Friday, September 24, 2010

Eksperimen Pagar

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maap Zahir dan Batin.

Di petang hening di Jumaat hari ini, jari-jemari terasa ringan nak mengapdet belog. Sebenarnye, nak apdet cite hari raya. Tapi bile takde idea, entri kontot tak sampai 450 patah perkataan pom takkan mampu disiapkan.

Badan dah la tak berapa sehat nih. Macam nak demam, tapi tak. Just batuk-batuk aje. [Batuk ni dapatnye, bile sudah makan kueh raya kat opis. huhuhu.] Dah la tadi, time nak bayar kat kaunter. Terasa nak batuk, batuk sampai berair mata. Terasa kering betol tekak nih. Terus je sebat tisu kat kaunter klinik. Nak buat camne, dah emergency. Tisu spare pulak, takde dalam beg.

Ok, sebenarnye baru aje selesai jumpe Doktor Gigi. Hehehehe.

Ok-ok, memang sebelum ni tak pernah bercerita pasal ni ---> BRACES!

Sebenarnye, dah hampir 4 bulan dah saya pakai braces. Niat nak pakai dah lama, time study lagik. Tapinye, dah tak sampai seru lagi. Urm, last year baru terjumpe klinik yang ada khidmat orthodontik. Bukan senang nak cari klinik ortho kat Terengganu ni tau. Abes satu terengganu saya tawaf, dan Alhamdulillah, time pergi Klinik gigi Rina, dia yang bagitau klinik ortho kat terengganu.

YAHOOOOOOO! GUMBIRANYE SAYE <----- nada nobita. Hari ni, pasang getah kat gigi bawah. Saje bergaloks amek kaler PINK + GREEN + YELLOW!

Saya dah buat keputusan nak gunekan kaler-kaler ni semua dah lama tau. Since pasang getah atas dulu lagi. Kire-kire 4 bulan dulu. Hehehe. Sebabnye, dulu gigi atas dipakainye getah kalernye GREY! so, takde nampak sangat. cantek jugak kalernye. Tapi tu just basic kaler je lah.

So, yang gigi bawah ni, dah plan. Nak jugak buat eksperimen sebabnye nanti senang nak decide untuk kaler gigi atas. Urmm, korang mesti tak paham kan? Tapi jike korang geng besian. Sure korang akan paham. Ngeeeee- hehehhe

Lepas aje doktor pasangkan tiga kaler kat gigi bawah [doktor terkezut saya pilih 3 kaler sekaligus. Maybe tak pernah orang buat kot. Tapi kalau kat tempat lain. Normal aje. hehehe] Lepas aje siap. Doktor cakap nak ketatkan besi yang atas. Haaa??? Yang atas saya tak decide nak pakai kaler ape. Ingat kan doktor just nak buat yang bawah aje.

Doktor : Yang atas pink, kuning dan ijau juga ke? [baek doc ni tau. kalau cakap, alahai. sopan. hehehhe]
Aku : haa?? tak mo tak mo doktor. Yang kat atas. Urmmm.. [ape kaler aku nak nih??] Urmm. PINK la doktor. [dan-dan je kaler pink, tak tau la cantek ke tak]
Doktor : semua pink ke?
Aku : a'aah. Semua pink [tak kan nak bercampur-campur, yang atas aku tak nak buat eksperimen kaler. Malu. hihihii]


Ok, lenkali saya apdet lagi neh! Ikutkan nak tulis banyak-banyak, tapi untuk next entri nanti kan. Takde cite plak kan. [ada jugak camni . hehhehe]

Monday, September 6, 2010

IKLAN RAYA

Salam. pe kabar semua? dah agak lama tak jenguk belog. Pada yang sudi baca belog yang beremosikan yo-yo ini [adakala stabil adakala tidak. hahahhaa] tenkiu banyak-banyak. Sayang korang. Urmmm..haa. dah tentu korang dah bersemangat nak beraya kan? membilang hari aje eh? bagus la. pada aku pulak, semangat dan mood raya masih tak berapa nak nampak lagi. [cam anak bulan pulak]

2 3 hari ni semua orang duk sibuk gebang pasal iklan raya kat TV3 suku. ops! kreatif jugak pada yang tambah "suku" kat belakang tu. tak terfikir tapi cam ok aje kan? hihihi.

Kalau diikutkan pengalaman kecik-kecik dulu la kan. Yelah, kadang2 iklan yang berkesan akan lekat dihati dan akan diingati sampai bila-bila, selagi boleh kite ingat.

Bagi aku, tak payah la nak buat iklan boomplastik apekebenda. tengok, tak pasal-pasal dah jadi entahpape. tak tau la sape yang punye idea dan camne la boleh lulus tayang kat tv.

Mulanya memang la terkejut bilemana tengok beca yang ada kat dalam iklan tu. Tak sangka pulak ada kisah tersirat [melalui pembacaan pada belog orang lain]. Tak tau la, apa nak jadi zaman sekarang [cam mak-mak pula. huhuhu].

- Buang bayi cam buang sampah [mintak jauh la]
- Bunuh sana sini cam bunuh nyamuk. Pap! ha kan dah mati.
- Banyak lagi. Kalau nak list down memang penuh.

Oklah, berbalik pada iklan. Bagi aku, aku paling suke iklan PLANTA. hehehhe. Mesti korang konpius. Iklan PLANTA yang mane??

Dulu kan, time kocik-kocik dulu, ada iklan raya PLANTA. Iklan tu best. Dalam iklan tu budak laki ni balik kampong [korang kene gunekan daya imaginasi korang.. hahaha] pastu kan dia naik ketapi. Ketapi tu kan, rentas ikut jalan bendang. Kiri kanan bendang. Cantik. Dalam masa yang sama, kat umah dia adik, mak or sape ntah tengah buat biskut raya. Bile dia sampai umah, dia peluk adik dia kot. Kot ok, sebab ingat-ingat lupe. Pastu dia makan biskut tu. Abes. hahahaha. Macam entahpape kan cite iklan aku nih. Tapi best! betol best, mungkin gaya penulisan aku tak sampai pada korang kot. huhuhu.

Iklan lain yang aku suke. Iklan PROTON. Yang ni pom iklan lama. Dalam iklan tu dorang nyanyi ramai-ramai.

"UCAPAN SELAMAT HARI RAYA, DARI EON UNTUK SEMUA/ANDA"

lebih kurang la lagu dia.

Iklan ni memang aku ingat sangat-sangat, sebab ada nilai sentimental.

Kesimpulan dia, cam aku cakap tadi. Iklan yang simple tapi bermakna dah cukup berbanding iklan yang berjela-jela tapi takde makna. Paling TERUK kalau terus lari konsep. Dah jadi iklan yang entahpape. Urmm. Entah la, ada akal pakai. Ada otak fikir. Mane ek peginye Pak Pandir? huhuhu.