Monday, January 31, 2011

Jelmaan Safee Sali



Ok, weekend dah tamat. Maka bermula lah tugas sebagai pekerja. Untuk makluman, bile hari bekerja agak sibuk la sikit. Jengah belog kadang-kadang sempat, tapi nak tulis pepanjang tu, kadang-kadang terpaksa fikir banyak-banyak kali. Sebab sampai umah dah lewat, malam plak nak kene tidor awal. [Entri ni aje dah makan masa +- 2 jam]

Err, korang tak tahu, rutin sebagai anak, sebagai pekerja ni haa. Pagi bangun, pastu pegi keje. Kat pejabat buat keje, lepas tu kan. Nak bersembang lagi, kadang-kadang tak sempat. Eh tipu! sempat la jugak. Lepas tu nak makan lagi, nak jumpe dengan bos lagi. Memang agak sibuk lah. Itu tak tambah lagi nak tengok tv3 bile dah sampai umah. Kene fikir plak jalan cite err. Asmaradana tu ha. Kalau tak silap cite tu dah lama dah. Tapi baru nak tengok. Ok! ketinggalan di sini. [yang ni saje je ngada-ngada cakap sibuk]

Tadi lepas je balek keje, tercongok depan tv. Duk menungguh la jugak cite Asmaradana tu. Tapi hampa, takde la pulak ini hari. Ke dah habes?Tapi, jangan tanya la camne jalan cite dia, aku tak berapa nak ingat. Err, sape ek pelakon dia?? Parah!

Mukadimah dah setebal 124 muka surat. Jadi sebelum terbabas dengan lebih teruk. Aku sebenarnye kan, teringin sangat-sangat-rindu-sangat-sangat pada


F U T S A L ! ! !


Gara-gara tadi, nampak satu emel masuk dalam inbox. Bagitau futsal akan dipertandingkan pada bulan Februari nanti. Yuhuuuu!!



Beberapa tahun yang lalu. Ini lah team yang memang best yang paling aku suke.




Berangan macam Gol dan Gincu. Oh! my kentaki.. [saje cakap kentaki sebab baru je makan K ep Ci] Time ni kan, terasa macam World Cup pun ada. Dapat tunjuk dan cari skill baru. Lepas tu kan, time game plak, fuhh! terasa cam Safee Sali [hai Pi'ee] Kejar bola, tendang bola tu kekuat. Goooollll! wowww! Aku ke yang buat gol tadi?? [dalam mimpi je]



Yang baju pink itu adalah seangkatan dengan Khairul Fahmi Che Mat. Goal keeper terhangat time tu la. Sekarang ni, prestasi dia tak di uji lagi. Namanye Kak Na. Tengok baju la beb! I tatooott you!



Game sedang berlangsung dengan sengit. Tapi nampak cam tak sengit kan, tak tahu nape semua orang tercegat cam nampak Farid Kamil buat lintasan hurmat. Tak tahu la aku.




Kan dah cakap, ni lah keeper terhangat yang digeruni lawan. Aku rasa la kan, si Khairul Fahmi tu kan. Kak Na lah yang ajar. Tu pasai dia dah cekap. Bile dapat je bola, peluk kemas-kemas, pastu terus rebahkan badan kat padang. Nampak sangat skill tu.




Err. Jangan tak tahu wak. Kami menang tau dalam game nih. 1st and last, lepas tu kan. So far takde lagi join MAKSAK ni.


Urmm, rindu pada nak tendang bola mungkin tak dapat dihajati. Sebabnye, sejak berbraces ni, aku takut la nak main lasak-lasak. Kan nanti kan, terkena bola time main, haaa. Tak pasal-pasal cari nahas.

Err, agak-agak kan, ada tak lelaki yang tak minat bola dan tak pandai main bola??

Err. errr. Ok lah, sebelum kene baling ngan botol. Aku sudahi dengan Selamat Menyambut Hari Selasa!

Oyeaa





9 comments:

  1. salam aydalela..bizi2 tu kene pandai autopublish~ hehehe...

    meh sini saya ajar cane nak autopublish~

    Saya Tak Reti Autopublish

    ReplyDelete
  2. wow, main futsal juge..nice..sy juge..

    ReplyDelete
  3. SUNAH MOHAMMAD :
    dah jenguk dah tadi umah kamu. TQ sangat2 atas tutorial tu. suke sangat :)






    ECAH :
    woww! leh geng! :) best kan?

    ReplyDelete
  4. nampak gaye la kak na aka goal keeper tu..tak pernah lg main ftsal.

    ReplyDelete
  5. yeayyy ! nanti SB buat futsal , boleh men tendang2 bola sama2 =D

    ReplyDelete
  6. SOLEHAH :
    heehehe. sebab dia penjaga gawang jerk. :)

    ReplyDelete
  7. FERRA FERRO :
    Wow! bestnye. tapi futsal SB, mesti dorang buat kat KL, jauh sangat la. huhuhu.

    ReplyDelete
  8. fuhyoo..akak memang kaki futsal rupanye....hihi ;)

    ReplyDelete
  9. MISS YATY :
    main suke-suke bolehla. Tak terel pun. hu hu hu

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.