Monday, January 10, 2011

Yea Yeah Esok Raya!!!


Niat pada awalnya, nak post cite lain. Tapinye, cite ni lebih menarik minat aku. Belek paper hari urm.. tak ingat. hehehhee. Surat kabar Utusan Malaysia, 2 3 hari lepas kot. Dalam paper tu ada mention pasal Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Kalau korang tak sempat nak baca, nah aku paparkan berita tu.

Syed Danial Penyimpan Mohor Raja-Raja baru
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.
Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab berkata , Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini.
Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.
Syed Danial yang berasal dari Pulau Pinang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.
Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. - BERNAMA.



* gambar ni, aku amek time raya 2010 baru-baru ni. semangat koo! and rupenya, tahun 2010 dia punye last jadi PMBRR

Wajah ni lah yang biasa aku dan family duk tunggu-tunggu. Nak-nak kalau nak raya. Rindu! hehehhe. Lepas tu cam suspen je bilemana dia nak announce bile hari raya tibe. Kalau esok raya. OYEAHH! kalau esok tak jadi raya, ok! masih ada lagi masa nak buat buat preparation untuk raya. Yelah, ada benda yang last minute nak dibuat.

Dari kecik sampai la besar, wajah dia ni la yang kami tengok setiap tahun. Rupenye dah hampir 22 tahun YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ni jadi PMBRR. Intonasi dia

"Assalamualaikum wbt. Saya dengan ini... sambung sendiri [ingat! tapi lupe :)]"

.. urm, dah boleh kenal dah. Patut lah, asyek dia je yang umum raya [time tu budak-budak, tak tahu lak dia ada tempoh perkhidmatan]

Maknanye tahun ni akan ada PMBRR yang baru. Camne gaya dia? Kite tunggu ajelah nanti. Eh! Satu Malaysia tunggu dia nih. hehhehehe.



2 comments:

  1. hehe..tu tanda-tanda dia nak diganti ruponye kan..tu terdetik nak ambik gambo..apapun rasanya dari kecik suka sgt tunggu time pengunguman tu..:)

    ReplyDelete
  2. tu la pasal. heheheh. best kan time pengumuman tu. tu part paling penting. ngeee! :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.