Wednesday, January 19, 2011

'Berpesta' pungut syiling atas lebuh raya



Malam tadi tak tengok berita. Jadinya tak tahu apa perkembangan yang berlaku dalam negara. Aish! Tapi mesti korang dah baca pasal ni kan?

Tapi tadi sempat tengok online berita-berita semasa. Yang paling menarik hati aku.

Berita tentang Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling terlibat dalam kemalangan kat Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Dan duit yang berteraburan kat highway tu, orang ramai nampak dan ambil kesempatan mencilok seberapa banyak yang dapat. Ada yang siap bawak beg plastik you! [dalam paper tulis cenggini, kalau suratkabar tipu. maka aku pun tipu la yerk!] Aku rasa la kan, kalau ada besen, baldi. Sah-sah dorang sanggup bawak pegi kutip syiling-syiling tu semua.

Yang menjadi pertanyaan bilemana membaca berita nih. Di mana nilai diri mereka tu??? Di mana perasaan malu mereka?? Semua duit syiling yang berteraburan kat jalan tu, bukan mak bapak mereka yang punye. Dalam erti kata mudah, tak yah kite fikir panjang-panjang. BUKAN HAK MEREKA PUN! Bilemana mereka ada share atas duit syiling tu??? Tapi itu lah, manusia suke benda-benda FREE! nak-nak kalau pasal DUIT $$$$$$$

Maka tak hairanlah, kalau dalam tv memaparkan tipu daya Along, kene tipu berjuta-juta dalam skim cepat kaya dan macam-macam lagi. Semuanya kerana rambang mata, gelap mata bilemana nampak duit.







Pic kredit to : Berita Harian Metro KOSMO


Daripada gambar-gambar di atas ni kan. Mereka betol-betol 'menolong' pemandu tu yang dalam kesusahan. Kite congak la, katakan mereka boleh dapat ratusan ringgit hasil daripada 'kerja' mereka. Contoh mudah kan, adakah berbaloi dengan apa yang mereka makan tu, yang akan menjadi darah daging mereka? [kalau mereka gunekan duit tu untuk beli makanan la kan]. Tepuk kepala sebab kat kepala ada otak leh fikir, akai ade?? tanya iman.


DAN

Tengok pada gambar-gambar kat bawah nih






Dan cube kite renung dan fikirkan, nilai pada gambar-gambar kat atas nih. Perit jerih mereka mencari sesuap nasi dengan kudrat yang ada.

Err. Aku tinggal korang kat sini aje la. Pandai-pandai korang la nak fikir camne x_X


*keberkatan itu penting


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.