Tuesday, January 25, 2011

Pantai Airport

Ok, cite ni sepatutnye dah dipublishkan beberapa hari yang lalu. Tapinye, oleh kerana line tak berapa nak cantek [malam tadi ok la sikit, dan malam ni agak ok jugak, err bil masih tak bayar lagi. hu hu hu]

Jumaat dan Sabtu, macam biasa cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Suke tau X_o. Dan pada waktu-waktu macam ni lah, boleh keluar jalan-jalan tengok apa yang ada kat luar pejabat. Kalau hari bekerja memang masa agak terhad nak keluar. Nak-nak kerja pejabat masih banyak yang tak selesai. Tanggungjawab masih lagi tak langsai dengan sepenuhnya. Ish! Ok, dah plan apa nak dibuat pada esoknye. Harap semua ok. Amin.

Dah panjang plak cite tentang hal-hal pejabat selagi keje tak siap, memang rasa tak best.

Petang Jumaat dah keluar dengan my cousin, petang Sabtu kami keluar lagi. Lepas balek dari pejabat [pegi sat je kat opis tu], kami ke Pantai Airport. Wah~! lama sungguh tak datang sini.

Ape yang best kat sini?? Meh sini nak cite eh.

Tengok, kat sini kamu boleh lepak-lepak hilangkan stress. Tengok bebudak main layang-layang. Semua 1 family boleh datang sini. [dah macam promo ape lak nih. hehhehe]




Kalau korang perati gambar ni bebetul kan. Korang akan nampak penghujung sana. Haa, yang tu jalan mengelilingi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu [kite kasik nama penuh lagi awak]. Kirenye kat tengah-tengah tu airport. Agaknye, sebab tu la pantai ni dipanggil 'pantai airport'. Tapi kan, sebelum ni, takde jalan cam tu. Jalan asal nye lain sangat-sangat. Dulu asalnye laut, time tu tak ditambak lagi dengan pasir. Lepas je dorang besarkan airport nih. Terus dah jadi jalanraya. Tentu korang tak paham kan? hehehe.




Kalau korang tengok picture atas nih, semuanye dorang letak batu sebagai penahan hakisan. Tak nak bagi pantai ni terhakis. Dulunye, semua ni takde. Lepas dorang tambak ngan pasir, maka jadilah macam nih.




Korang nampak tak nih? he he he. Banyak sungguh kulit kerang kat pantai tu. Bajet nak jugak bawak balek. Tapi bile fikir-fikir ikan dah mati, akuarium kecik dah takde. Jadinye, tak nak ar kutip kulit kerang ni. Nanti makin banyak pulak duk mengumpul sampah.



View di pantai airport. Time ni dah petang dah. Adalah dalam jam 630 pm. Cantek kan??


Ini pantainye. Kelihatan ombak menghempas pantai, eceh eceh! Eh, batu batan tu, bukan original tau. Itu kirenye buatan manusia. Er, manusia yang letak kat situ. [abaikan ayat nih]



Yang ditunggu-tunggu. Bilemana dengar ombak pukul pantai. Ceburrrrrr! muzik asli ni tau



Lagi view yang di terkam. Kalau ikutkan hati, nak je amek semua angle. Tapi kene sedar diri. Kamera tu bukan kamu yang punye!




Kalau nak tahu, kat tepi-tepi pantai ni. Ada macam-macam gerai yang boleh kite pilih. Terasa nak makan. Urmm..

ABCDE - ada [tengok je contoh gambar kat atas. Sedap!]
Ikan celup tepong? - ada
Sotong Celup tepong? - pom ada
Kerepok lekor? - eh lagi la ada


Korang pilih je, banyak lagi menu yang ada sebenarnye.





Eh, dah abes dah Abc saya. hehehhehe.


Ok, petang tu kami makan sotong celup tepong. Bolehlah tahan sedapnye. Kenapa cakap camni? Sebabnye, ada lagi tempat yang lagi power sotong celup tepong dia tau. Kalau kat sini, korang kene pandai pilih tempat. Sebabnye ada gak tempat yang mahal. Kesian gak kalau orang luar dari Terengganu yang datang makan, silap haribulan korang kene 'pow' dalam diam. huhuhu [tapi tak semua la ye]



Kerepok goreng. Trylah, mesti tak rugi.


Saje nak close up ini gambar sotong. Walau nampak agak hangit, tapi rasa dia. Yummi yummy!


Yang ni pemandangan dari dalam kedai yang kami lepak. Kalau bawak anak-anak, bolehlah main kat taman sana.



Ok, semua pictures ni kan di taja oleh encek Canon. Wah! dslr. Suke suke!



Nilah Canon dlsr yang tersergam indah. Bukan nak riak tau, sebabnye..........





Cam aku cakap tadi lah, kene sedar diri. Encek Canon ni, bukan yang aku punye pun. Yang ni my cousin yang punye. Aku just pinjam sangkut kat leher, pastu tumpang bergaya ngan rete orang. huhuhu. Sebab tu lah, muke ceq blur je. Sogan ar nak over. Tulah, nak beli tak mampu, yang mampu urm, tengok aje la labu. hehhehe.

Haa, nanti senang-senang aku bawak pantai yang lagi best eh. Kat situ memang perghh!



8 comments:

  1. sotong yg mnghangitkan diri..haha...tpi ABC 2 cam marbeles je pon..haish...

    ReplyDelete
  2. dah pernah sampai sini...sokong, ikan celup tepung, sototng semua mmg superb..
    cantik la semua view kat gambar ni..jatuh cinta..

    ReplyDelete
  3. saya suke bersantai di pantai.... lame tak jumpe pantai.. huuhuh

    Dari Sahabat Blogger:
    Terime kasih sebab tinggalkan link kat comment saya...

    ReplyDelete
  4. INIIALAHAKU:
    hahahha. sodap tu walau hangit :)
    ABC tu memang vaveles . heheheh



    SOLEHAH:
    macam-macam ada. tu la, tp ada lagi yg best tau :)



    HONEYBUNNY:
    jom. lenkali kite p pantai lain plak eh :)



    ANAK DESA ZONE @ PAJELI:
    ye ke? sini banyak pantai yang tantek2 :)

    TQ sebab jengah sini :)

    ReplyDelete
  5. KUEH BAKAR :
    yerp. setuju sangat2 :)

    ReplyDelete
  6. owh tidakkkkkkkk mak jeles ok uhuhu..nak makan jugak seme makanan tu wuwuwu...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.