Tuesday, January 4, 2011

Ape?? Azlan The Typewriter Dah Kahwin??

Malam ni mata pulak tak boleh nak lelap. Dah 1.20am nih. Tapi mata maseh segar bugar. Ish! payah nih. Eh, tadi ada terbaca pasal Azlan yang sinonim ngan mesin taip tu la. Dah kawen khabornye. Dengan orang mana idok ler teman tahu. Tapi yang pasti [nampak sangat tengok tajuk, tengok gambar, terus tutup paper], tadi gambor si Azlan ni kawen pakai kaca mata hitam alohaaa! Eh! sebenarnye tak nak cite pasal si Azlan ni, tadi kebetulan mai teringat kat dia. Sebabnye, nampak aje loqlak cenggitu. Tapi diam-diam kawen, tak setengah cam artis tu kan. Pum pam pum pam tapi tak kawen-kawen pom lagi. [alahai nape dah jadi cam Melodi ni. huhuhu]

Ok, stop cite pasal si Azlan nih. Kire ucap tahniah la pada perkahwinan dorang. Moga bahagia selamanya.


Esok akan tinggalkan kucen ni untuk seketika. Tapi ni gambar lama tau. Anak-anak dia yang kaler hitam semua tu, dah mati. Yang tinggal maintain je kat umah aku. Si ibu dia tu ha., yang kaler coklat tu. Namanye CAT sebab dia kucen. [Sori, aku tak minat kucen tapi tak salah kalau tulis pasal kucen] Lagipom, ibu ni tengah sarat mengandung. Dah berapa kali mengandung tak pasti la. Sebabnye, baru lagi tau dia bersalin, adalah dalam 2 bulan lepas. Lepas tu semua anak-anak dia mati. Baru plan nak buang. [Niat jahat] Tapi takde la nak buang time dia kecik, dah besar-besar la sikit. Tapi umur tak panjang. Mati semuanye.

Kalau tengok keadaan ibu ni dah sarat benor. Tunggu hari aje nak terberanak. Tapi bimbang la jugak, dia ni bukan beranak leklok. Merata-rata je. Takut bersalin dalam bilik aku. Ish! haru. Dah la nanti anak-anak dia tu, kecik-kecik. Macam anak cik siti = tikus. Eee. Goli den!

Tapi bab jaga menjaga aku takdelah bimbang mana. Sebabnye dah ada nurse terlatih. Adek 4 ngan ayah aku ni, memang ok kalau bab-bab kucen. Ala, kucen dorang jugak nih. Cucu pada bapaknda aku. Bertambah lagi la cucu bapaknda aku. Suke la tu nanti.

Leklok la jaga diri sepeninggalan aku nanti. Jangan nakal-nakal tau. Kalau lapar cam biasa la. Pegi kat To'ki ye. Er, to'ki tu ayah aku. Dah biasa dah kalau dengar dia cakap:

'dah makan ke?'
belum.. [jawab aku]
'dok, tanya kucen ni haa..'
ooo.. [muke berubah jadi biru. ngeeee!]


Ok, nak kire kambing biri-biri plak. Kot-kot boleh la lelap ini malam.



2 comments:

  1. sukenyer tgk rmh bru die ni...cntik cincin d tgn tu?ade pe2 ke?hihi....mu nk g mne?tngglkn ank tu..?

    ReplyDelete
  2. tinkiu. tapi umah ni, tak siap lagi sebetulnye. cincin?? takde pape pom. oo. ni pic lama la. tak tau nak letak gambar ape. nak gi mane ek? deng deng deng!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.