Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

InsyaAllah esok umat Islam di beberapa negara akan menyambut Ramadan 1431H. Sekejap je kan? masa berlalu cam air mengalir [salah satu tanda kiamat, sebulan akan dirasakan seperti minggu, setahun akan dirasakan seperti sebulan.. aih! tiba2 teringat ayat nih..]

Ok, dah rajen nak menghapdet belog skang.. hehehe.. [semangat! semangat! bak kata Dada]

Asyek duk tulis entri kesedihan.. sampai bile tak kan abes.. huhuhuhu

Oh ya! semalam sempat la tengok Dahsyat 13 kat Astro Oasis. Banyak info yang kita boleh dapat [aku memang ternanti-nanti episod semalam..huhuhu]

Dah terbabas dah.. urmm, ape ek nak cite?? haa.. sempena Ramadan nih, Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana satu bab dah selesai.. Amin.. Allah telah permudahkan jalanku untuk mengharunginya.

Hampir setahun tragedi berdarah itu berlaku [cam baca ayat buku sejarah lak..] dah tiba masa untuk perbicaraan.. deng deng deng!

Supt. dah telefon bagi masa untuk hadir ke balai bagi menetapkan masa untuk ke mahkamah.

Jadinya, beberapa minggu yang lepas, setelah sekian lama tak pergi ke Pasir Puteh. Berangkatlah aku dan ayahku ke sana.. [entri ni ku bajet memang panjang jongos laa :)]

Bukan senang tau nak ke sana.. nak-nak aku sekali lagi bertanggungjawab penuh sepanjang perjalanan tu.. bawak pulak ayah aku.. faham-faham jelah.. mesti dia teringat lagi akan kemalangan dulu.. tapi Alhamdulillah kami selamat pergi dan balek..

Selepas dah fikir-fikir dan berbincang dengan Supt. Bakar, aku decide 10 Ogos 2010 sebagai hari naik court [teringat lak kat artis naik turun court..]

Pagi tadi, around 625am mula bertolak ke Pasir Puteh [bawak sekali cousin aku].. jalan pepagi ni.. memang la amat mengingatkan aku pada kemalangan tu..

Dah sampai balai, kami terus ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh.. Ingatkan jauh, rupenya sebelah balai je.. jalan kaki ajelah..

Sampai sana, dah ramai rupanya orang yang menanti..

Terus bagi resit untuk dorang cek.. and kami kene masuk kat dalam..

Suspen cam tengok cite hantu! [cite hantu biasa suspen kan??]






Dalam court! sebenarnye curi-curi amek gambar [terasa sangat cam pencuri yang tengah try nak mencuri] time ni Majistret tak masuk lagi.. budak-budak sekolah pon ada.. muda-muda dah masuk court.. kalau perasan, yang kertas putih kat depan tu.. khas untuk pesalah. Kandang.. biasa tengok dalam tibi je.. ni dah tengok depan-depan mata.. terasa dah macam nak kene penjara jer..

Ok la, cite la sikit time kat dalam tu..

Kalau nak tahu [nada cam nak bergossip jer..] macam-macam kesalahan yang diperdengarkan.
Semua orang dapat dengar apa kesalahan kita. Dapat dengar rayuan kita.

Memang terkejut and takut [tetibe je takut]..

Bilemana dengar kes dadah.. siap bawak bukti dalam envelope, macam-macam bukti dari dalam file.. pak cik pulak tu. Melayu + Islam.. sedih kan?? kalau bersabit hukuman kene penjara and denda or kedua-dua sekali.. last kalau tak silap.. kene denda je kot.. NAMPAK cam mudah bukan?? urmm.. no idea.

Ada satu tu, kes bawa senjata tajam.. pak cik jugak.. ntahlah, tak faham aku.. [tak yah faham, buat serabut otak jer]

Ramai jugak la yang kes berkaitan trafik.. ada yang tak pakai helmet, seat belt, road tax mati la [korang cepat pi cek road tax, dah mati ke belom?] bawak kete bawah umur, aish! tapi ni dikire sebagai kes ringan la..

Bagi yang buka kes pon ada.. mintak dibicarakan.. oh ya! bagi kes-kes berat.. kene berdiri dalam kandang tau.. lahaiii.. [siap la nko aida]

Turn aku lak.. ingatkan dah kene masuk kandang.. rupenya, Alhamdulillah.. berdiri je kat depan.. :) bilemana pertuduhan dibacakan.. [bajet dia akan sebut mengakibatkan kematian ape semua.. tapi tak, ayat santun amat] so, ngaku and Alhamdulillah again, hanya di denda [sebab aku tak salah bilemana kejadian tu berlaku. Tak babitkan pihak lain. Terbabas. Banyak faktor yang mereka kaji, file aku penuh. Dahla warna kuning. Siap gambar kejadian lagi.] Jadinya kes tak dipanjangkan.

Dulu aku pernah diberitahu, jikalau mengikut akta 41 kalau tak silap, akan dikenakan denda or dipenjara / kedua-duanya sekali. "menyebabkan kematian mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya." [sumber : parlimen.gov.my]

Time tu terasa golap masa dopan den.. sungguh! tapi family banyak bagi support.. mereka banyak memberi nasihat supaya memandang ke arah yang positif! jalan penyelesaian tetap ada.. InsyaAllah..

Dah selesai semua. Maka bernoktahlah episod balai and court.

Alhamdulillah di atas kelancaran kes.





Nak tengok gambar tempat kejadian? sori lah, cousin aku pakai enset jer.. [koleksi abang aku lagi banyak kot].. nampak signage selekoh? haa.. kat depan sana la kejadian tu.. Wakaf Linchong, Pasir Puteh..



Kat sini ada bangsal tau.. tapi sorilah, tak leh nak shot cantik.. sebab faham-faham je la. Kete bergerak.. kat bangsal ni la tempat kereta aku terbabas.. betol-betol kat pokok besar.. rupenya, bangsal ni tempat orang jual daging.. hehehe..

Kalau tengok, selekoh nak cakap tajam.. takde la sangat.. ada lagi selekoh tajam yang aku lalui sebelum tu.. tapi bila Allah dah tulis.. "kat mana kamu mati, pada waktu ini itu, macam mana kamu mati.." tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah. tidak lewat dan tidak awal walau sesaat. Tak terjangkau dek akal manusia yang lemah ini.

Bile difikirkan, setiap manusia di uji dengan pelbagai ujian.. setiap ujian mempunyai hikmah yang tersembunyi. Pada aku, seolah-olah diberi kehidupan untuk kali ke dua. Syukur. Dan aku lebih memahami kenapa Allah memberi aku kekuatan untuk semua ini. Alhamdulillah, fobia yang aku alami tidak seperti yang orang fikirkan. [macam-macam versi rupanya..huhuhu] Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk diri seseorang itu..

Moga dengan kedatangan Ramadan kali ini, akan kita gunakan sebaiknya. Kerana, belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan yang akan datang.

Dikesempatan di petang Ramadan ini.. saya memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa, terperasan ketika menulis, terover ketika menulis, teremo, termarah, ter ter ter.. kelemahan itu dari diri saya dan saya perlu perbaikinya.

Selamat berpuasa dengan sebenar-benar puasa..



3 comments:

  1. Aida..sob2...sedih pulak baca entry ni..alhamdulillah semua pun dah selesai, apapun hanis pun minta maaf jika ada salah silap...dah lama sangat tak bercontact...take care dan selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dan berbuka...;-)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.