Tuesday, August 24, 2010

Hati Suke Ini

Seperti tahun lepas. Dan tahun lepas. Dan yang lepas-lepas.
Seperti biasa, bile raya mau menjelang. Musti ada Salam Perantauan kat paper.

Suke tilik dan baca Salam Perantauan. Nak-nak kalau asalnye dari Terengganu [bajet kot-kot kenal.. hehhee]

Selalu jerk fikir, dorang ni mesti belajar pandai kan? time kat skolah or uni dulu, mesti students yang tip top otak nye! adakala nasib jugak, time skolah biasa je, tapi bile dah besaq jadinyer cepat pikap, last-last ada rezki ada peluang. dapat ar further. Ada jugak time skolah dulu, skema abes arh. tapi bile dah besar. pergh!!! nyesal eh tak ngorat time skolah dulu. melepaih den!

ada jugak kan, time skolah dulu.. hamboiiiiii pofulas nye dia. ngorat-ngorat tak dapat. maklumler pofulas, mane nak pandang kite [eih! hahahah] pofulas tapi bile dah besaq tak menjadi pulak.

Nasib dan rezki mane kite nak tau kan??

Cakap manyak tara untong, Jom tengok!


anak sape la ek?? sopannyer. bestnye leh further study kat obesi. [tak ar, nak tangkap gambar camni je. hehehe]




tomey! nyesal eh tak belajar lekloq time kecik-kecik dulu. tulah, sape suh malas nak belajar. aish! kan dah jadi tukang tengok jer. hehehhe.


korang tengok ar yang mane berkenan kat hati.. hahahhaa.. respek ar kat lu brader. nampak jerk sempoi, otak geliga.


*bersyukur ngan apa adanye


pic: from Utusan

Saturday, August 21, 2010

Jangan ar tunjuk benda alah tu. SEBAK!!

Tadi pegi ronda-ronda.. bukan ronda-ronda, pegi tukar baju. lebih tepat. baju melayu my dad. ceh! bayangkan ayah aku dipanggil ---- daddyyyyyy! ouh! ndak sesuwai berkali-kali.

Bukan benda ni yang aku nak cite. Cite asal yang ni, tadi sebaik melangkah masuk kat TTC = terengganu trade centre . ternampak sudeh! budak pompuan dengan dslr dia. ya ampun! nikon. mengusha la jugak, tapi tak nampak. ntah D berapa. ntah. aduuuss! bestnyer leh mampu milik dslr.

Ok. ok. ngaku dengan jujur dan ikhlas hati. selalu je mengusha kalau pompuan or lelaki yang bawak dslr. nampak cam cool.. puhh! geram! selalu aku nak menengok dslr dorang D berapa. tak puas menilik tau. adus! jangan ar duk menayang depan aku. [kan best kalau kat dahi ada tulis "NO DSLR PLISSS"]

Ntah la, dah jadi habit dah. pegi aje mana-mana kedai yang ada dslr, buat je muka tak malu.
Pegi survey tanya harga. dahla tu, bukan ada duit pom. kalau ada, ada la dalam 2 3 puluh hengget! mane laku duit tu. frust!

Tapi persetankan semua itu, aku tetap nak godek-godek buang masa kat kedai orang. kesian orang kedai tu. penat melayan customer yang takde value nih. hmmphhh! terasa kempis idung gwe.

Hahahah.. pernah satu ari tu, dapat tuan kedai yang baek. dahla bagi kasik try nikon d90 [hehehe] pastu kan, dia bagi try dslr sony yang latest punyer. mak oi. picture dia jangan cakap ar oo. memang clear gilos. cantek. sampaikan dah terkonpius, nak nikon or sony. aih! nikon ar, sebabnye sony tu kan, dia punye lens mahal gilor. tak mampu budak cam saya nak beli [kesian eh] napsu besor, duitnye ndok ada. pe nok jadi eih!




Ok. walau dah ada lappy. bile je pi kedai. aku memang tak boleh ar. memang nak jugak sentuh, sentuh dengan kasih sayang pada lappy nih. tanteknyerrrrrr. dahla kaler pink. ouh! i tak minat pink ok. tapi i suke tengok [terasa menggedik bilemana buat ayat camnih]


Tapi seriously [dari dalam ati nih], nilah lappy idaman aku. sony. pergh! usha-usha, time tu kat kuantan, kat terengganu agak payah nak ada stock. ok,sambung balek, time mengusha dulu, harga sony memang la teramat mahal. mane aku mampu. bukan anak orang kaya. family aku kaya ngan kasih sayang je. [pehal lak ayat ni kuor??] jadinya, hanya mampu melihat. dah dapat sentuh pom dah kire orait. lepas la kalau nak tidur lena untuk 2 3 malam. huhuhu.

Dan yang latest, pegi feewwiit sony ni kat klcc. tengok la harganyer, ribu riban. tak mampu lagi nak milik, tapi mampu lihat. hehhehe.. syukur la kan dari tak leh buat pape.




eh, dah terbabas cite pasal lappy la. hahaha. nampak sangat dalam ati masih lagi nak cari lappy lain. huhuh.. takde lah, mane mampu nak milik dua tiga lappy dalam satu masa. saya tak mampu. Tengok lah canon kat atas tu.

Camnilah, kalau dah tak berkemampuan lagi. asyek menyemak jerk kat kedai orang. malu tapi buat jer selamba. kalau dah terasa malu ditahap maksimum tu kan, cepat-cepatlah cakap. ok, tenkiu yer.. pas tu kene BLAH dari tempat tu dan JANGAN PANDANG BELAKANG. ngeee!



aargghhh! duk menilik benda alah nih. dalam berjam-jam pom takpe. ralit dan asyek. aduih! payah jugak deh! doa-doakan la impian aku akan tercapai dalam memiliki dslr nih. Nikon! [lepas tengok rege ni kan, asal payah benor eh nak telan liur??]


- jangan lupe niat pose -

Wednesday, August 18, 2010

Nak nyorok kat mane ek??????

18 Ogos 2009 - 18 Ogos 2010 : Genap setahun arwah mak saya pergi tinggalkan saya.

Tapi ada satu perkara yang saya malu. [rasa nak tutup muke ngan towel nyorok bawah *katil . tukar ayat sikit, tadi cam seram sangat ar maksud ayat tu]

Pada 8 Ogos 2010 : time tu perhimpunan bulanan.

Dapat sms daripada adek 2.

"Salam.. ari ni genap setahun umi tercinta meninggalkan kita. perbanyakkan doa dan ngaji al-quran untuk umi tercinta moga Allah selalu merahmati dan jauh umi dari azab kubur dan dipermudahkan urusan alam kubur.. amin"

Sms tu saya baca dan mengalir airmata di tengah-tengah perhimpunan bulanan. Saya tunjukkan sms tu pada opismate saya. [Memang saya akui, pada perhimpunan bulanan yang lalu. Banyak ilmu yang saya dapat.]

Saya reply pada adek 2 :

"bukan ke 18 ogos??.."

Tapi adek 2 tak jawab.

Siriyes, saya langsung tak terfikirkan apa-apa.

Dan tadi. apabila saya sms kan pada semua adek beradek.

SMS yang saya terima.

"27 Syaaban la. Kire mengikut bulan Islam".

Dukk! terasa jatuh kat tangga.

Malu saya. huhuhu.. siyes!

Saya akui mengingati mak saya meninggal 3 hari sebelum Ramadan. 27 Syaaban.

Tetapi pada hari itu [27 Syaaban : 8 Ogos 2010] saya langsung tak terfikir. Oh! my bad.

Pada pikiran saya 18 Ogos . 3 hari sebelum puasa. Tapinya, saya lebih mengingati 18 Ogos. huhuu..

EEEEEE.. ok, benda dah lepas. TQ pada family saya atas reminder yang banyak memberi saya kesedaran.

Patutlah, adek saya sms pada 27 Syaaban. Terasa nak letak jawatan sebagai kakak + adek !

Masih malu pada diri sendiri.

[takmo jumpe orang]


:: Al-Fatihah untuk arwah mak....

Sunday, August 15, 2010

Pengaruh yang lagha

Dalam perjalanan balek ke umah malam semalam. Sebelum tu, entri ni memang entri lagha. Jadinya, kalau tak nak buang masa, hehehhehe.. faham-faham la kan? :) Dan satu lagik, entri ni menggunakan bahasa jiwa bangsa negeri Terengganu. ngeee!

Aku : kite nok gi mane nih?? [sebab laluan di luar kebiasaan]. nak gi isi minyak ke? [takde orang nak layan soalan aku]. bestnye buah. kite beli nak? [kebetulan lalu kat pasar. tapi tetap takde orang nak layan]

Sambung agi..

Aku : oo.. nak gi isi minyak eh?? eh. mung beli aku air. dahaga ar. [tapi adek aku dah berlalu pegi kat kaunter]

Abang 2 turun dari kete [aku bajet nak masuk kedai shell tu]

Aku : mung beli aku air. dahaga nih.

Abang 2 : [tepuk poket sambil tersengih].

Aku : urmmm. [dah memang abang aku tak bawak duit] mung nak isi minyak ke? kalau aku gune minyak yang 97, amir pom sama aku rasa.

Abang 2 : steady aku. [dengan gaya sekali] woiiiii.. cepat ar skit!! wat nape agi??? [menjerit kat adik 2 aku, malu kat orang ramai ada abang gini]

Aku : ye tengah isi borang tu. borang peraduan.

Abang 2 : isi borang nape. dok tengok orang nak kuar tu.

[perbalahan mulut bermula. biasa lar. kalau tak selisih cakap memang tak sah. tapi biasa sat je la. takde lama2 kecuali kes-kes tertentu]

Abang 2 : [masuk dalam kete balek]

Ayahanda muka dah cuak akibat perbalahan kami. Lebih cuak bilemana dengar kete nak kuar.

Adek 2 : mu dok isi agi?? aku sudah bayar lama dah. dok "steady aku" ar mung.

Abang 2 : mane aku tau.

Adek 2 : adok. adok. dok "steady aku" [siap ngan gaya]

Aku : tengok, kete belakang ye pandai ar reverse. ye faham tempat isi minyak memang gini.

Abang 2 : [sengih . ok! lupe lirik di sini]

Aku : mu dok "steady aku". tengok orang depan, steady jer. hahahahha.

Ayahanda : [senyum menunjukkan muke "steady"]

Adek 2 : hok duk depan ni memang steady sokmo. hahahahha.

Ayahanda : [gelak je]

Lepas tu, benti plak kat kedai runcit. Hajat kami nak beli eskrem best! eskrem batang yang dua posen satu tu. heheheh.

Dalam kete.

Abang 2 : mung beli air batu lalu. cepat ar turun. terjun je. mung ni dok "steady aku" ar. lambat bertindak.

Aku : ces! nak turun gane. kete dok benti agi.

Abang 2 : tindakan kene pantas. kene sombong berlagak. "steady aku". terjun ar.

Aku : layan aku mung eh.

Adek 2 : [bagi duit 3 inggit. harap kakak, abang, ayahanda. urmmm.. tangan kosong :)] cukup ar nih. cepat ar gi beli.

Sebagai mangsa suruhan, turun la dari kete.

Antuuuuuuuuuuu..

Ces! budak puan nih. ada ke kata aku antu. mentang2 aku pakai telekung gini.

Aku : eskrem ada? yang dua posen tu ar.

Orang kedai : o, bulan pose ni dia tak buat. tak boleh nak rasa.

Aku : oooo.. [ada gak alasan gitu] kalau gitu. beli air batu ni jelah.

Kembali ke kete.

Aku : air batu je ada. eskrem adok. ye dok buat bulan pose.

Abang 2 : mung dok "steady aku". doh eskrem dua posen adok. beli ar cornetto 3.

Aku : hooo.. banyak lawo. duit ada bape sen je. nak eskrem cornetto. 2.30 je ada eh. mane cukup.

Abang 2 : mung kene sombong berlagak "steady aku" walau adok duit. mung order je 3..

Adek 2 : ho ar, pastu kene lempang di tuan kedai..

Aku + Abang aku + ayahanda + adek 2 = gelak lagha.

pot pet pot pet lagik..

Kalau kami yang dah besar dewasa camnih leh terpengaruh ngan drama kat tv. Urmm, bebudak apatah lagik. err.. kalau tengok cite tu, mesti faham dengan "steady aku".

Geng Surau : 730pm : Selasa - Sabtu [hahahah. tadi iklan baru tengok schedule cite nih]


* Adek 2 dah selamat sampai kat KL petang tadi. Alhamdulillah. Sunyi plak dia tak de. Nantikan kepulangan adek 3 minggu depan :)

Saturday, August 14, 2010

Jangan mati sebelum waktunya

4 Ramadan 1431H Sabtu

Dikongsikan bersama untuk kita renungi [source : dunia maya]

Buat sahabat-sahabat yang hampir terlena dan sentiasa berjaga.
Ujian itu hanya pada yang mampu dan DIA lebih mengetahui tentang semua itu.

setiap ibu bapa akan diuji dengan anaknya.

setiap anak diuji dengan ibubapanya.

seorang abang/kakak diuji dengan adik-adiknya.

seorang adik diuji dengan abang/kakaknya.

seorang mertua diuji dengan menantunya.

seorang menantu diuji dengan mertuanya.

seorang nenek/datuk diuji dengan cucunya.

seorang cucu diuji dengan datuk/neneknya.

seorang yang sihat diuji dengan nikmat sihatnya. kadangkala dia disapa oleh kesakitan.

seorang yang kaya diuji dengan nikmat kekayaannya. kadangkala dia ditegur oleh kemiskinan.

seorang peniaga diuji dengan pelanggannya. dengan naik turun bisnesnya. dengan hutangnya.

begitu juga seorang pekerja diuji dengan momokan majikannya.

hidup yang bernama manusia itu takkan sunyi dari ujian.

ALLAH pasti akan mengujinya dari setiap aspek kehidupan.

tetapi Maha Suci ALLAH, Maha Kaya ALLAH, Maha Berkuasanya ALLAH, Maha Pengasih dan Penyayangnya ALLAH. Dia sekali-kali tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita menanggungnya.

Nabi Muhammad saw. pernah menggambarkan sikap orang-orang yang beriman dan betapa beruntungnya golongan ini.

bila diberi ujian kepayahan, dia sabar menghadapinya.

bila diberi nikmat kesenangan, dia bersyukur kepada Tuhannya.

tidak sia-sia hidup orang yang beriman.

setiap saat dalam keredhaan dan kasih sayang ALLAH.

amatlah rugi orang yang tidak beriman.

bila diuji kesusahan dia mengeluh menyesali nasib.

bila diberi kesenangan hidup. dia lupa kepada Yang Maha Pemberi.

wahai diri, berusahalah untuk menjadi orang yang beriman.


* tadi pagi ke tempat biasa, dan Alhamdulillah dapat kawan baru [tak sangka]. Thanks pada akak di atas kata-kata semangat dan InsyaAllah, saya akan berusaha semampu saya.


"jika kita tak dapat di dunia, mungkin Allah akan kurniakan pada kita di akhirat nanti. :) InsyaAllah." [tabahnya dia]

Friday, August 13, 2010

Geng Surau

11.15 pm. Dah agak lewat malam. Ada yang dah tido, ada yang dah nak tido, ada yang tak tido lagik. Rasa nak tulis entri lagi satu, tapi teringat pada cite GS.

Skang tengah layan AFC. AsianFoodChannel.

Terjerumus tersuke pada afc. Pengaruh dari abang 2. Apa yang kite dapat dari cite nih? Terasa meleleh ayaq liuq. Terkelip-kelip tengok dorang masak. Best jerk. Mesti sedap kan?? ngeks jer. aishh! setakat ni, hanya resepi kari kot yang boleh aku terima pakai dan pernah aplikasi kan. Sebab cara dia senang la sikit berbanding resepi lain.

p/s : untuk menjamu mata, bolehlah korang tengok program nih


Geng Surau = GS

Mulanya tengok iklan, nampak cam best, tapi tak de la nak layan.
Tapi bile mana dah tertengok pada episod yang dia menyanyi lagu "sepohon kayu daunnya rimbun.." versi rowk carrrr-parq. Tetibe tersuke.

Part paling best! Bilemana kambing kene letop. hahahahhahhaa. Sadis kambing tu. Err.. sebenarnye aku blur bilemana tengok cite nih. Tak paham. Lelama, oo. baru la paham. Sebab dorang selang selikan dengan kisah dulu dengan kisah sekarang. [dorang flashback la aida oi, tu pasal surau jadi camtu]

Dan tadi, part paling sengal. Kisah diaorang bawak penceramah untuk bagi ceramah kat surau. "steady aku". hahhahahah. Tok imam pom kene buat gaya sengal. Lawak selenge. Urm, tak reti plak nak explain kelawakan dia. Tengok sendiri lagi real kot. Yang pasti, kami seme suke cite nih. [aku plak yang tersengih sensorang. sengal cite tu bikin gwe lagha]

p/s : perlu tengok untuk dirasai kesengalan dorang. ngeee!

Oklah, latest tengah tengok cite

Serasi

Cite ni malas la nak ulas. Nak simpan untuk diri sendiri jerk. Hehehehe. [boleh????]

Berkira-kira:
- terasa nak makan pizza yang panas-panas. wallawehhh!
- nak makan GCB. tapi boikot mr. mekdi itu. urm, kene kaji semula aspek boikot ni. [tahan nafsu! pejam mata. huhuhu]
- kfc yang berperisa hot and spicy! arghh! dugaan semasa.
- nak makan kebab. kyros kebab. letak daging bebanyak. nak yang besar punye. [malu nak order dan ngaku "ye, saya punye"]
- nak makan char kue tiow yang best kat mydin mall. Pergh! dah try kat tempat lain, tapi tak berapa best cam kat situ [sabar!]
- ok, yang ni agak kritikal la sikit. kari kepala ikan. arghhh! sampai termimpi-mimpi. rasanya sangat sedap. tak tau la camne dorang buat. hahhahah. adakala fikir yang bukan2. Tapi siriyes, memang sedap! 10 bintang di langit biru aku kasik kat menu nih. Tapi sayang, ianya biasanya akan dijumpai 2 bulan sekali jerk! [nak tanya resepi dia, tapi adakah akan dibagi????]
- nak makan ayam madu. InsyaAllah sahur nanti. [seb baek akak ipar yang dah perapkan seme. so, kene bangun sahur dengan jayanya.]

Kalau cakap bab makan memang payah nak berenti. Macam gergasi kecil plak. hahhahha.

Ok, dah 12 malam. Nak makan skit and tido.

Salam

Wednesday, August 11, 2010

La gen da Bu dak Se tangg

Err.. cite kite takde kaitan langsung dengan LBS.. saje je nak tulis tajuk tu..

Petang tadi, singgah pasar ramadan, sebenarnye takde niat nak singgah. Sungguh arh! Percaya arh! Tapi bilemana si adek 1 cakap nak berbuka kat umah.

Urmm.. sebagai sorang kakak yang ala-ala baru nak "aku kan kakak" ces! 1 2 3.

Sanggup la singgah sat. Tapi cuaca dah mendung. Dah nampak hujan sangat-sangat nak menangis ke bumi.

Berkira-kira, sempat ke tak.. sempat ke tak..

Ok, membeli dengan tangkas. Agak rambang melihat kuih muih beraneka bentuk dan warna. Semua colour LUNA dorang guna. Er, pernah gune LUNA tak? pensil kaler yang pemes tu la. Dulu kan, sape2 yang ada LUNA besar.. yang 24 kaler kalau tak silap.. Memang akan mencuri perhatian. Kenapa cite pasal LUNA? dan kenapa caps lock kan luna?? Ok, balek pada cite kite..

Tetiba ribut. Siriyes, ribut, hujan dah start dah. Macam nak tercabut khemah tempat dorang mencari rezeki. Sebelum hujan makin lebat. Kite kene hebatkan langkah kite. Alhamdulillah, selamat masuk dalam kete. Tapi sepanjang jalan, hujan memang lebat sangat-sangat. Banyak kayu-kayu pokok [ranting] yang jatuh kat jalan. Takut gak. Tak nampak jalan. Volume untuk wiper dipertingkatkan. Tapi tak berapa nak jelas gak. Volume kete diturunkan kepada 60-50kmh aje.

Sms pada adek 1, yelah dia balek keje naek motor. Sian. Tapi dah sampai umah. Alhamdulillah.

Akak ipar plak sms. [agaknye lah, sebabnye kite tak de simpan pun no phone dia. hehehehe.] Meluahkan rasa. Tak tau la dapat balek ke tak, sebabnye hujan lebat. Ok, mereka [abang 2 dan akak ipar] naek motor jugak.

Memula SIL dah pesan semalam, tugas aku just masak nasik saje untuk hari ni. Hehehe.. [bajet leh layan mata wink!] Tapinya, plan dah bertukar. SIL tak boleh balek.

Dengan gigih disamping semangat kekakakan yang membara. Sanggup la meredah onak di dapur memasak nasik, lauk pauk bermacam bagai [tolong jangan mengimaginasikan yang lazat-lazat ye]

Abang 2 sms [maaf, gune bahasa ibunda]

Abang aku : masak nasi dah ke?
Aku : nanak dan masak lake dah.

Abang aku : lauk bende
Aku : lauk setaraf chef wan. ikan masak gulai kuning, ayam goreng meletop [nasib tak hangit], ikan goreng tapi tak goreng agi ar, telor ngan sayur kacang

Abang aku : Ye ke, misti jilat kaki
Aku : itu sudah tentu. Jilat kuali kata ayahanda. [ok! ayat biasa kami memang kadangkala mengarut]


Sms tamat

Dah hampir 630pm, abang 2 and SIL balek umah. Hohoho.. ingat tak balek tadi. SIL kite bawak balek lauk. Yeyeh! [muka tak malu. huhuh]

Yang pasti, berbuka tadi amatlah best! Adek ipar ada [ingatkan bukak kat umah dia], adek sendiri ada, abang ada, ayah pom ada. Memang berselera sangat-sangat. Kali ni saya dah ada teman. 2 kawan fomfuan :)

Abang 2 dah kawen bulan 5 yang lalu. Adek 1 pom dah kawen bulan 11 yang lalu. Kirenya family kami makin mengembang. Dan akan mengembang lagik. InsyaAllah.

Semoga keluarga kami diberkatiNya, dirapatkan silaturrahim sampai akhirnya. Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

InsyaAllah esok umat Islam di beberapa negara akan menyambut Ramadan 1431H. Sekejap je kan? masa berlalu cam air mengalir [salah satu tanda kiamat, sebulan akan dirasakan seperti minggu, setahun akan dirasakan seperti sebulan.. aih! tiba2 teringat ayat nih..]

Ok, dah rajen nak menghapdet belog skang.. hehehe.. [semangat! semangat! bak kata Dada]

Asyek duk tulis entri kesedihan.. sampai bile tak kan abes.. huhuhuhu

Oh ya! semalam sempat la tengok Dahsyat 13 kat Astro Oasis. Banyak info yang kita boleh dapat [aku memang ternanti-nanti episod semalam..huhuhu]

Dah terbabas dah.. urmm, ape ek nak cite?? haa.. sempena Ramadan nih, Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana satu bab dah selesai.. Amin.. Allah telah permudahkan jalanku untuk mengharunginya.

Hampir setahun tragedi berdarah itu berlaku [cam baca ayat buku sejarah lak..] dah tiba masa untuk perbicaraan.. deng deng deng!

Supt. dah telefon bagi masa untuk hadir ke balai bagi menetapkan masa untuk ke mahkamah.

Jadinya, beberapa minggu yang lepas, setelah sekian lama tak pergi ke Pasir Puteh. Berangkatlah aku dan ayahku ke sana.. [entri ni ku bajet memang panjang jongos laa :)]

Bukan senang tau nak ke sana.. nak-nak aku sekali lagi bertanggungjawab penuh sepanjang perjalanan tu.. bawak pulak ayah aku.. faham-faham jelah.. mesti dia teringat lagi akan kemalangan dulu.. tapi Alhamdulillah kami selamat pergi dan balek..

Selepas dah fikir-fikir dan berbincang dengan Supt. Bakar, aku decide 10 Ogos 2010 sebagai hari naik court [teringat lak kat artis naik turun court..]

Pagi tadi, around 625am mula bertolak ke Pasir Puteh [bawak sekali cousin aku].. jalan pepagi ni.. memang la amat mengingatkan aku pada kemalangan tu..

Dah sampai balai, kami terus ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh.. Ingatkan jauh, rupenya sebelah balai je.. jalan kaki ajelah..

Sampai sana, dah ramai rupanya orang yang menanti..

Terus bagi resit untuk dorang cek.. and kami kene masuk kat dalam..

Suspen cam tengok cite hantu! [cite hantu biasa suspen kan??]






Dalam court! sebenarnye curi-curi amek gambar [terasa sangat cam pencuri yang tengah try nak mencuri] time ni Majistret tak masuk lagi.. budak-budak sekolah pon ada.. muda-muda dah masuk court.. kalau perasan, yang kertas putih kat depan tu.. khas untuk pesalah. Kandang.. biasa tengok dalam tibi je.. ni dah tengok depan-depan mata.. terasa dah macam nak kene penjara jer..

Ok la, cite la sikit time kat dalam tu..

Kalau nak tahu [nada cam nak bergossip jer..] macam-macam kesalahan yang diperdengarkan.
Semua orang dapat dengar apa kesalahan kita. Dapat dengar rayuan kita.

Memang terkejut and takut [tetibe je takut]..

Bilemana dengar kes dadah.. siap bawak bukti dalam envelope, macam-macam bukti dari dalam file.. pak cik pulak tu. Melayu + Islam.. sedih kan?? kalau bersabit hukuman kene penjara and denda or kedua-dua sekali.. last kalau tak silap.. kene denda je kot.. NAMPAK cam mudah bukan?? urmm.. no idea.

Ada satu tu, kes bawa senjata tajam.. pak cik jugak.. ntahlah, tak faham aku.. [tak yah faham, buat serabut otak jer]

Ramai jugak la yang kes berkaitan trafik.. ada yang tak pakai helmet, seat belt, road tax mati la [korang cepat pi cek road tax, dah mati ke belom?] bawak kete bawah umur, aish! tapi ni dikire sebagai kes ringan la..

Bagi yang buka kes pon ada.. mintak dibicarakan.. oh ya! bagi kes-kes berat.. kene berdiri dalam kandang tau.. lahaiii.. [siap la nko aida]

Turn aku lak.. ingatkan dah kene masuk kandang.. rupenya, Alhamdulillah.. berdiri je kat depan.. :) bilemana pertuduhan dibacakan.. [bajet dia akan sebut mengakibatkan kematian ape semua.. tapi tak, ayat santun amat] so, ngaku and Alhamdulillah again, hanya di denda [sebab aku tak salah bilemana kejadian tu berlaku. Tak babitkan pihak lain. Terbabas. Banyak faktor yang mereka kaji, file aku penuh. Dahla warna kuning. Siap gambar kejadian lagi.] Jadinya kes tak dipanjangkan.

Dulu aku pernah diberitahu, jikalau mengikut akta 41 kalau tak silap, akan dikenakan denda or dipenjara / kedua-duanya sekali. "menyebabkan kematian mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya." [sumber : parlimen.gov.my]

Time tu terasa golap masa dopan den.. sungguh! tapi family banyak bagi support.. mereka banyak memberi nasihat supaya memandang ke arah yang positif! jalan penyelesaian tetap ada.. InsyaAllah..

Dah selesai semua. Maka bernoktahlah episod balai and court.

Alhamdulillah di atas kelancaran kes.





Nak tengok gambar tempat kejadian? sori lah, cousin aku pakai enset jer.. [koleksi abang aku lagi banyak kot].. nampak signage selekoh? haa.. kat depan sana la kejadian tu.. Wakaf Linchong, Pasir Puteh..



Kat sini ada bangsal tau.. tapi sorilah, tak leh nak shot cantik.. sebab faham-faham je la. Kete bergerak.. kat bangsal ni la tempat kereta aku terbabas.. betol-betol kat pokok besar.. rupenya, bangsal ni tempat orang jual daging.. hehehe..

Kalau tengok, selekoh nak cakap tajam.. takde la sangat.. ada lagi selekoh tajam yang aku lalui sebelum tu.. tapi bila Allah dah tulis.. "kat mana kamu mati, pada waktu ini itu, macam mana kamu mati.." tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah. tidak lewat dan tidak awal walau sesaat. Tak terjangkau dek akal manusia yang lemah ini.

Bile difikirkan, setiap manusia di uji dengan pelbagai ujian.. setiap ujian mempunyai hikmah yang tersembunyi. Pada aku, seolah-olah diberi kehidupan untuk kali ke dua. Syukur. Dan aku lebih memahami kenapa Allah memberi aku kekuatan untuk semua ini. Alhamdulillah, fobia yang aku alami tidak seperti yang orang fikirkan. [macam-macam versi rupanya..huhuhu] Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk diri seseorang itu..

Moga dengan kedatangan Ramadan kali ini, akan kita gunakan sebaiknya. Kerana, belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan yang akan datang.

Dikesempatan di petang Ramadan ini.. saya memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa, terperasan ketika menulis, terover ketika menulis, teremo, termarah, ter ter ter.. kelemahan itu dari diri saya dan saya perlu perbaikinya.

Selamat berpuasa dengan sebenar-benar puasa..



Sunday, August 8, 2010

Lembu boleh bercakap??

Ingin dikongsikan sedikit ilmu yang dikutip ketika perhimpunan bulanan yang umpama perhimpunan time sekolah.. ngeeee! :) [kalau tak dapat semua ilmu, dapat satu daripada 10 ilmu pun dah kira memadai.. kalau dapat semua lagi elok..]

Siapa tak kenal dengan Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Saya akui namanya tidak asing dipendengaran telinga.. namun sangat jarang mendengar kuliah daripadanya [kalau boleh dipanggil kuliah].

Sempena Ramadan, pihak di sini sudi menjemput Ustaz tersebut untuk memberi sedikit ceramah daripada beliau..

Antara kandungan ceramahnya.. [mungkin ayat yang saya tulis ini hanyalah ayat biasa-biasa bagi kalian, namun amat bermakna bagi saya]

Beliau mengatakan bahawa setiap perbuatan kita di dunia.. akan dihisab..

Dalam satu ceritanya, beliau menceritakan sebuah keluarga telah melanggar seekor lembu sehingga lembu itu mati. Namun, tiada siapa yang mengaku lembu itu kepunyaan siapa-siapa. Ini kerana, mungkin apabila mengaku, ganti rugi yang diminta akan melebihi harga lembu tersebut.. Jadinya, jalan yang selamat adalah dengan tidak mengaku.

Mudah bukan? Namun, ketahuilah.. apabila di akhirat kelak.. lembu itu akan bercakap dan menceritakan siapa tuan nya.. seperti yang kita tahu, apabila di akhirat kelak.. lidah tidak akan lagi boleh berkata-kata..

** Allah telah memberikan kita tangan, kaki, mulut.. serba lengkap pancainderanya [bagi yang kurang.. Allah telah menyediakan kelebihan yang lain.. yang mungkin tidak ada pada orang yang sempurna].. jagalah apa yang telah Allah amanahkan kepada kita.. Jangan! sesekali menyakiti orang lain [atau apa jua] dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Mungkin di dunia kita masih boleh tersenyum, namun ketahuilah di akhirat kelak.. setiap perincian amalan kita akan 'ditayangkan'.. [pesanan untuk diri sendiri juga]

Di dalam ceramah itu juga.. saya tertarik dengan kata-kata beliau..

Jangan bersedih kerana ianya membinasakan [lebih kurang la] kalau tak silap, penyakit akan bertambah sakit apabila sedih melampau-lampau..

** Bila direnungi kata-kata beliau tadi.. saya akui.. saya sedang .. adakala.. [adakala ye.. hehehhe] di hinggapi kesedihan.. hanya Allah Yang Mengetahui betapa sedihnya atas apa yang terpaksa saya lalui.. [mungkin pada pemikiran orang.. sedih akan kehilangan ibu saya].. yerp! itu sudah semestinya.. namun, kesedihan sekarang adalah berlipat-lipat lagi berbanding kehilangan ibu saya.. [ini kerana, bagi saya.. kehilangan ibu adalah takdir Ilahi.. ajal maut telah ditetapkan Allah.. kita juga akan mati..]

Tetapi saya ada terbaca satu blog yang mengatakan, " jangan sesekali kita berfikir bahawa ujian yang Allah bagi kepada kita lebih berat daripada ujian yang diterima oleh orang lain.."

Saya redha atas ujian yang Allah hamparkan kepada saya.. [sesungguhnya, saya amat-amat-amat memerlukan doa seorang ibu.. tapi Allah lebih menyayanginya..] naluri arwah ibu saya betol, cuma arwah tidak sempat untuk bersama-sama saya bagi mencari satu 'vaksin' [dah tulis vaksin nih, janganlah fikir bebukan lak.. :)]





Saya tertarik dengan kata-kata yang terkandung di dalam buku yang sedang saya baca sekarang [jenis mengeja, memang la payah nak mengabeskan buku-buku ni seme.. huhuhu]

"jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam qada' dan qadar Allah SWT. Manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal namun Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya"

Terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Al-Faizah pada saya..

"........percayalah hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.."