Saturday, January 29, 2011

Ayam Penyet


Ok, nak sambung entri negara seberang. Padahal cite dah agak lapuk, sebab entri melompat-lompat. Sebelum ni dah bercerita pasal gedung pakaian yang ada kat Bandung. Sekarang ni nak cite pasal makanan yang ada kat sana. Kalau nak ikutkan, ada dua posts yang akan ceritakan perihal makanan. Yang ni kirenye post 1. Proses nak upload gambar teramatlah lambat. Jenuh nak menunggu.

Jom kite tengok ape makanan yang kami nikmati ketika kat sana. Yok!



Yang ni kat dalam restoran. Nampak je cam eksklusif, tapi harga dia maintain je. Takde la mahal mana. Kalau kat negara kite, tentu harga dah di upkan, yelah restoran dah cantek. Harga pun mau cantek la jugak [tapi tak semua la camtu]. Kalau kite perhatikan restoran ni kan, dia memang mengutamakan rotan dalam seni hiasan mereka. Memang kreatif! [ayat cam rancangan Nona]




Nama restoran ni 'Rumah Makan Khas Sunda' Riungsari. Lebih kurang lah. Terletak tak jauh dari factory outlet, tapi lupe plak jalan ape. huhuhu. Tengok lah buku menu dorang, pun cantek dan kreatif. Payah nak rosak kalau macam nih.




Pepes itu steamed ye ibu-ibu. Manakala untuk gorengan ada di muka sebelah bapak-bapak sekalian. Macam-macam jenis masakan yang mereka sediakan. Kalau tekak korang boleh terima, takde hal la. Boleh order je terus, tak yah nak pikir-pikir. Tapi aku punye tekak, agak payah nak terima masakan dorang. huhuhu.




Ini pulak, otak-otak. Macam mane rasanye, tak tahu lah. Yang ni my big brother yang try. Tekak dia nih, semua boleh telan. Tolak kayu ngan batu bata je. hehhehe. Ampun!



Ok, yang ni semua kenal. KFC. Jagonya Ayam?? Err, tak pasti ape maksudnye. Ayam kat sini, lebih kurang la dengan yang Malaysia punye. Tapi aku rasa kan, ayam kat negara kita lagi best kot. huhuhu. Sori terlalu ikhlas dalam menaipkan kata-kata. Tapi it's true. Lepas tu kan, dalam menu yang tu, contoh la kan, untuk dinner plate, dorang akan hidangkan set tu dengan nasi. Macam pelik la sikit. Tu bezanya dengan negara kita. Lepas tu kan, dia ada spagetti lagi. Kalau tak silap, kat kite kan, takde spagetti. Err, ada ke tak eh?? [tibe-tibe konpius]




Gambar ni macam dah wajib amek dah. hehhehe. Last trip pun tangkap gambar ni jugak. Eskrem yang wallaweh! sodap nye. Tapi tak beli pun. huhuhu. Just tangkap gambar lepas tu blah. Kalau tak silap ni kat kedai makan sebelah dengan Rumah Mode.



Cube teka ini ape? Ini ialah pisang. Err. Bukan pisang kot. Ok! tak ingat. Payah benor nak ingatkan nama makanan kat sini. Yang ni pun aku tak makan. Just tengok je. Rugi kan?



Haa. Yang ni pisang. Tapi aku lupe nama penuh dia. Rasa dia? boleh la tahan. Tapi agak muak. Pisang ni dia goreng mentah-mentah cam tu. Lepas tu.. Ok, dah ingat. hahahah. Pisang keju. Lepas tu dorang letak cheese kat atas tu kan, dan letak pulak chocolate rice. Boleh je kite buat kat umah, tapi biasalah. Bile pegi kat tempat orang tu lah kite akan makan. Nak buat sendiri? urmm. Tok sah mimpi ler.



Yang ni menepati selera aku. Kalau tak silap ni kat Wendy ape ntah. Restoran ni kat Cihampelas Walk. Makan fries dia, terasa berada di Malaysia. Sedap! Tekak aku boleh terima. hehhe. [Ceh! macam la jauh Bandung ngan negara kite. Poyo jerk!]



Time kat sana kan, kami jugak dihidangkan dengan nasi padang. Lauk dia, perghh! jangan cite la. Naek rambang mata dibuatnye. Tengoklah pinggan dorang gune tu, klasik kan? Macam zaman dolu-dolu.






Adakah ini ayam penyet??



Daging ape ntah. Nampak cam lebih kurang sama je dorang masakkan. Cume beza ini daging, itu ayam. hehehhe





Kuah sotong dan sotong ni aku boleh makan. Yang lain-lain tu, tak berapa nak boleh. Mungkin sebab rasanye kot. Agak berbeza sedikit dengan masakan kat negara kita. Ini baru pegi seberang, kalau pergi negara-negara lain contoh cam negara-negara Eropah ke.. Aku tak tahulah macam mana nak survive.



Lepas makan, tengok terel ke tak dorang bawak pinggan-pinggan ni semua. Kalau aku, tobat tak lepas. Mau berderai pecah. Tapi sebab dorang dah biasa, hari-hari bawak pinggan. So, terel tahap gaban la. Boleh tunjuk skill lagi. Kiteorang pulak yang cuak takut pinggan tu terlepas, jatuh. Ish! Bimbang tak pasal-pasal.

Ok, dah-dah. Esok keje. Entri berakhir kat sini. Dhaaa -_-



4 comments:

  1. wah hebat, semua pinggan dia nak angkat sekaligus...sedapnya ayam penyet..

    ReplyDelete
  2. ayam penyet.. perghh terliur mendengar bila dengar ayam ni.. ahaha tengah lapaaaaaaaaaaa ni.. :D

    aummmmm auuummm!

    ReplyDelete
  3. semua pun sgtttt menyelerekan jeles dong huk2... eh pleik eh rupa otak2 tu gak pernah dilihat di sini... eh apekah tiba2 speaking indon?

    ReplyDelete
  4. SOLEHAH :
    tu la pasal, semua nak angkat sekaligus. tapi jimat masa :)




    MEJUEZ :
    hahahha. time lapar, semuanye sodap. time konyang, nak pandang sebelah mata pun dah tak larat. huhuhu




    HANIS MY:
    memang! nampak cam best tapi rasa dia cam pelik la sikit. otak-otak tu lain sikit dari mesia. dari segi warna. hehhe. ye buk? hahahha tetibe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.