 6 tahun kot. Bilemana dia tengok aku senyum. Dia terkejut. Hahahaha. Yang paling comel, dia siap tunjuk gigi dia pada akak dia tu. Mesti budak ni heran, nape agaknye dengan gigi aku. hehehhe


Ok lah, nanti-nanti aku cite lagi pasal ni ye :)


Kawen Adek 2

Assalamualaikum wbt.

Haa. ari tu dah janji nak cite pasal kawen adek 2 saya. Line tengah elok, hujan kat luar umah. Ada kaitan ke? ada la, biasanye kalau hujan lebat line agak sewel. huhuhuhu.

Ok la, pada 17 November 2010 lalu, selamat la kami sampai ke Kelantan. Drive adalah dalam masa 3 jam. Time tu bawak dalam 80 - 100 km/h jer. Aku rasa dah laju gabang dah. Tapinye adek 2 cakap aku bawak kete cam itik. ceh! bukan ape. takut la nak bawak laju2. Nanti kan kalau eksiden lagi, sape nak jawab. dahla ada 2 penumpang kat dalam. huhuhu. siriyes! limit kete skang ni just 100, itu pun kadang kala aje cecah 100, biasanye akan di slow down 80 camtu je. 80 minimum. always 80 je. Tapinye still sesetengah orang cakap "laju la aida bawak kete". Naek heran gak pada penonton yang tak dipinta tu. heheheh. 80 laju ke?? Tak kesah lah, sebabnye hanya yang biasa naek kete and bersama-sama saya kat dalam kete tu selama berjam-jam lebih mengenali diri saya. Setakat yang tengok dan tak pernah naek kete ngan saya. Urm, tak ambil pot sangat lah. Kenapa? pernah dengar tak kata-kata nih .. Kite hanya akan kenal seorang sahabat apabila kite tidur dan bermalam dengannya. lebih kurang la, kata-kata Lukman Hakim kalau tak silap aku [kalau tak silap]. Aih, panjang plak cite tentang nih. Ampun!



Sampai kat Kelantan pada hari Khamis, malam. Pas tu kami terus ke homestay [dah tempah dua rumah] selepas tu, terus siap-siap untuk majlis akad nikah. Lebih kurang jam 830 kot. kami ke masjid dan tunggu tok imam datang. Time tu kami lepak-lepak aje la kat luar and dalam masjid.

Jam 9 lebih, tok imam datang. Yang bestnye, tok imam nih punya la panjang tazkirah dia. Memang best! kami pompuan yang duk kat belakang duk gelak-gelak sebabnye terasa cam dalam cerita Geng Surau.

Orang-orang laki yang duk kat depan plak, senyum dan adakala ketawa. Memang payah nak describe cam ne situasi tu. Tapi memang sempoi.


Alhamdulillah, dengan sekali akad adek 2 dah jadi suami orang. SAH! so, dia dah ada tanggungjawab baru. Eh, bebudak lelaki skang ni kan. Memang kawen awal kan?? kan? dapat aje keje, dah ada calon. kawen. Tak payah fikir "ala, muda lagi.. enjoy dulu" fuyyoooooo! hihihi. Bagi aku elok percepatkan benda yang elok. Yelah, kawen ni kan sunnah Rasulullah. Nak terang banyak-banyak, korang lagi terel dari aku. hehehheh





Ni keesokkan harinya, nak pergi umah pompuan. Duk perbetulkan sampin. Ayahanda aku plak tukang senyum & gelak je. Naseb baek ada kazen ngan pak teh aku. Dorang tolong betulkan. Aku dan kazen pompuan?? tengok dan tukang gelak jugak kat dalam kete. hehehhe.





Heheheh. merahnye mak ngah. siriyes! merah betol. Tak banyak sangat bergambar dengan pengantin sebabnye lebih banyak amek gambar dorang je [memang la, dah namanye big day dorang] Kebetulan adek 1 dan adek 4 tak datang, jadinye aku bergambar dengan adek 3 aje lah. Jadinya, skang ni dah tinggal lagi 3 yang single. Agak-agak tahun depan, siapalah ek yang akan naek pelamin? Urmmmm. adakah Adek 3??? can't wait.

Semoga ikatan perkahwinan ini berbahagia dan diberkatiNya sehingga akhir hayat. Dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Amin :)

Friday, November 26, 2010

Dora Rambut Petak

Oleh kerana mood linet tenet saya TERAMAT-AMAT-AMAT BAIK SEKALI. Proses pembikinan entri di harap akan berjalan lebih lancar. zuuuuuuupp!

Dah lama tak tengok prestasi sebegini daripada bokbeng aku. Terasa berbaloi membayar bil tiap-tiap bulan. Sebelum ni terasa malas dan tak berbaloi sungguh duk bayar bil. Asyek putuih aje line nih. Eh, prestasi yang bagus ni bukan datang sekelip mata, tapi ianya adalah hasil kerja keras adek 4 saya [sori yer, adakala tulis saya dan aku. ikut situasi. ngeeee]

Dia la yang jumpe port baek punye. Kat mane? kat dalam bilik dia. siap pesan dah tak yah nak alih kedudukan laptop. hahahha. hohohoho. memang kelas gelawe beb! dari tadi [selepas maghrib tadi] sampai lani, line dia masih tak putus-putus. Terasa seperti kat opis. Yelah, line kat opis laju berdesupp. upload pape pom cepat je. huhuhuh.

Ok, kite tutup pasal line bokbeng nih. Kite beralih pasal cite lain.

Bebaru ni kan, raya haji. Eh, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA. ok, tau dah lambat sangat dah. tapi tak pelah nak wish jugak.

Time raya haji bebaru nih, eh, ulang lagi ayat nih. hehehhe. sape suh banyak cakap?? [smile] Anak-anak buah ada balek. Dorang lepak-lepak layan kartun. Aish, dia buat cam umah dia, padahal tu umah aku. Mane aci tuan umah di anaktirikan. hahhahaha. [ape punye makcik la nih]

[Ceh! baru aje puji line bagus dah terputus. huhuhu. lenkali nak puji dalam ati jelah]

Hamboi-hamboi dorang ni kan.

Jam berapa ntah, dorang tengok cite : GO DIEGO GO
Ok, kite bagi can la. [aku rasa dah kali kesepuluh kot]



Haa. cite budak laki ni la yang dorang gemor. sampai ternganga. dah la tu, remote kat tangan dorang. hahhaha. kecik nak cubit-cubit aje aku rasa time tu.

Ok, Diego dah abes. Aih! bersambung pulak dengan Dora [padahal cite dora ni dorang dah tengok, cite ni tv ulang-ulang aje rupenye. ceh! patut la dorang boleh cakap "nanti ada lori eskrem] hahahha. ini tak boleh jadi cik kiah. kite mesti bertindak. Aku amek remote tu, puas hati.

Time dorang leka duk layan si Dora rambut petak ni kan. Saje je nak test budak-budak ni. [time tu anak buah yang duk layan cite ni, lebih kurang 4/5 orang]


Tengah dorang syok-syok tengok. Aku TEKAN CHANNEL LAIN. hahahhaha. Ape lagi.....

Terus bentak-bentak kaki kat lantai sambil "nak owa nak owa.." sambil nak nangis. hahahah. dah la pelat.

Pastu tukar balek channel 119. Tup-tup .. IKLAN. hahahhaha

Cite haru bermula.

Dorang ingat aku tipu dorang. Nak owa owa owaaaaaaaaa. [degang degang degang. sound effect lantai kayu umah aku. hahahha]

Aku : nanti ada lah dora. ni iklan la. tengok ni [sambil tekan 119 balek. kunun nak kasi bukti channel yang aku tekan tu]

Achik + Adaa : nak owa owaaaaa.. [time ni dorang dah nampak cam Pekan dalam cite batu belah batu bertangkup]

Aku : iklan laaaa. nanti-nanti lepas iklan, ada la dora. tunggu la dulu. [lambat la pulak iklan nih]

sampuk Ateh [anak buah aku umur 6tahun]

Ateh : iklannn.. nanti ada la.. ni iklan. kat umah kite pun ada iklan jugak. kalau takde iklan bukan nama tv. [dengan suara serak-serak basah]

Aku : hahahhahahhaha [budak 6 tahun bagi explanation pada budak 4 dan 3 tahun. ape lah sangat]

Yang dorang tahu, dorang nak dora. ambek ko! padan muka, saje cari pasal. hehehhe.

Bile dah iklan abes. baru la mulut dorang senyap. hehehhehe.

Eh, cite kawen-kawen akan di update nanti. :)





Tuesday, November 23, 2010

Hati Kaca



Bila hati mulai hujan .. tengok, kan dah tak boleh nak menulis. huhuuhu.

Ok, hasrat di hati nak tulis cite lain, tapi mungkin bukan hari ni. esok mungkin? mungkin lah kot.

Friday, November 12, 2010

Mr. Mahmut

Bukan disebabkan musim hujan atau ape. Tapi hakikatnye, serangan daripada Mr. Mahmut atau nama asalnye SEMUT HITAM amatlah berleluasa. Sampaikan, letak aje gula, makanan atau pape jelah. Tak sampai 5 minit, dorang dah datang buat lawatan.

Agak menguji kesabaran.




Jug air nih, aku letak kat atas sinki. Eihh! sempat jugak dorang datang. Padahal kalau diikutkan logik, sinki tu dah basah. Tak tahu la semut jenis ape nih. Aku tembak karang. hahahhaha.


Tak larat nak buang sekor-sekor binatang nih. Kalau datang sorang tu, boleh la tahan. Kite boleh pungut dan buang. Ini tidak, satu kampong dia datang. Sape tak hangen.



Baru aje rajen nak buat air. Dia pulak potong angin!!

Tak tahu la camne nak buat nak hilangkan geng-geng Mr. Mahmut nih. Try la petua dari tenet kan, petua tu cakap letak kayu manis nanti semut tu akan berkurangan.

Ok, dah buat dah. Tapinye takde jalan jugak. Tetap dia datang melawat. Tak kira masa. Kalau letak lauk pauk kat meja, kene pastikan ada air kat dalam talam. Kalau tak lagi la seronok dia semua ni beronggeng. Dah letak lauk pauk kat talam, aihhh pandai pulak mereka ni. Dia boleh datang kat tepi-tepi lauk. Pastu penuh sesak kat atas meja buat perarakan. Hadoiiiiii. Manyak saket ati lorhh.

Tengok la nanti ape pulak aku nak buat. Nak try cari petua lain plak. Harapnye mencapai kejayaan yang maksimum.

Thursday, October 28, 2010

Ayo mau letak title ape ar??

Malam makin larut. eh! teringat kat lagu bile larut malam. tara ku cah cah. ku cah ku cah. suke ati la nak nyanyi camne pom. tak kesah.

Pernah ndak korang bilemana tengah epi. tetibe rasa SEDIH itu datang. dahla tak bagi signal terus zapppp kat hati. hehhehehe.

Kalau ada butang X . dah lama aku kelik kat butang cedey tuh! perasaan sedey tu adalah normal, tapi ianya buatkan kite down. tak semangat kehidupan lorh!

Oklah, ini ada ubat sebagai pengurang kesedihan. at least kite perlu seimbangkan rasa sedih, gumbira la la la, dan perasaan-perasaan yang lain. sebabnye idup kite tak kan selalu ceria, ianya akan sentiasa TURUN NAIK NAIK TURUN. cam tangga.


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


source : tenet