Thursday, October 28, 2010

Ayo mau letak title ape ar??

Malam makin larut. eh! teringat kat lagu bile larut malam. tara ku cah cah. ku cah ku cah. suke ati la nak nyanyi camne pom. tak kesah.

Pernah ndak korang bilemana tengah epi. tetibe rasa SEDIH itu datang. dahla tak bagi signal terus zapppp kat hati. hehhehehe.

Kalau ada butang X . dah lama aku kelik kat butang cedey tuh! perasaan sedey tu adalah normal, tapi ianya buatkan kite down. tak semangat kehidupan lorh!

Oklah, ini ada ubat sebagai pengurang kesedihan. at least kite perlu seimbangkan rasa sedih, gumbira la la la, dan perasaan-perasaan yang lain. sebabnye idup kite tak kan selalu ceria, ianya akan sentiasa TURUN NAIK NAIK TURUN. cam tangga.


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


source : tenet

2 comments:

Terima kasih atas pandangan.