Friday, January 21, 2011

PTPTN - Pembiayaan Ujrah



Disebalik PTP T PU [nama glamer] PTPTN [nama sebenar] ni, banyak kisah yang ada. Dulu masa study, time tu PTPTN baru je diperkenalkan. Memang agak kecoh lah. Bile dah isi borang, masing-masing agak kecoh pasal 'dah dapat offer dari PTPTN ke?' semua bising nak tahu status loan masing-masing. Time tu baru je 1st year. Maklumlah, junior. Baru masuk U plak time tu. Banyak benda tak berapa nak faham.

Alih-alih, semua orang dah dapat loan masing-masing. Aku plak tak dapat. Ngeee! Tak tahulah mana silap dia. Nama tercicir. Time tu nak kata sedih, tak sedih. Tapi macam ilek je. hahahhaha. Siyes! Aku memang tak berapa nak paham bebenor pasal loan nih. Yang aku tahu kene apply loan untuk tampungan kami selama 3 tahun kat unibesiti. Tapi tak tahu apa akibat kalau tak dapat loan. wah!

Time kawan-kawan semua dah dapat loan. Aku selama setahun masih jugak tak dapat. Tapi ok je. Sebabnye yuran takde lah mahal mana. Kalau tak silap aku, time tu yuran adalah dalam beberapa ratus je. Masih mampu dibayar oleh family aku, even kami takde la senang mana. Tapi berkat arwah mak aku pandai mengurus kewangan kot, jadi setakat untuk anak-anak belajar. Alhamdulillah.

Tapi time terdesak, aku pernah gak pinjam duit ngan kawan-kawan sekuliah, kawan sekampong ngan koperasi kolej [yang ni kire buku 555 la]. Hahahahha. Tak banyak RM50 je. Tapi time tu dah mencukupi. Ada masa nanti aku cite lebih lanjut eh [dah banyak hutang entri nih. nanti-nanti aku cite jugak. huhuhu]

Lepas setahun kan, akhirnya dapat la jugak PTPTN nih. Bayar balek hutang kat koperasi ngan geng-geng semua. hehehe. Yang aku masih ingat, yang tukang tandatangan agreement ni kan, lecturer aku yang mengajar subjek management. hehehhe. Cik ni tegas, takde main-main. Tapi bile dia sanggup jadi saksi. Aku rasa, hati dia manyak lembut oo. hahahhaha.

Sebenarnye, kalau kite pandai menyimpan duit loan dulu kan. Tentu dah tak yah pening-pening kepala. Sebabnye, ada junior aku yang memang terel menyimpan duit. Tetiap bulan. Dia hanya peruntukkan lebih kurang RM350 untuk pembelian dia. Tapi tak masuk sewa rumah lah. Dan dia berjaya menyimpan PTPTN dia tu hampir separuh daripada pinjaman yang dia buat. Contoh mudah. Dia pinjam RM15,000.00 untuk 6 semester. Tapi dia boleh simpan dalam RM8,000.00++. Pandai kan dia manage duit dia. Sebenarnye dulu, keperluan diri nak enjoy takde lah tinggi mana. Yuran berapalah sangat, tak cecah RM500.00 pun. Tolak sewa, api, air, berapa la sangat. Adalah dalam RM150 sebulan. 1 semester ada berapa bulan je. Makan berapalah sangat. Pengangkutan tak mahal mana sebabnye free. hehehhe. Dulu bas UiTM ni sentiasa bergerak aktif. Nak pegi kelas naek bas, balek kelas pun naek bas. Nak keluar dari kampus pun kami naek bas je. Lepas tu ambil bas lain tambang dia 5osen je. Jadinye kalau difikir secara logik. Memang tak la banyak mana duit tu abes.

Dan sekarang aku hanya perlu bayar balek pinjaman PTPTN untuk 2 tahun aje. Takde la banyak sangat nak kene bayar jika nak dibandingkan RM15,000.00. Itupun masih liat. hehehhe

Dan baru-baru nih, dapat offer dari PTPTN pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.




Tawaran Pertukaran Pinjaman (5% dan 3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)






Ok, tawaran ni hanya sah sehingga 28 Februari 2011 sahaje! Lepas tu dia ada T&C yang ditetapkan oleh PTPTN.

Cume aku belum tengok betol-betol pasal apa kelebihan yang kite boleh dapat daripada tawaran nih.

Sebabnye, aku nak baca lagi sekali dan fikir, fahami leklok selepas baca nih HELAH DALAM SISTEM UJRAH


SISTEM HUTANG DAN PINJAMAN MENURUT ISLAM

1. Islam membenarkan meminjam dan berhutang

2. Semua pinjaman dan hutang hendaklah dibayar balik

3. Walau bagaimanapun, meminjamkan wang dalam Islah adalah atas tujuan menolong dan bukan untuk keuntungan

4. Sebarang keuntungan dalam pemberian hutang atau pinjaman adalah dinamakan riba.

5. Islam membenarkan seseorang memberi pinjam wang, tetapi tidak membenarkan dia menuntut melebigi wang yang dipinjamkan.

6. Sebarang pertambahan jumlah yang perlu dibayar melebihi hutang adalah dinamakan riba.

7. Dalam sistem moden, riba ini diberikan nama lain seperti kos operasi, pelarasan pinjaman, kos perkhidmatan, upah, bunga, interest dan sebagainya.

8. Penamaan seperti ini adalah cubaan untuk menghalalkan riba yang jelas diharamkan oleh Allah.

9. Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya dan dua saksinya, dan dia berkata "Mereka adalah sama" [Muslim/1598]

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال: هم سواء

10. Dalam Islam, hutang adalah dibenarkan untuk menampung keperluan asas apabila tiada pilihan lain

11. Hutang bukanlah jalan untuk bermewah-mewah atau memenuhi kehendak nafsu

12. Justeru, sebenarnya hutang adalah jalan terakhir untuk meneruskan kehidupan

13. Dewasa ini, ramai yang berhutang tanpa sebab

14. Contoh hutang yang dicela seperti ini ialah seperti berikut:

a. Membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan
ULASAN: Islam menyuruh berkahwin mengikut kemampuan. Kemampuan bermakna tanpa hutang
Me: Oooo. Ingatkan boleh je pinjam kat bank. huhuu

b. Membuat pinjaman untuk melabur
ULASAN: Benar, melabur akan memberikan lebih banyak keuntungan pada masa depan melalui dividen atau bonus. Namun, membuat pinjaman bank tanpa sebab menyebabkan anda termasuk dalam golongan pemberi riba!
Me: Errkkk! macam ni pulak rupenye

c. Membuat pinjaman untuk membesarkan rumah
ULASAN: Ini cara paling cepat untuk membesarkan rumah dengan membayar secara beransur-ansur kepada pihak bank.
Me: ?????

d. Contoh-contoh lain yang kene tepat ke atas batang hidung kita [atooiiii! huhuhu] sedangkan kita tidak mengakuinya.

15. Dalam zaman moden ini, pinjaman yang paling mudah adalah melalui bank, kerana prosesnya mudah dan jumlah yang boleh dipinjam adalah lebih tinggi.

16. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa sebenarnya pinjaman melalui bank ini adalah riba, kerana nilai yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman [huhuhuhu]

17. Sesetengah pihak mempermainkan agama dengan mengubah 'aqad pinjaman kepada nama lain seperti pembiayaan atau sewaan komoditi

18. Hal ini berlaku apabila peminjam meminta untuk meminjam wang, tetapi pemberi pinjam mengatakan bahawa bank membeli satu komoditi (atau barangan) dan peminta pinjam dikehendaki membeli komoditi itu daripada bank dengan harga yang lebih tinggi.

19. Di dalam 'aqad atau di atas kertas, ia nampak seperti suatu urusniaga jual-beli barang iaitu bank membeli satu barang dan peminta pinjam membeli barang itu daripada bank

20. Walau bagaimanapun, ini adalah satu percubaan untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan di dalam Al-Quran

21. Peminta pinjam datang untuk meminjam wang dan bukan untuk membeli komoditi tersebut

22. Justeru, ini adalah cara yang tercela dalam pemberian pinjaman, kerana ia menipu peminta pinjam dalam 'aqad dan perjanjian, semata-mata untuk meningkatkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh peminjam

23. Sistem ini seharusnya dibasmi dengan mengelakkan diri daripada membuat pinjaman yang tidak perlu

24. Pihak berkuasa agama sebenarnya boleh memainkan peranan dengan menggunakan wang BaituMal sebagai pinjaman kepada mereka yang benar-benar memerlukan

25. Pinjaman tersebut hendaklah dalam konteks yang dibenarkan oleh syara' dan bukan untuk tujuan bermewah-mewah, membazir atau sebagainya.

26. Bagi mereka yang sudah terlibat, maka ketahuilah bahawa riba diharamkan oleh Al-Quran, dan Rasulullah SAW melaknat 4 golongan bersabit riba: pemakan, pemberi, penulis perjanjian dan saksi.

27. Marilah kita sama-sama menyedari dosa riba ini, dan meminta ampun kepada Allah, semoga Dia melepaskan kita daripada hutang dan riba ini, Amin.

28. Kepada mereka yang sengaja cuba menghalalkan riba dengan permainan bahasa dan 'aqad, dengan mengubah nama dan istilah, maka ingatlah kata-kata hadis «Man sanna».

Wallahua'lam

Kalau nak tahu lebih lanjut elok lah tanya pada yang pakar, aku sekadar membaca dan berkongsi je ilmu yang ada nih. Kalau ada silap tu mintak maap la banyok-banyok.






4 comments:

  1. thanks for the info..skrg ni tgh pening..nak accept ujrah or x.. :(

    ReplyDelete
  2. still tk dapat lagi tukar ke konsep ujrah. still nak paham jugak konsep ni. tq ya for sharing.

    ReplyDelete
  3. laa ye ke huhu...dah apply da pun 1% tu bagusnya u...baru berkira2 nak balik wat pinjaman tuk wat rumah huhu....tak boleh rupanya..

    ReplyDelete
  4. ROSSA ALINA:
    sama la, me pom tak tau nak buat camne. kene betol2 gali lagi info2 nih sebelum buat keputusan :)


    SOLEHAH:
    tak paham jugak. sebab tu try gugel gak info tentang hal nih. sebab banyak benda saya tak tau. huhuhu
    welkam :)


    HANIS:
    baru je tahu. lepas tu baru dapat kad [offer] dari PTPTN. Info tu tak tahulah sejauh mana betol ke tak. Tapi boleh la buat panduan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.