Friday, December 3, 2010

All About Braces

Ulih kerna tadi sore, gwe ke klinik gigi. Makanya, gwe mau mengaplod dan menstorikan cerita tentang braces atau kawat gigi. Kok bisa dipanggil kawat gigi? biasanya dalam info braces daripada Indonesia akan di panggil kawat gigi dan banyak lagi info boleh di cari sendiri yer dorh. hehehhe [betol ke bahasa indonesia yang aku gune nih??]


Takde gambar banyak, tapi cerita aje yang banyak. Kalau sanggup baca, ayuh! kite mulakan...

Kenapa pakai braces???
Ok, dah ramai yang tanya soalan bocor nih. Cumanya, jawapan dari aku biasanya "dah lama nak pakai, dari form 3 lagi". Gigi aku tak rata, berlapis. Macam kek lapis :)

Sebenarnye, nak dijadikan cerita la kan. Time tu aku form 3 and ada akak ni dia form 5. Dia pakai braces you. Time tu la aku terdetik nak pakai braces.

Bayangkan time tu aku dah buat survey tau. hehehhe. Harganye adalah dalam RM500 untuk mak ayah yang keje ngan gomen. Abes tu, mak and ayah aku tak keje gomen. So, niat tu terKIV seketika.


Braces untuk cantik??
Hohohoho. Terpulang pada individu itu sendiri. Bagi aku, ada jugak budak yang gigi tak rata tapi suwit. Ada jugak yang bergigi rata, tapi biasa aje. Sebab tu pada aku, braces bukan penentu kecantikan seseorang itu. Kerana setiap manusia adalah cantik dan mempunyai kelebihan masing-masing. [tak yah tunggu pakai braces pun]

Ok, dah masuk UiTM. Ada la sorang budak kelas aku yang pakai braces. ime tu braces takde la populas mane pun. Tapinye, aku maseh ingat time tu petang, dah lepas kelas dah. Adalah pompuan nih, dia pakai braces. Kaler oyen you. tantek! See, sampai skang aku maseh ingat kaler braces budak tu. hahahhahahah.


Buat research.
Sebenarnye, sebelum korang nak buat atau ambil keputusan nak pakai braces. Make sure, ilmu yang korang ada ... mencukupi untuk diri. Sebabnye, sebelum aku nak pakai braces [time tu aku maseh tak jumpa klinik gigi ortho kat terengganu] aku selalu la jugak cari info tentang braces. Kat situ banyak info yang kite boleh dapat dan fikir ok ke tak dengan keputusan yang akan kite lakukan.

Biasanya, info braces agak meluas pada page Indonesia. Cumanye, bahasa dia tu lah. Kadang-kadang aku maen agak je. Faham la jugak ;)


Kenapa baru sekarang buat braces?
Agak lambat kan? Kalau ikutkan hati dah lama nak buat. Time aku study dulu, aku siap cakap kat housemate aku "nak pakai braces la" [time tu ada loan ptptn] Tapi kawan aku cakap "tak yah la aida, sakit". So, terKIV lagi niat aku.

Tapi niat tu tak pernah padam kat hati. kih!

Last year, haa. time hujan camnilah. Time tu aku cuti, aku pi satu klinik nih. sebabnye kat pintu klinik tu ada tulis pasal rawatan ortho. Bile ditanya, dorang cakap takde doktor pakar. Tapi dorang ada bagitau satu klinik untuk rawatan ortho. YES!!! suke hati dah lama cari akhirnye jumpe [tulis dengan satu nafas je nih]

Ok, niat dah tercapai :)





comey bukan? aku suke tengok kaler dia tu.

Kuning dah try
Hijau pun dah try
Grey pun dah try jugak

Tadi lepas jumpe doktor, doktor just ketatkan bahagian atas. Dia tukar wire and getah. Clean and clear aje getah tu. Seb baek sebabnye, aku tak tahu nak pakai getah kaler ape. Gigi pun dah bergerak, time mane dia bergerak? Entah, tapinya kadang-kadang aku perasan la jugak pergerakan gigi nih. Nak bagitau tapi payah.

Yang pasti, dalam masa 2 bulan dah boleh nampak perbezaan dia.

Pada kata-kata "sakitla pakai braces". Urmm, bagi aku terpulang pada diri masing-masing. Kenapa? aku pernah buat survey tentang "saket" nih. Sebetulnya, aku ada pernah baca belog pemakai braces kan. Dorang akan mention saket macam nak mati Lepas tu mulut akan ada ulcer. Nak telan air liur payah, entahlah. Yang pasti saket la.

Sebenarnye, time dapat info-info yang mengerunkan camtu. Aku dah setkan kat minda aku. Semua tu aku kene lalui SAKET!! Tapinye, bila dah pakai braces nih. Takde lah camtu bagai. Ok aje, semuanye macam biasa. Ulcer ada. tapi tak lama. biasanya dalam masa 2 3 hari je. Pastu ok aje telan air liur. Makan pun ok. Cume seingat aku, pada mula-mula aku pakai getah. Separator. Getah ni tujuannya untuk menjarakkan gigi. Satu getah tu aku dah tertelan. Gulp! Sebabnye nanti dia akan pasang band pada gigi. Yang tu tak dinafikan agak tak selesa dan agak saket nak mengunyah. Tapi still boleh makan. Yang keras-keras memang aku tak makan, adalah dalam 4 5 hari camtu. Pastu dia akan ok balek.

Hahhaha. panjang benar entri nih. Bukan apa, kadang-kadang penulisan tentang braces agak melampau. SAKET la ape la. Sebenarnye ok je. cool! Jadinya, aku sekadar menulis tentang braces mengikut pengalaman aku. Dulunya, kite just baca aje pengalaman orang lain.


Pengalaman yang paling best time pakai braces nih.

Kat pasar [time tu nak beli ayam] aeih. sempat lagi penjual ayam tu tanya pasal braces nih. Aku cam biasa, akan jawab selebar-lebarnye [mengikut soalan dia la] apa yang tak benar, aku akan betolkan.

Kat shopping complex pulak ada jugak yang bertanya. Siap cakap kat aku "gigi saya yang atas ni aje. dia jarang. camne ye kak? agak-agak dia cabut tak?" hehehheheh. Dah macam doktor gigi pulak.

Lepas tu kan, aku ada terjumpa dua budak ni. Kat Mydin. Kecik lagi, adalah dalam 5 6 tahun kot. Bilemana dia tengok aku senyum. Dia terkejut. Hahahaha. Yang paling comel, dia siap tunjuk gigi dia pada akak dia tu. Mesti budak ni heran, nape agaknye dengan gigi aku. hehehhe


Ok lah, nanti-nanti aku cite lagi pasal ni ye :)


13 comments:

  1. Salam. Awak pasang braces ni dimana ye?

    ReplyDelete
  2. Wslm..sori lambat reply komen awak. Pasang kt k. Terengganu je. Awak duk mana? Ni klinik swasta tp dia guna doc dari luar..

    ReplyDelete
  3. Salam.. saya baru nak pasang braces. Saya rasa klinik tu sama dengan klinik yang awak buat juga. Sebab klinik swasta tu je yang buat dekat KT ni. Hee. Saya ada baca pasal cost pakai braces yang awak post. Sekarang rasa macam was-was pulak nak buat dekat klinik ni. takut dia charge mahal sangat. First appoinment saya 21/12 ni. Anggaran harga 6k-7k. Harga ni sama macam awak ke last-last nanti kena charge lagi?

    ReplyDelete
  4. Wslm,

    Ooo..urm, mungkin klinik sama je kot. Klinik Hamidah right?

    Macam ni, sebelum awak buat tu, elok awak tanya betul2 dengan doc tu samada ada lagi ke tak caj after awak pakai braces ni. sebab macam saya, dia just cakap amount $$$$ lepas dah debond, owh rupanya ada lagi caj yg kena kita bayar. Fuhh! hihihi. jenuh jugak tu.

    at least, kalau kita tahu dari awal, kita boleh prepare apa yg patut kan?

    Urmm, saya tak sampai 6k..

    *rasa nak pengsan bila tengok angka tu. hahhaa.

    ReplyDelete
  5. Thanks ya. Btw sy duduk dungun, trg. Kat terengganu klinik hamidah je ke ada buat braces?

    ReplyDelete
  6. akak buat braces ni time umur berapa ek ? bella pun ingat nak buat jugak . ingat nak buat kat swasta sebab kat gov dia nak umur 17 ke bawah je .

    ReplyDelete
  7. ZAIHAN:
    kalau duduk kat dungun kan, kalau tak silap. kat kemaman ada satu klinik ortho. area geliga kalau tak silap.

    SABELLA MOHAMAD:
    akak buat braces ni time umur akak dah banyak. bukan belasan tahun tapi time umur puluhan dah. LOL. akak pernah juga try tanya klinik government, tapi memang dorang dah stopkan untuk umur yang terlebih.

    try la tanya kos dia kat klinik yang akak mention kat atas ni. sebab kos dia tu mungkin dah naik kot.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa. try no ni eh. 09-622 7099. Alamat dia saya tak ada, sebab just walk in je. Klinik tu kat berselang aje dengan butik Ariani. Malam rasanya dia tak buka, sebab petang dah tutup. Tapi tak sure lah kot sekarang dah buka malam. Hari sabtu klinik ni buka, try pergi usha dulu eh :)

      Delete
  9. Hmmm...mmg proses pmasangn dia lmbat ek...sy hmpir 3bln stil blom pkai braces ....pasang bracket...then selang 2 mggu pkai wire...tue baru bhgian ats....bwh xtau la kne charge brpe plak...ari tue ckp harga same jer pkai ats bwh... btol k?? Ble tau exact value awk kne byr brpe?? Teruk x gg awak??? Ats bwh jgk k??? n lame mne pkai???

    ReplyDelete
  10. Then ble tau ... bulanan tukar wire n getah skli ats bwh atau satu2 jgk??? Byrn kne charge brpe ek???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca kat entry ni eh : http://baliklah.blogspot.com/2014/09/soalan-braces.html

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.