Thursday, January 13, 2011

Godaan Laman Sosial




Tajuk best kat Semanis Kurma TV9. Biasa tak berapa layan sangat SK, tapi tadi malas nak tukar channel. Rupenye nak dapat ilmu baru. Kalau sebut pasal Facebook, Twitter, ape lagi?? semua orang kenal dan tahu. Tengah hot! Menjadi bualan dan gunaan ramai termasuk aku. hehhehe.

Tapi dalam isu kali nih, dorang perkatakan tentang kebaikan dan keburukan tentang laman sosial. Bagi aku, kalau la facebook ditutup. Ianya tak menjadi isu besar, sebabnye aku masih ada belog T_T. Kalau twitter ditutup, gune memang la gune, tapi takdelah reti mana walau ada akaunnya. Ada macam tak ada lah. Jadinya, no hal la -_-

Yang menarik dalam perbincangan tu kan. Ada suami atau isteri yang sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka. Kalau yang bujang tu, mungkin tak menjadi masalah sangat sebabnye tanggungjawab mereka agak berbeza berbanding mereka yang sudah berkeluarga.

Dalam segmen tadi, ada seorang pemanggil yang memberitahu bahawa suaminya sudah menemui cinta baru dan sampai tahap nak berkawin. Wuuu! Sampai tahap itu. Kene cari yang buta IT la nampaknye. hahahha. Bagi aku, semuanya atas diri kita. Ianya berbalek apa tujuan kita join FB, Twitter apa semua tu. Sebabnye, jaringan sosial ni kalau digunakan untuk tujuan yang berfaedah, banyak ilmu yang akan kita dapat. Kalau cari benda-benda yang negatif, urmm. Memang akan dapat yang negatif lah brader. Lu kene pikir sendiri la. Kalau orang lain yang tolong pikirkan, tak jalan jugak.

Kalau aku sendiri, dah bertahun-tahun aku punyai FB. Errr, dulunya aku tak tahu status yang kita tulis tu, orang lain boleh baca. hahahhaha. Entahpape. Aku takdenya nak add orang time tu. Biasanya orang yang add and aku tukang accept je. Lepas dah reti sikit, IT dah nak celik. Aku mula add friends yang aku kenal. Tapi sekarang aku jarang sangat nak add orang. Kecuali yang aku rasa ok jer.

Dan sepanjang berFB kan, aku jarang sangat-sangat-sangat menggunakan chatting FB. Memang aku dah settingkan offline. Sebabnye, aku tak berapa suke. Plus takde idea nak bersembang. Yang biasa aku sembang, pada komen-komen status aku, pada gambar. Yang tu jelah. Kadang-kadang ada jugak member-member yang suh aku online chat. Online la kejap, pastu tutup. Sebab tu la, bagi aku topik SK malam ni memang betol-betol menarik untuk kite renungi. Apa yang kite telah buat. Samada baek atau buruk.

Terasa jugak tau bilemana Zila Bakarin [ni artis jemputan dia] cakap "Takkan semua benda kite nak cite". Yang ni aku akui, ada gak benda-benda bodol yang aku cite tapi takde la sampai tak tertapis. Agak-agak cam common, aku cite ar kat FB, belog. Kalau tak segan jugak. hehehhe.

Kesimpulan daripada semua nih, apa jua yang kita buat. Buatlah dengan mata hati dan mata fikir. Jangan semberono jer. Baek buruk kita yang akan tanggung, bukan orang lain. Sebab tu lah, dalam kehidupan kita seharian. Banyak benda yang perlu kita waspada.

Ok, dah cukup lah bebelan untuk malam nih. Bebel banyak-banyak pun tak guna gak kan? heheh



* tertukar Halaqah dengan Semanis Kurma O_x


3 comments:

  1. ya betul tu....setuju2....atas niat kita juga..hati2 di laman sosial..heheh

    ReplyDelete
  2. Tak register pun kat twitter sebab dah tau akan tidak aktif nanti..fb pun baru last year tau guna n register.ehehe..n kita sama jek part chat on9 tu.hihi

    ReplyDelete
  3. HONEYBUNNY:
    yerp! kene hati-hati sangat-sangat :)

    HASUE:
    register sebab nampak cam best je. hehehe. FB aktif time 09 kot. huhuhu. part on9 sama ke? gv me 5 . toing! heheheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.