Tuesday, December 28, 2010

Eh eh kawanku sayang!


Hai semua, gumbira bukan sebab dapat tukar template. Tapi kan, semalam aku bukak emel lama. Emel yang memang aku tak bukak hari-hari, kire emel kalau wujud pun macam tak wujud lah. Tup-tup bilemana bukak emel, TADAAA! oh kawan lama saya. Suke giler, dah la lama giler tak jumpa. Bayangkan aku dah keje dengan government dah hampir 5 tahun, so bayangkan lah. Lama giler kiteorang lost contact. Aih! ingatkan dah tak ingat pada aku di bumi Pantai Timur nih, rupenye masih kau ingat akan daku.

Eh eh, skill menulis aku dah cam takde lah. Jadinya baca ajelah yerk. Ok, meh nak cite sikit. Kawan sayang aku nih, nama nya sama aje dengan nama aku, cume binti aje lain. Umur pun sama. Cume beza dia belajar di UM dan asal Pahang. Kecik lagi dari aku. Tahap pendek lah. hahahhaa. bukan bukan. tahap kecil molek la.

Kiteorang kenal masa tu kan, aku keje kat A&W Petaling Jaya. Wah! tempat keje yang paling best dalam dunia ni. heheheh. Kalau boleh putar masa, aku nak keje kat sana. Jadi crew pakai baju cokelet, tudung hitam. Siyes! tempat tu memang best. Nanti aku citekan pasal keje tu ye.

Lepas dah kenal kat situ, kami boleh ngam. Nak-nak aku punye perangai suke gelak. Cube jugak belajar nak control gelak, ayu-ayu gitu. Tapi terlepas jugak GELAK BESAR. cam teruk la sikit dengornye. hehhehe. Lepas tu pulak kan, aku dapat geng-geng pandai buat lawak. Ohh. sungguh rindu! Nak lepak-lepak cite-cite. Ishh!

Aku ada gak try nak cari dia balek, tapi tak boleh. Nombor telefon dia dah bertukar. Yang aku ada alamat emel yahoo aje. Itu pun emel yahoo aku dah berzaman. Aku dah maju ke depan. heheheh. Lepas aje aku berenti keje dari A&W kan, pernah gak mesej-mesej. Lepas tu terus takde, masing-masing meneruskan kehidupan dengan cara masing-masing. [ayat yang penuh skema].

Tak tahulah camne dengan life dia sekarang, dari emel dia tu kan. Cam haru jerk. Tapi, harapnye dia ok la. Macam mana pun dia, kalau diberi peluang nak je aku jumpe dia skang. Leh korek-korek cite dia, sepanjang 5 tahun ni. Wehh! kalau baby kan, dah boleh masuk skolah dah. Maunye tak 5 tahun kooo. Lama sungguh. Tapi tak sedar masa berjalan berlari-lari anak. Tengok dah nak 2011. Tinggal bape ari aje lagik. Eh, dah lari topik kan? hehehe. Kalau buat esei BM ni, confirm kene potong markah.

Eh, ok. Nanti aku cite balek pasal A&W tu. Tempat kesayangan beta. hehehe.

Urm, nak jugak tulis. Tak puas ati lagi ar ngan rupe paras, kaler belog nih. Sebabnye, template ni template lama. Memang dah lama tak gune. Tapi bile dah tukar background putih, nampak cam ayam togel je belog aku ni. Nak tak nak kene amek jugak template nih, pas tu aku dah terkelik pada button ape ntah. Hilang semua kaler peberet aku (untuk kaler link, post semualah). Tapi takpe. ni temporary je. Nanti aku tacap balek kasi ok la skit.

Ok, take care. Daaaa..





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.