Friday, April 30, 2010

Pergi untuk seketika

Assalamualaikum semua,

Lama betol tak jengah belog nih.
Memang tak terusik langsung.

Blogwalking pun dah tak dibuat.

Yerp! bukan pembelog yang tegar.

Tapi bukan ini isunya.

Sekarang, TERPAKSA PERGI MENINGGALKAN BELOG NI UNTUK SEKETIKA.

Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Adakala di dalam hidup, kita tak akan TERDUGA akan di duga sebegitu rupa.

Namun, sebagai insan kerdil yang banyak kelemahan, kita perlu mengharungi dugaan-dugaan itu demi satu kehidupan.

Berputus asa bukan jalan terbaik, dan InsyaAllah.. janji Allah itu pasti. Yakinlah.

Doa saya, InsyaAllah saya akan menemui formula yang terbaik untuk semua ini.

Kata-kata arwah ibu saya ada benarnya, OWH! TAK TERDUGA.

Semoga ada sinar menanti di depan..

See you soon.. (tak tau la bile..)

Friday, April 9, 2010

Belum Stabil

Assalamualaikum semua. Sihat?

Oh! dah lama tak menjenguk si rumah kecil nih.
Kesibukan ketidaktentuan kecelaruan masih menghimpit diri ini.

Urmm..

Tak tau bile akan berakhir semua rasa ketidakseragaman nih.
Tapi InsyaAllah ia akan menemui titik NOKTAH jugak.

Sangat best bilemana dapat membaca belog kengkawan yang laen yang senantiasa mengupdate cite-cite yang best!
Keep it up!

Aku pulak.. terus berusaha untuk menstabilkan keadaan sekarang.

Dari sudut kerjaya.. hahhaha.. cam arkitek yang nak bina bangunan 23 tingkat aje bunyinye..
Ok! seriously.. masih mencari rentak yang betul untuk menari di lantai yang rata.
Takut tempang menari tersilap langkah tersadung merana badan. Eces!

Dari sudut personal.. urmm.. masih ada sedikit hal yang perlu dibereskan.
Dan baru aje pulang dari bandar KT.. untuk menyelesaikan 1 daripada beberapa cabang yang perlu diselesaikan.

Sangat berharap perjalanan yang perlu ditempuhi ini akan berakhir dengan senyuman.

Ok. Nanti boleh say T.. hehehe.. skang ni, masih belum boleh mengukir T di wajah..
Kelat kelat!

Rasanye cukup sekadar ini dulu..
Saje nak lepas rindu kat belog nih.

Dah lama tak menjenguk, karang ada yang kecik ati..
Haish!

Ok la.. Nite and smile .. hehehe..