Saturday, January 15, 2011

Jom Selongkar Bandung!

Sorilah kalau entri aku ni macam melompat si katak lompat sebabnye, aku takde idea nak post cite Bandung non stop camtu. Plus aku muak finin asyek duk tulis Bandung, Bandung. Sebab tu la aku selang selikan cite ni dengan topik lain yang aku rasa nak tulis. Ok, untuk makluman korang semua, apa yang sempat kami selongkar time kat sana kan, deng deng deng! Whoopps! sebelum tu, semua pictures ni aku tak setting betol-betol. Tapi aku akan bitau mana tempat dia eh x_x.




Ok, yang ni kat PasarBaru. Depan pintu masuk dia. Kalau perasan, ada tempat orang jual beli. Kat situ, ada jual makanan la, tudung, baju bajuan. Time ni pasar ni baru je nak beroperasi. Gigih kami datang pepagi buta. Tuan empunye kedai baru nak bukak mata. hehehhe. Pasar ni adalah macam Pasar Payang kat Terengganu, Pekan Rabu kat Kedah tu noo, Pasar Siti Khadijah kat Kelate sano tu. Lebih kurang la. Barang-barang kat dalam sini memang la teramat banyak. Nak-nak pasar ni adalah lebih kurang 7 ke 6 ? tingkat. Sedia tenaga je untuk jenjalan pusing-pusing semua kedai yang ada dalam ni. [kalau larat la]




Kerepek. Macam-macam jenis kerepek yang ada kat kedai ni. Last year kami beli kerepek kat sinilah. Sedap, jadinya kami datang balek beli sini. Nak kerepek apa, korang pilih je. Aku beli kerepek pisang je. Tapi kerepek pisang dia lain dengan kerepek kat mesia yerk. Tapi kalau tengok pada bungkusan dia, dia tulis TEMPE GURIH. waduh! bile makan rasa pisang. hehehhe.

Adek 4 aku cakap. "pergi jauh-jauh, bawak balek krepek pisang je. Sakit gigi aku duk kunyah" hahahhaha. Dia tak tahu krepek ni laris kat opis aku. Tinggal plastik je bro.

Lepas tu aku beli keropok udang. Satu yang digoreng, dan satu lagi belum digoreng. Bile aku tunjuk kat adek aku. Dia cakap. 'Takmo aku'. hahhahaha. Pening aku layan kerenah orang laki nih.




Kat sini memang banyak handbag. Kalau korang perasan, entri sebelum ni aku ada tulis jenama handbag yang ada kat sini. Memang la murah. Kedai ni baru aje nak bukak. Tapi tak pergi pun.



Kalau korang datang sini, pergi la kat factory outlet dorang. Ni The Secret. Kat dalam ni banyak blouses yang cantek-cantek. Banyak pilihan baju yang boleh koreang korang pilih. Tapi janganlah membeli tanpa berfikir. Nanti bile dah balek umah, menyesal.

Cam aku dulu, beli t-shirt memang la banyak [ada lagi balance dia]. Bajet nak kasi kat adek bradek. Tapi t-shirt kat sana walau size dia L. Bile pakai memang agak kecik pada badan kite. Contoh kan, aku bagi t-shirt ni kat adek 2. Aku dah pilih size L. Ok, dia amek and try. Hahahahha. Jawapan dia "Takmo aku. Macam mat i*don je. Dahla singkat, pastu lengan pendek". hahahha. Siyes, bile adek aku cakap camtu barulah aku terpikir and perasan. Kalau korang perati betol-betol kan, orang lelaki 'sana' kan [tengok yang datang keje kat mesia dahlah], dia suke pakai baju t-shirt yang kecik-kecik. Lengan pendek, pastu baju t dia singkat je. Ok, aku tak kisah adek aku tak amek pun baju yang aku beri tu. Dia tak nak. huhuhu. Kali ni aku memang tak beli t-shirt yang macam tulis I Love Terengganu [contoh]. Aku just beli t-shirt yang ada kaitan dengan diri dorang. Tapi 4 helai je. Suke gak la, sebab bilemana dorang test = padan T_T




Rumah Mode yang ni dekat Jalan Setiabudhi. Kalau korang nak pergi, korang bagitau aje pemandu kat sana, jalan atau kedai mane korang nak pergi. Nanti dia bawakan. Jangan isau tentang harga pengangkutan. Kan aku ada mention kat sana tambang dia murah. Tapi kene hati-hati gak. Takut dorang pow korang dalam diam. Haa, songih tak sudah ah.




Nama-nama ni semua ada jual kat luar factory outlet. Kalau korang rasa teringin nak buat. Pe lagi, pilih je nama yang korang nak. Boleh buat no plat kete, nama sendiri, haa tu toilet pun ada. Takde la mahal sangat. Berapa sen ntah satu nama tu. Tapi aku tak buat pun, lenkali la. Eh, tapinye last year takde benda alah ni. Tak tahu la tak jumpe ke apa. Tapi cute la kalau setakat nak gantung kat bilik tidur tu oklah, tapi untuk yang dah berumur 50 tahun ke atas cam tak sesuai kan tapi kalau jiwa remaja, ok je




Jangan lupe tau pergi sini. Kat dalam ni banyak jugak baju yang korang boleh beli. Aku tak de la beli mana pun, just window shopping je. Sebab masa aritu aku dah beli 2 3 helai cardi. Memang puas ati. Kali ni kan, cardi yang dorang jual. Dahla seciput, kecik je lah, pastu kan start komplen plak takde banyak pilihan cam dulu, eh! tak abes lagi ni, pastu kan harga dia cam dah mahal je. Aku ingat nak gak rembat satu, tapi tak jadilah. Nyesal tak beli kat PasarBaru padahal untuk trip kali nih, kami pergi dua kali tau kat pasar tu. huhuhu.




Tengok! cik nyet sedang cari nafkah. Dahla pakai baju pink, siap pakai topi. tomey la tu. Mesti dia rasa kan, dia adalah nyet yang paling hot kat Bandung. hahahhaha




Kalau dah naik angkutan kan, korang jangan heran la tiap kali benti kat traffic light tu kan. Ada la nanti datang penyanyi amatur nih. Bawak gitar sambil nyanyi-nyanyi. Yang laki ni kan, suara dia sedap giler. Memang sedap, tak padan dengan tuan badan. Pas tu dia dapat banyak $$$$$ sebab buat show yang best kan.




Eh, ni kat PasarBaru tadi. Kain sulam dia memang tak boleh cakap banyak la. Cantik! Murah, kene pandai tawar je. Kalau tak, mungkin akan rugi berpuluh-puluh hinggit jugalah.



Aku tak paham betol la dengan patung nih. 1st time tengok pun aku dah gelak kaw-kaw punye. Pakai baju punyelah feminin. Seksi, tapinye rupe macam laki. Dahla rambut cenggitu. Agaknye pekerja kat sini tak sempat nak touch up kasi cun ini patung kot :)



Eh, tengok wigs ni teringat kat Erra Fazira. Agak-agak la kan, dia layan tak wig tepi jalan camnih? Macam-macam kaler, pesen bentuk ada nih tau. Jangan ingat wig kat kedai tepi jalan tak mantop. Kalau nyah nak, pilih je yang mana. Kaler pink, merah, blue kaler, black n white? Belasah je la. Beli la mana yang berkenan kat ati.



Kreatif kan? Dorang buat ngan tong dram yang kosong tu. Ada gak pekdahnye, leh ilek-ilek atas kerusi nih. Tapi dorang dah letak kusyen la, kan tak pasal-pasal lak cedera bile duduk situ.




PT Kereta Api Persero [Kantor Pusat] Tulah ayat yang dorang tulis kat tugu tu. Tugu ke? Tak tahu nak panggil apa.


Ilek je. Lintasan ketapi dorang takde pagar pun. Lintas je selagi takde ketapi lalu. Sebenarnye pandangan dia cantek. Tapi bile upload picture ni, dia tak berapa jelas sangat. huhuhuhhu



Yang ni kat TOKO 3. Fames ames la duk sebut 'Nak pegi TOKO 3'. Upenye camni je kedai dia. Kedai jings jeans. Kalau korang nak beli jeans, haaa elok la datang sini. Kalau orang laki mesti suke cangatlah masuk kedai nih. Pilihan dekat di hati lagi, sebabnye kat sini banyak pilihan jeans nye. Lepas tu, kalau besar ke panjang ke seluar tu, korang boleh potong kat sini ni ha. Tengok, ada dua tailor terel yang sedia memberi service untuk anda. Err, lelaki yang dengan anak dia tu kan, orang Malaysia jugek.



Kalau nak seribu usaha, kalau tak nak sejuta alasang. Tengok, cara dorang cari rezki, jual lembu err. Bear ok, panda ke apa ntah. Semua ada lah. Pilih je nak yang mana berkenan. Nanti-nanti, suruhla ibu bayarkan. heheheh. Ibu jugek yang jadi mangsa pow.




Err. yang ni kat tingkat yang paling atas di PasarBaru. Kat atas ni ada surau ke dia tulis masjid ek? Tapi yang penting sini korang tak yah risau kalau nak solat. Masjid dia ok, selesa, bersih. Udara dia pulak, nyaman giler. Walau panas, tapi dingin. Ala-ala cameron gitu.



House of Donatello. Kat sini macam-macam yang korang boleh pilih jenis kasut. Nak yang terdedah, yang tertutup, tinggi, rendah, bentuk C, V semua ada. Kasut kat sini cantik-cantik lah jugak. Tapi kalau kasut bebudak tu kan, nampak cam semua cantek. Rambang mata. Tapi aku tak beli pun kasut kat sini.



Ni salah satu contoh kasut kanak-kanak ribena. Comey cantek kan?




Yang ni tak pergi pun, sekadar lalu di angin lalu je. Tapi dulu pernah masuk la kat dalam. Macam biasa, kat sini pun banyak baju-baju yang sedia untuk dipilih dan dibeli.



Kat dalam toko = kedai dorang, mesti ada ala-ala taman. Yang ni fresh flowers lagi. Cantek :)




Honda Jazz. Cantek kan dia mekap kete dia. Kat sini ramai yang gune Honda, Toyota. Nak harapkan kete Malaysia kat sini, memang jarang sangat-sangatlah nak jumpe. uhuhuhu. Lepas tu budak-budak kat sana suke naik skuter. Comey jer.

Ok, la. Kite sambung balek la yerk. Dahla asyek typo je. Dah naek letih duk edit. Entri ni paling banyak typo dan paling lama nak siap sebenarnye. huhuhu





2 comments:

  1. waduh.waduh.aku berasa seperti berada di bandung..memang best la kan..yg tong drum tu memang saya setuju.kretif banget.

    ReplyDelete
  2. waduh waduh juga. hahahha.

    tante, kalau tante... hahahha. [ok2 siyes!] nanti2 kalau solehah nak pegi sana, senang. Dah ada guideline nih :)

    kreatif kan? tak terpikir boleh buat tempat duduk plak.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.