Friday, November 26, 2010

Dora Rambut Petak

Oleh kerana mood linet tenet saya TERAMAT-AMAT-AMAT BAIK SEKALI. Proses pembikinan entri di harap akan berjalan lebih lancar. zuuuuuuupp!

Dah lama tak tengok prestasi sebegini daripada bokbeng aku. Terasa berbaloi membayar bil tiap-tiap bulan. Sebelum ni terasa malas dan tak berbaloi sungguh duk bayar bil. Asyek putuih aje line nih. Eh, prestasi yang bagus ni bukan datang sekelip mata, tapi ianya adalah hasil kerja keras adek 4 saya [sori yer, adakala tulis saya dan aku. ikut situasi. ngeeee]

Dia la yang jumpe port baek punye. Kat mane? kat dalam bilik dia. siap pesan dah tak yah nak alih kedudukan laptop. hahahha. hohohoho. memang kelas gelawe beb! dari tadi [selepas maghrib tadi] sampai lani, line dia masih tak putus-putus. Terasa seperti kat opis. Yelah, line kat opis laju berdesupp. upload pape pom cepat je. huhuhuh.

Ok, kite tutup pasal line bokbeng nih. Kite beralih pasal cite lain.

Bebaru ni kan, raya haji. Eh, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA. ok, tau dah lambat sangat dah. tapi tak pelah nak wish jugak.

Time raya haji bebaru nih, eh, ulang lagi ayat nih. hehehhe. sape suh banyak cakap?? [smile] Anak-anak buah ada balek. Dorang lepak-lepak layan kartun. Aish, dia buat cam umah dia, padahal tu umah aku. Mane aci tuan umah di anaktirikan. hahhahaha. [ape punye makcik la nih]

[Ceh! baru aje puji line bagus dah terputus. huhuhu. lenkali nak puji dalam ati jelah]

Hamboi-hamboi dorang ni kan.

Jam berapa ntah, dorang tengok cite : GO DIEGO GO
Ok, kite bagi can la. [aku rasa dah kali kesepuluh kot]



Haa. cite budak laki ni la yang dorang gemor. sampai ternganga. dah la tu, remote kat tangan dorang. hahhaha. kecik nak cubit-cubit aje aku rasa time tu.

Ok, Diego dah abes. Aih! bersambung pulak dengan Dora [padahal cite dora ni dorang dah tengok, cite ni tv ulang-ulang aje rupenye. ceh! patut la dorang boleh cakap "nanti ada lori eskrem] hahahha. ini tak boleh jadi cik kiah. kite mesti bertindak. Aku amek remote tu, puas hati.

Time dorang leka duk layan si Dora rambut petak ni kan. Saje je nak test budak-budak ni. [time tu anak buah yang duk layan cite ni, lebih kurang 4/5 orang]


Tengah dorang syok-syok tengok. Aku TEKAN CHANNEL LAIN. hahahhaha. Ape lagi.....

Terus bentak-bentak kaki kat lantai sambil "nak owa nak owa.." sambil nak nangis. hahahah. dah la pelat.

Pastu tukar balek channel 119. Tup-tup .. IKLAN. hahahhaha

Cite haru bermula.

Dorang ingat aku tipu dorang. Nak owa owa owaaaaaaaaa. [degang degang degang. sound effect lantai kayu umah aku. hahahha]

Aku : nanti ada lah dora. ni iklan la. tengok ni [sambil tekan 119 balek. kunun nak kasi bukti channel yang aku tekan tu]

Achik + Adaa : nak owa owaaaaa.. [time ni dorang dah nampak cam Pekan dalam cite batu belah batu bertangkup]

Aku : iklan laaaa. nanti-nanti lepas iklan, ada la dora. tunggu la dulu. [lambat la pulak iklan nih]

sampuk Ateh [anak buah aku umur 6tahun]

Ateh : iklannn.. nanti ada la.. ni iklan. kat umah kite pun ada iklan jugak. kalau takde iklan bukan nama tv. [dengan suara serak-serak basah]

Aku : hahahhahahhaha [budak 6 tahun bagi explanation pada budak 4 dan 3 tahun. ape lah sangat]

Yang dorang tahu, dorang nak dora. ambek ko! padan muka, saje cari pasal. hehehhe.

Bile dah iklan abes. baru la mulut dorang senyap. hehehhehe.

Eh, cite kawen-kawen akan di update nanti. :)





Tuesday, November 23, 2010

Hati Kaca



Bila hati mulai hujan .. tengok, kan dah tak boleh nak menulis. huhuuhu.

Ok, hasrat di hati nak tulis cite lain, tapi mungkin bukan hari ni. esok mungkin? mungkin lah kot.

Friday, November 12, 2010

Mr. Mahmut

Bukan disebabkan musim hujan atau ape. Tapi hakikatnye, serangan daripada Mr. Mahmut atau nama asalnye SEMUT HITAM amatlah berleluasa. Sampaikan, letak aje gula, makanan atau pape jelah. Tak sampai 5 minit, dorang dah datang buat lawatan.

Agak menguji kesabaran.




Jug air nih, aku letak kat atas sinki. Eihh! sempat jugak dorang datang. Padahal kalau diikutkan logik, sinki tu dah basah. Tak tahu la semut jenis ape nih. Aku tembak karang. hahahhaha.


Tak larat nak buang sekor-sekor binatang nih. Kalau datang sorang tu, boleh la tahan. Kite boleh pungut dan buang. Ini tidak, satu kampong dia datang. Sape tak hangen.



Baru aje rajen nak buat air. Dia pulak potong angin!!

Tak tahu la camne nak buat nak hilangkan geng-geng Mr. Mahmut nih. Try la petua dari tenet kan, petua tu cakap letak kayu manis nanti semut tu akan berkurangan.

Ok, dah buat dah. Tapinye takde jalan jugak. Tetap dia datang melawat. Tak kira masa. Kalau letak lauk pauk kat meja, kene pastikan ada air kat dalam talam. Kalau tak lagi la seronok dia semua ni beronggeng. Dah letak lauk pauk kat talam, aihhh pandai pulak mereka ni. Dia boleh datang kat tepi-tepi lauk. Pastu penuh sesak kat atas meja buat perarakan. Hadoiiiiii. Manyak saket ati lorhh.

Tengok la nanti ape pulak aku nak buat. Nak try cari petua lain plak. Harapnye mencapai kejayaan yang maksimum.