Monday, September 6, 2010

IKLAN RAYA

Salam. pe kabar semua? dah agak lama tak jenguk belog. Pada yang sudi baca belog yang beremosikan yo-yo ini [adakala stabil adakala tidak. hahahhaa] tenkiu banyak-banyak. Sayang korang. Urmmm..haa. dah tentu korang dah bersemangat nak beraya kan? membilang hari aje eh? bagus la. pada aku pulak, semangat dan mood raya masih tak berapa nak nampak lagi. [cam anak bulan pulak]

2 3 hari ni semua orang duk sibuk gebang pasal iklan raya kat TV3 suku. ops! kreatif jugak pada yang tambah "suku" kat belakang tu. tak terfikir tapi cam ok aje kan? hihihi.

Kalau diikutkan pengalaman kecik-kecik dulu la kan. Yelah, kadang2 iklan yang berkesan akan lekat dihati dan akan diingati sampai bila-bila, selagi boleh kite ingat.

Bagi aku, tak payah la nak buat iklan boomplastik apekebenda. tengok, tak pasal-pasal dah jadi entahpape. tak tau la sape yang punye idea dan camne la boleh lulus tayang kat tv.

Mulanya memang la terkejut bilemana tengok beca yang ada kat dalam iklan tu. Tak sangka pulak ada kisah tersirat [melalui pembacaan pada belog orang lain]. Tak tau la, apa nak jadi zaman sekarang [cam mak-mak pula. huhuhu].

- Buang bayi cam buang sampah [mintak jauh la]
- Bunuh sana sini cam bunuh nyamuk. Pap! ha kan dah mati.
- Banyak lagi. Kalau nak list down memang penuh.

Oklah, berbalik pada iklan. Bagi aku, aku paling suke iklan PLANTA. hehehhe. Mesti korang konpius. Iklan PLANTA yang mane??

Dulu kan, time kocik-kocik dulu, ada iklan raya PLANTA. Iklan tu best. Dalam iklan tu budak laki ni balik kampong [korang kene gunekan daya imaginasi korang.. hahaha] pastu kan dia naik ketapi. Ketapi tu kan, rentas ikut jalan bendang. Kiri kanan bendang. Cantik. Dalam masa yang sama, kat umah dia adik, mak or sape ntah tengah buat biskut raya. Bile dia sampai umah, dia peluk adik dia kot. Kot ok, sebab ingat-ingat lupe. Pastu dia makan biskut tu. Abes. hahahaha. Macam entahpape kan cite iklan aku nih. Tapi best! betol best, mungkin gaya penulisan aku tak sampai pada korang kot. huhuhu.

Iklan lain yang aku suke. Iklan PROTON. Yang ni pom iklan lama. Dalam iklan tu dorang nyanyi ramai-ramai.

"UCAPAN SELAMAT HARI RAYA, DARI EON UNTUK SEMUA/ANDA"

lebih kurang la lagu dia.

Iklan ni memang aku ingat sangat-sangat, sebab ada nilai sentimental.

Kesimpulan dia, cam aku cakap tadi. Iklan yang simple tapi bermakna dah cukup berbanding iklan yang berjela-jela tapi takde makna. Paling TERUK kalau terus lari konsep. Dah jadi iklan yang entahpape. Urmm. Entah la, ada akal pakai. Ada otak fikir. Mane ek peginye Pak Pandir? huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.