Sunday, August 8, 2010

Lembu boleh bercakap??

Ingin dikongsikan sedikit ilmu yang dikutip ketika perhimpunan bulanan yang umpama perhimpunan time sekolah.. ngeeee! :) [kalau tak dapat semua ilmu, dapat satu daripada 10 ilmu pun dah kira memadai.. kalau dapat semua lagi elok..]

Siapa tak kenal dengan Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Saya akui namanya tidak asing dipendengaran telinga.. namun sangat jarang mendengar kuliah daripadanya [kalau boleh dipanggil kuliah].

Sempena Ramadan, pihak di sini sudi menjemput Ustaz tersebut untuk memberi sedikit ceramah daripada beliau..

Antara kandungan ceramahnya.. [mungkin ayat yang saya tulis ini hanyalah ayat biasa-biasa bagi kalian, namun amat bermakna bagi saya]

Beliau mengatakan bahawa setiap perbuatan kita di dunia.. akan dihisab..

Dalam satu ceritanya, beliau menceritakan sebuah keluarga telah melanggar seekor lembu sehingga lembu itu mati. Namun, tiada siapa yang mengaku lembu itu kepunyaan siapa-siapa. Ini kerana, mungkin apabila mengaku, ganti rugi yang diminta akan melebihi harga lembu tersebut.. Jadinya, jalan yang selamat adalah dengan tidak mengaku.

Mudah bukan? Namun, ketahuilah.. apabila di akhirat kelak.. lembu itu akan bercakap dan menceritakan siapa tuan nya.. seperti yang kita tahu, apabila di akhirat kelak.. lidah tidak akan lagi boleh berkata-kata..

** Allah telah memberikan kita tangan, kaki, mulut.. serba lengkap pancainderanya [bagi yang kurang.. Allah telah menyediakan kelebihan yang lain.. yang mungkin tidak ada pada orang yang sempurna].. jagalah apa yang telah Allah amanahkan kepada kita.. Jangan! sesekali menyakiti orang lain [atau apa jua] dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Mungkin di dunia kita masih boleh tersenyum, namun ketahuilah di akhirat kelak.. setiap perincian amalan kita akan 'ditayangkan'.. [pesanan untuk diri sendiri juga]

Di dalam ceramah itu juga.. saya tertarik dengan kata-kata beliau..

Jangan bersedih kerana ianya membinasakan [lebih kurang la] kalau tak silap, penyakit akan bertambah sakit apabila sedih melampau-lampau..

** Bila direnungi kata-kata beliau tadi.. saya akui.. saya sedang .. adakala.. [adakala ye.. hehehhe] di hinggapi kesedihan.. hanya Allah Yang Mengetahui betapa sedihnya atas apa yang terpaksa saya lalui.. [mungkin pada pemikiran orang.. sedih akan kehilangan ibu saya].. yerp! itu sudah semestinya.. namun, kesedihan sekarang adalah berlipat-lipat lagi berbanding kehilangan ibu saya.. [ini kerana, bagi saya.. kehilangan ibu adalah takdir Ilahi.. ajal maut telah ditetapkan Allah.. kita juga akan mati..]

Tetapi saya ada terbaca satu blog yang mengatakan, " jangan sesekali kita berfikir bahawa ujian yang Allah bagi kepada kita lebih berat daripada ujian yang diterima oleh orang lain.."

Saya redha atas ujian yang Allah hamparkan kepada saya.. [sesungguhnya, saya amat-amat-amat memerlukan doa seorang ibu.. tapi Allah lebih menyayanginya..] naluri arwah ibu saya betol, cuma arwah tidak sempat untuk bersama-sama saya bagi mencari satu 'vaksin' [dah tulis vaksin nih, janganlah fikir bebukan lak.. :)]





Saya tertarik dengan kata-kata yang terkandung di dalam buku yang sedang saya baca sekarang [jenis mengeja, memang la payah nak mengabeskan buku-buku ni seme.. huhuhu]

"jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam qada' dan qadar Allah SWT. Manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal namun Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya"

Terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Al-Faizah pada saya..

"........percayalah hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.."

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.