Tuesday, January 11, 2011

Hallo Bandara Hussein Sastranegara Bandung



Halowaaa! Kedatangan kami disambut oleh Bandara Hussein Sastranegara Bandung [panjang betol nama airport nih] Flight kami adalah dalam jam 8pm lebih cenggitu lah. Kira-kira 10.30 camtu dah sampai kat Bandung. Yipp! suke cuaca kat sana. Sejuk dingin aje :)

Sampai sana dah malam, jadinye kami dijemput oleh kenderaan hotel. Haa kan senang tak payah susah-susah cari kereta sewa :) lepas tu terus check in hotel. Hotel ni biasa-biasa je, tapi kire ok lah kalau sekadar nak tidur. Namanye Hotel Cihampelas 2 ye ibu-ibu bapak-bapak sekalian dan ini lah tempat kami beradu. Eces! kecik aje hotel ni, adalah dalam 5 tingkat. Tapi dia dah banyak buat renovation, kirenye agak berbeza la berbanding awal tahun lepas.

Kalau korang rasa, nak bajet murah. Kat hotel ni kire dah cukup-cukup baek. Ramai la jugak orang yang menginap kat sini. Kire dekat dengan factory outlet dan senang sangat-sangat kalau nak shopping.

Ok, trip kali ni agak berbeza dengan yang dulu sebabnye kami dah tak ke Tangkuban Parahu [tempat gunung berapi]. Jadinya masa agak banyak dan terluang untuk menjelajah dari satu toko ke toko yang lain. hehheheh. [balas dendam]



Ini senarai RM dan Rupiah. My sista in law yang buatkan. hihihi. Suke. TQ TQ.
Dengan adanye list ni kan, senang, tak payah bawak calculator time nak membeli tu, belek aje. Pilih aje mau bape ribuan pak! [bajet OKB]



Kat mana-mana mesti ada budak-budak yang datang. Tak kira la, datang nak menjual ke. Mintak sedekah ke. Kesian tapi GIGIH sungguh dorang cari rezki. Err. budak-budak Malaysia buat ape ek sekarang? huhuhu



Baju sulam, jangan cakap la. Kalau jenis yang cepat terpedaya dengan godaan. Memang korang akan hanyut! pulus mengalir umpama air. huhuhu. Sensitif!
Tapi tak pe, sekali-sekala korang boleh la beli buat kenangan. Semua ni boleh didapati di Pasar Baru. Eces! promote nampak :)




Korang nak handbag yang macam mane? Yang besar? kecik? cakap je. Pilih yang berkenan pastu bayar sendiri. hehehheh. Handbag nak yang gempak-gempak je. Hot! yang cikai-cikai takde brand tak nak ye?? Kat sini korang boleh pilih brand ape yang korang nak. GUCCI? owh! seksi. CHANEL?? wow! LV?? dah terasa cam 'yea yea mampu beli'. hahahha. Handbag ni semuanye Gred A [aku buat konklusi sendiri] tapi semuanya tak original ok! Tapi kalau korang mementingkan 'jenama'. Tentu akan dibeli :)



Masih lagi di Pasar Baru. Kat sini ada la jugak dorang jual produk ala-ala dari Mekah gitu. Celak, lipstick, gelang. Tapi memang dah lama gilo tak tengok celak bersepuh emas cenggitu. Kalau dulunye, bilemana orang balek dari Mekah. Memang WAJIB! celak benda yang dorang akan beli. Nostalgia.



Time ni dekat dengan pintu masuk lif. Eh! ada jugak yang duk menjual. Tengoklah donut ni. Comel lawa [tak sesuai untuk kueh] . OK! nampak sungguh walla sekali. Tapi sayang, dorang tak tutup dengan elok. Terbiar je camtu. Debu-debu berterbangan lalu akan meresapi donut-donut yang terpamer indah itu. Ish!


Gedung kain. Syurga kain. Ah! papejelah. Yang penting mata naek rambang. Kain melambai-lambai sambil buat muke comel. 'Beli la saya' Eee. Syaiton betol la. Digoda lagi untuk membeli. Tapi masih lagi under control.



Ok, ini bukan peminat datang nak mintak otograf ye. Ini suasana kat tempat makan. Dah tak nampak mana abang aku, yelah ramai sangat pakai baju merah. Eh! itu dia abang saya. hehehhe.


Lunch untuk hari itu, wah! banyaknye lauk. Siyes, tak tahu nak makan yang mana padahal tak boleh nak telan makanan yang agak PELIK. Ini namanye Nasi Padang. Ye ke?? Urmm. ye la! [nada yakin]



Cantek bukan? Macam Pink Panther




Macet atau juga dikenali sebagai sesak/jem roti. Memang jalan dorang sesak giler. Tapi ok jer. Cool! macam entry aku last year kan [kalau rajin boleh belek semula :)] macam mana dekat or terhimpit-himpit kereta ni kat jalan. Takde eksiden. Tu part yang paling aku suke tengok. Ngam-ngam je dorang brake. Pastu, takde la marah ke apa. Sangat ok dan steady kat jalan.





Salah satu bangunan yang ada kat Bandung. Kebanyakannya berwarna putih. Klasik gitu. Dahla rekabentuk dia cantek. Simple.





Hotel ni, betul-betul depan hotel kami menginap. Time datang dulu, hotel ni masih lagi dalam pembinaan. Siap dengan buluh dorang gunakan untuk memanjat kot. Tapi tengok skang, cantek kan? Eksklusif sangat dari luar. Dari dalam.. Errr. tak pergi masuk pom. hehehhee.





2 comments:

  1. bestnya..kalo nak pi kene spend banyak duit la..bnyk sgt barang best.

    ReplyDelete
  2. barang memang banyak giler. dah la kain pasang kat sana murah-murah. naek biru mata duk menengok. hehhehe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.