Thursday, October 28, 2010

Ayo mau letak title ape ar??

Malam makin larut. eh! teringat kat lagu bile larut malam. tara ku cah cah. ku cah ku cah. suke ati la nak nyanyi camne pom. tak kesah.

Pernah ndak korang bilemana tengah epi. tetibe rasa SEDIH itu datang. dahla tak bagi signal terus zapppp kat hati. hehhehehe.

Kalau ada butang X . dah lama aku kelik kat butang cedey tuh! perasaan sedey tu adalah normal, tapi ianya buatkan kite down. tak semangat kehidupan lorh!

Oklah, ini ada ubat sebagai pengurang kesedihan. at least kite perlu seimbangkan rasa sedih, gumbira la la la, dan perasaan-perasaan yang lain. sebabnye idup kite tak kan selalu ceria, ianya akan sentiasa TURUN NAIK NAIK TURUN. cam tangga.


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


source : tenet

Friday, October 15, 2010

Ingin bergelar nurse? doctor?

Tajuk dah berunsur koya. Harap isi kat dalam TIDAK! Urmm.

Dalam idop aku memang tak pernah bercita-cita nak jadi nurse ataupun doctor. Memang title nampak best kan? Anak keje ape? doktorrrr. jawab ngan lubang idung. kembang and bangga tau anak jadi doktor. ok, tak baek. Otak aku malam-malam nih, memang berunsur laser sikit. hukhukhuk. Hahahaha. Padahal, tak kisah la anak keje ape pun. Keje buruh ke, keje despatch ke. Itu semua keje jugak. Jangan mencuri, merompak sudah. Janji keje tu halal. Cakap pasal doktor, aku surrender! Sebabnye aku takut ngan darah, pastu kalau jadi nurse/doktor. mesti kene cuci semua saket dorang. Memang aku tak mampu. Rasanya aku boleh pengsan or terUWEK di situ.

Eh, sebenarnye nak cite pasal tengok orang bersalin. hambek ko! jauh benor larinya title ngan isi. Takpe lah. mukadimmah itu penting. hehehhe.

Sedang lena di ulit intan, adek 1 tepon bitau wife dia dah nak bersalin. Huuu. dah ada kat klinik, bukannya spital. Why? dia dah booking nak bersalin kat Klinik Rawatan Keluarga = KRAK [kasi nama penuh nih] Ok la kalau camtu.

Kebetulan, mak ayah .. sonang cite, mak and ayah mertua adek aku takde. Pegi menziarah, kebetulan ada kematian [nape eh, terasa skema menulis. Dah lama tak menulis kot]

Nak tak nak, terpaksalah kamikaze. Bangunkan ayah aku bitau yang si Ipah dah nak bersalin. Nak kene pergi teman dia. Tak nak susahkan ayah aku, sebabnye esok dia keje. Nak tak nak, dengan hati yang suam-suam berani, drive lah sorang-sorang pegi KRAK. Tak la jauh sangat, dalam 15 minit je. Tapi kan, terasa cam 1 jam. Macam-macam kat pikiran. Takut hantu. Sengal kan? hahaha. siyes! benda tu je yang ada kat dalam kepala aku. Pasang cd orang ngaji ey, kasi berani and tenang. fuh!

Sampai kat sana, aku tak tau camne nak masuk. Boleh redah masuk ke? Dial nombor adek aku. Ishh! "kredit anda tidak mencukupi. bla bla bla". Haru! time cenggini la dia buat perangai. Aku tak pakai line, tak mampu [muke ineseng nih. hahahhaa] Menggelabah, pergi la ke seberang jalan menuju 7Elebeng. Tu je kedai yang aku nampak. Dah la time tu dah jam 1.45am, lebih kurang la. Melintas jalan yang lengang. Korang boleh baring kat jalan tu sebabnye terengganu tak happening cam ibu kota. eces!

Berlari la aku ke seberang jalan. Takut wey! takut ngan orang jahat. hahahha. Macam-macam aku fikir, yelah. Dahla pompuan, sorang-sorang. Pas tu, kat tepi 7E tu kan, ada kedai makan. Ada dua budak laki tengah main dam. Aku agak dam la kot. Tak kan daun terup kot. Argh! pedulikan, yang penting cepat sampai 7E. Sampai je kat 7E, terlintas kat kepala, 7E dah la 24jam. Biasa je kene rompak. Gigil gak perut bilemana terfikir camtu. Aku tak masuk kat dalam sangat la. Berdiri je depan pintu masuk 7E tu. Alih-alih, budak kaunter tu cakap. "Kredit maxis takde la kak, dah habes" OooooOOOooo. Fenat aku berlari dengan ketakutan. Ok lah.

Melintas la jalan patah balek ke KRAK. Kecut lagik perut ini. Nak tak nak, terpaksa redeem point. Haa, kan senang. Tapinye, point tak banyak. Sekadar mengalas sms aje. Nak menelepom banyak-banyak, memang tak lepas.

Dah dapat jumpe ngan adek aku. LOGE aih! Kami dah diberi satu bilik khas. So, boleh la lepak-lepak. Korang bayangkan, aku, adek 1, adek ipar. Semenya takde pengalaman pasal bersalin. Hahahaha. Dengan adanye aku, tak menjanjikan apa-apa. sekadar pemenuh bilik boleh lah. hihihi.

Sebabnye, bile mana adek ipar aku dah mula sakit. Aku memang agak mengelabah. Dalam kepala asyek duk pikir "camne agaknye saket nak bersalin ek?" "saket sangat ke??"

Tapi aku memang tabik spring toing toing la kat dia. Muka just berkerut jer, suara slow maintain aje. "Abang panggil nurse, sakit nih" Sebab tulah, aku tak boleh nak bajet. Camne saket nak bersalin. Adek aku pom tekanlah bell sambil sempat buat lawak. Geram la jugak bile mendengarnye, yelah si wife tengah sakit, buat lawak ape lagi. ishh! keadaan genting ni. hihihihi.

Nurse datang "cek jalan". Hihihihi. Selama ni, biasa la jugak dengar perkataan ni. Cek jalan. Tahu la jugak ape tujuan dia. huhuh. Nurse tu bawak macam-macam peralatan. Aih, naek seriau aku tengok. Time dia cek jalan, aku tak pandang. Pandang lantai jerk. Sampai saket tengkuk ni. Kalau orang tengok cam ayu jer. hahahah. padahal takut orh nak tengok.

Nurse cakap dah 8/9 cm. Jalan dia cepat terbuka tau sebab dia dah makan ubat pembuka jalan. hehehehhe. Bagus la adek ipar aku nih. Jadinye, nurse cakap dah boleh ke bilik bersalin. Dekat aje.

Kebetulan kat bilik sebelah, labour room sebelah tu kan. Ada pompuan. hahah.. memang la pompuan. Ish! ada pompuan yang sedang bertarung bersalin kan. Dari petang sampai malam. Time tu dah jam 2.30am kot, tapi maseh tak bersalin lagi. Takut orh bile kite dengar. Sampai menjerit. Tapi tak baek kan menjerit. Mak ayah budak pompuan tu memang dah cuak dah. Sebabnye, lama sangat. Tapi maseh tak bersalin. Sebenarnye dia mungkin takut sikit la, anak tunggal katakan. Haa. nilah pekdahnye bilemana duk reramai. Dapat korek rahsia. hahahha. Dia takut nak meneran. heheheh.


Dalam duk sibuk-sibuk, akhirnya budak pompuan tu selamat lahirkan baby girl. Comey. Hihihi.

Lepas 1jam lebih-lebih, adek ipar aku plak yang dah selamat lahirkan baby boy. Wauuu! lagi comey. hehehhe.

Boleh dengar tau doktor tepuk or tak tahulah nak cakap apa. Tapi doktor tu tepukkan belakang baby nak kasi menangis. heheheh. Sori, ni pengalaman pertama menunggu orang bersalin, jadinya agak ekksaaaiiiteddd lorh.

Aku bajet doktor tepuk belakang baby tu. Pastu aku tanya la pakcik sebelah "tak saket ke baby tu kene tepuk??" pakcik tu jawab tak.. Naek heran gak aku. Tapi takmo ar tanya lebih-lebih, nanti pakcik tu malas nak layan. hehehehhe.

Ceh! selepas dikorek ngan adek aku. Doktor tu tepuk tapak kaki/punggung baby tu la. Dia akan tepuk sampailah dia nanges. Cenggitu rupenye. New experience.





Hahahha. dah lama berpot pet pot pet. Nah, gambar baby. Ha, baby pompuan tu kat sebelah. Baby adek aku plak kat sebelah. Khamis 14 Oktober 2010. Hehehhe. Sorang 2.3kg and sorang lagi 2.2kg. Kecik aje anak buah aku tu. 2.2kg jer. Tapi tak pe, yang penting sihat :)




time ni tak mandi lagi tau. Ada darah kat rambut. Terasa cam dalam mimpi jer. Tak pernah tengok live budak-budak yang baru bersalin. Memang terasa takut tapi gagahkan juga diri tengok baby tu.


Camne ek yang jenis buang bayi?? mesti dorang berani tahap jibang. Ohh! mengerikan.




Dah mandi dah. comey bucuk. Tengok dah kene berjemur. Siyes, aku tak tahu kenapa budak kene duk camnih. Nak gelak pom ada. Plus cam tak percaya pom ada. Adek aku dah ada anak. Aku? bayangkan ada anak sendiri. Wuh! mesti best, ada geng. heheheh.


Eh, rerupenye, doktor kasi baby duk camtu sebabnye [banyak sangat sebab] tak nak kasi kene kuning. Penyakit kuning. Ok, ilmu bertambah lagi . ngeeeeee!!




Anak buah yang ke 15. Ramai orh anak buah aku. dah berbelas-belas dah. Terasa cam .. ntah! best eh ada anak sendiri. hahahhaa. galoks!


Yang ni hari ke dua. Tengok gaya tidor dia. Macam best kan. Baby cikda datang ni. Mohon dibukakan mata itu. Kelip-kelip winkkk!

Tapi kan, memang best bersalin kalau tak saket camnih. Dahla senang je bersalin. Normal, tak payah scissor. Seronok je tengok. Dari perut buncit, tup tup perut dah kempis. Cam main pondok-pondok plak. hahahah. Ok ok! siyes. Tapi betol, bersyukur kalau Allah cepatkan proses bersalin. Sebabnye tak semua orang mengalami proses bersalin dengan mudah.

Oklah, itu aje pengalaman saya. errr.. menunggu orang bersalin. ahhahaha. tunggang langgang wes entri nih. hikhikhik


Saturday, October 9, 2010

Stoberi


Kalau pergi kedai. Nampak air nih, mesti nak kena beli. Minuman yogurt. Perghh!

Dah try perisa lain, tapi tak sesedap STROBERI nih.

Kalau nak murah, biasanya akan dibeli dua paket sekaligus. Biasanya akan dishare dengan my cousin. Kami sama-sama suke perisa nih. Naseb baek. Jimat la bape sen. hehehe

Ari tu, dapatlah jugak gelas kaler pink. Tapi gelas plastik aje lah. Tapi takpe. Comey!

Kalau nak tahu, dah hampir satu plastik besar dah botol ni kat umah. Hahahah. Sebabnye, lepas minum, sayang nak buang botol-botol dia. So, simpan ajelah sampai penuh kat rak.

Tapi, adek 2 sangat baek hati. Dikumpulnye dalam satu plastik. Lepas tu dia tanya:

Adek 2 : buang ajelah botol-botol ni, bukan gune pom. aku buang eh??
Me : weyyy! mane boleh buang. simpan ar. biar ar. kot-kot nak guna botol kan senang. [padahal dah berpuluh-puluh botol tu, dasar pencipta sampah]


* sekarang adek aku dah buang dah botol-botol tu semua [tanpa pengetahuan aku!]