Thursday, January 13, 2011

Paris Van Java


Semalam cuti, harini cuti lagi. Maknanye, hanya hari Selasa jelah yang aku datang keje. huhuhu. Duduk kat umah tak buat pape, memang menghasilkan kebosanan. Semalam memang sangat-sangat tidak larat dan hari ini sedikit OK dari semalam. Cumenya, ada bahagian yang masih saket. Daripada duduk melangut, baek aku update belog. Cumenya, bile dalam keadaan camni, idea nak menulis tak la begitu ada.

Ok, sambung balek.

Dulu datang Bandung tak sempat nak pegi kat Paris Van Jawa. Eh! Java. Dengar nama tempat, macam hebat banget! Tapi tak tahu macam mana rupa tempat nih. Trip kali ni, kami sempat pergi kat PJV eh PVJ. Macam biasa, angkutan kota menjadi pilihan hati sebab murah. Tapi yang tak berapa nak bestnya, pemandu ni tak berapa nak tahu tempat nih. Nak dijadikan cerita, time lalu aje depan pintu masuk PVJ nih, takde tanda-tanda pemandu ni nak hentikan angkutan dia. Menonong je. Nak je aku cakap 'Pak, berhenti pak. Itu PVJ nya'. hahahha. Tapi slang tak berapa nak kene. Mulanya ingatkan ada jalan lain. Tapi bile mana dah nampak cam salah jalan je nih. Aku bitau je la pada co-pilot kat depan. 'PVJ dah lepas la, kat sebelah sana tadi'. Pemandu tu macam baru tersedar. Ish! nak tak nak kene u-turn semula. Naseb baek pemandu kat sini sporting.

Sampai aje kat sana. Wah, terasa macam di Paris. hahahhaa. Sebabnye, tengok la nih.




Ni pintu masuk dia. Kat atas yang macam pintu gerbang tu [memang pintu gerbang pun]. Tertulis besaq-besaq PARIS VAN JAVA. OooO ini rupenye PVJ yang disebut-sebut tu.

Masuk aje kat dalam tu, memang tersangatlah cantek. Tempat dia memang tak dinafikan tampak eksklusif. Kat sini takde pulak peminta sedekah macam kat Pasar Baru. Mungkin PVJ ni setaraf dengan Pavilion kat Kolumpo sana la kot. Err, aku agak je. Tak pernah pergi pun kat Pavilion. huhuhu.

Tengok, periuk belanga pun ada dijual. Memang cantek, tapi tak pulak pergi tanya berapa harganya. Ni semua macam pinggan besi zaman dulu-dulu. Kalerful betol kan?



Agak-agak korang kan. Ini kat mana?? Adakah di dalam taman? hehehhe. Jawapannya BUKAN. Ni dalam toilet. Design dia macam sedikit unik la. Kalau korang perasan kat gambar atas tu, kite boleh lihat toilet sebelah, yang mana merupakan toilet lelaki. Bile kite cerminkan diri kita, kita akan nampak orang keluar masuk dari toilet tu. Jadinya, kalau nak baiki tudung, nak mekap ke apa. Make sure takde orang lelaki kat sebelah. Kalau tak dorang akan nampak apa yang kamu sedang buat. ngeee!


Dan yang paling menarik hati. Manchester United Cafe Bar. Wah! Kalau peminat-peminat MU ni kan, for sure menjerit kegumbiraan. Dapat tengok cafe pun dah berbunga-bunga kat hati. auuw! Walau takde la minat mana pada MU nih. Tapi cafe dia tantek, dan maka kita perlu mengambil foto nye buk.



Yang ni view cafe dari luar. Dia ada dua bahagian, samada korang nak lepak kat dalam atau nak yang open. Boleh hisap rokok. Biasa camtu lah, tapi better makan kat dalam. Sebab tak payah nak hidu asap rokok.



Kerusi dia, sangat-sangat menarik. Siap ada jersi lagi. Kalau korang rasa nak jadi Giggs, Rooney ke, boleh la duduk kat kerusi dia. heheheh. Ok la tu, dapat duduk atas kerusi ni dah kire orait sebab nak pergi kat Old Trafford tak mampu :)




Ni gambar Stadium Old Trafford. Kat luar cafe tu ada dia bingkaikan macam sejarah kot [kalau tak silap] sebab aku tak baca just amek gambar je.




GUESS. Ok tak masuk pun dalam. Ambik gambar terus blah.




Kat sini banyak kedai-kedai yang cantek. Tak puas nak tengok. Dahla kaler dia sangat-sangat lah da boomm! Ni salah satu nya, kalau ikutkan banyak lagi gambar yang aku ambil. Tapi nak upload lambat. Jadi aku upload sikit je la kat belog. Studio Design. Kalau tengok kat dalam kedai ni. Memang terasa macam Alice in Wonderland.








Gambar atas ni, terletak kat tengah-tengah kawasan PVJ. Maknanya, jumpe kawasan bunga-bunga matahari ni. Lepas tu kiri-kanan depan belakang dia pulak, kedai-kedai dan kalau nak masuk lagi kat dalam. Korang boleh la masuk Sogo. Ye, kat dalam sana ada Sogo jugak. Banyak lagi kedai sebenarnye kat dalam ni. Tapi kami tak masuk satu-satu pun. Just masuk kawasan luar PVJ pastu masuk dalam dia sikit, tengok-tengok camtu je. Lepas makan kami balek hotel. Kirenya kat sini, memang kami tak beli papepom kecuali makanan. hehehhe.

Tapi kalau ikutkan hati la kan, tak puas lagi meronda-ronda kat PJV errr PVJ nih. Kalau satu hari mungkin memadai la kot.

Nanti kite pergi tempat lain pulak ye :)




9 comments:

  1. bestnyaaa g jln bandung lagiiii...jeles ok...hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya..suka sangat..nampak natural. kalo pavillion kan cam modern terlajak..

    ReplyDelete
  3. Hari tu I pun pg paris van java jugak sebab I duduk hotel dekat2 area tu je....besh sangat...:P

    ReplyDelete
  4. HANIS :
    ok, i pom jeles u. jepun lagi. hehehhe ;p

    ReplyDelete
  5. HONEYBUNNY:
    view dia kat sini, memang cantek-cantek. bak kata orang kan, 3 film roll pom tak cukup. hihihih

    ReplyDelete
  6. SOLEHAH:
    sini dorang cam mesti ada taman kat shopping malls dorang. walau pun kecik. err.. pavillion moden sangat ke? sebab tak pernah sampai lagi T_T

    ReplyDelete
  7. IEDCHAN:
    wah, lagi dekat la kalau camtu. agaknye nak ke PVJ ni jalan kaki aje ye? :)

    ReplyDelete
  8. ha'a jalan kaki je..sukajadi hotel dekat je..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.