Thursday, February 3, 2011

2 0 Kosong Sudah


Alhamdulillah.

Bangun je pagi nih, cuaca mendung. Pegi jemur tudung, lepas tu baru sekarang nampak cam mentari mula nak munculkan diri. Malu-malu gitu. Pagi tadi jugak, bapaknda dan adek 2 dan jugak adek ipar ke kubur. Aku tak ikut. Memang dah kebiasaan [eh! hujan turun dengan romantis la. Tetibe je iklan ni kuar] Ok, sambung balek, memang dah jadi kebiasaan adek/bapaknda aku pegi kubur arwah mak aku. Biasanye pegi tak kire masa, kalau ada masa, hari-hari dorang akan pegi. Kalau sibuk, selang hari barulah mereka pergi. Biasanye, mereka tak tunggu hari Raya, esok nak puasa ke, atau ape-ape je lah baru nak pegi kubur. Tak! [Err, aku pergi time raya je. hu hu hu] Sebab sedih nak pergi sana, kalau baca Yassin mesti nanges. Malu *_O

Hari ni hari cuti, CNY. Jadi tu pasal menulis di awal pagi. Takde lah pagi mane pun. Dah jam 920am sudah. Dan hari ni jugak, jumlah cite aku kat MPS ni [MPS = My Personal Space] dah mencecah ke angka 2 RATUS genap! Ingat nak jugak update link list yang ada kat belog. Tak pernah aku update. Lepas tu, ingat nak cantekkan lagi MPS ni. Sebab hari tu, dah touch up, tapi tak siap lagi. Terbengkalai sampai sekarang. Sebab paparan dia berbeza. Aku bukak MPS ni kat opis, font jadi kecik. Bukak kat umah font berubah menjadi besar.

Urrm, macam tak caye je akan cecah angka ni. Kirenya dah banyak jugak la aku duk bebel dalam nih. he he he. Err, kalau nak diikutkan ada jugak entry yang dah aku delete. Bukan ape, sebab kadang-kadang sempat tulis tajuk, lepas tu isi takde. Jadinye aku terpaksa la delete dan bersihkan posts yang ada kat dalam nih.

Jika disingkap kembali kenangan kan [ok! ayat kalau pagi-pagi ni, dia lain macam sikit] Aku dah menulis belog sejak tahun 2006 kalau tak silap. Time tu kat Yahoo 360. Mungkin kalau penulis baru, mereka tak tahu pasal ni. Kat sana, aku kenal apa itu belog. Lepas tu belog tu kene tutup. Tak tahu sebab ape Yahoo pi tutup. Tapi masih ada la belog tu. Cume tak boleh nak dipublish ke macam mane ntah. Aku pun tak berapa pasti. Yang pasti, aku suke menulis sesiap dulu. Lepas tu baru bukak belog orang lain yang update. Sebab aku tak suke, macam benda yang aku nak tulis tu. Penulis lain pun tulis sama. Er, korang pernah tak macam ni. Terfikir nak tulis pasal pasal contoh la kan, pasal kenangan waktu sekolah. Tup-tup! ada orang lain dah tulis. Macam tak best. Sebab nampak cam kite tiru dia kan? Padahal tak pun. Kebetulan je. he he he. Sebab tu kadang-kadang aku cari idea lain dulu, tak nak dikatakan meniru. ngee!

Ok, sambung balek, dalam tahun 2008 camtu, belog 360 dah suam-suam-sunyi-sepi. Lepas tu aku jalan-jalan secara maya kan, aku nampak lah geng 360 aku dulu. Dia bukak umah baru kat blogspot. Aku ni pun, join la jugak. Tapi time tu, tak reti sangat nak belek-belek blogspot nih. Macam susah je. Jadinya aku tinggal dan jarang jenguk blogspot. Aku meneruskan kehidupan sebagai seorang insan yang tak tahu nilai blogspot. he he he.

Ok, err. Panjang lagi ni aku nak tulis dan cite. Maklumlah, entri ke 200. he he he. Kalau rasa dah tak nak baca, urmm. Ok, paham. Boleh tekan X. [Sedih] ha ha ha. Acah je lah. Takde hal. Nak baca baca lah -_- tak nak takpe.

Ok, lepas tu masa bulan puasa 2008 aku ada post satu cite ni, pasal buat biskut raya. Tapi aku dah delete dah cite tu. Tak tahu kenapa, takde salah or cacat cela pada entry tu. Lepas tu aku ada bukak belog kawan aku ni, si Puteri. Aku tengok dia banyak menulis. Belog dia best. Tapi aku tak ikut dia, sebab biasanye aku akan menulis mengikut diri sendiri. Ada cite, tulis. Takde cite, aku lawat belog orang. Macam tu lah.

Dalam MPS nih, biasanye takde la cite yang best-menarik-da boom-hot mane pun. Cite biasa-biasa je. Cite pasal life aku, family aku, anak buah aku. Macam tu je. Tapi biasanye aku suke cite pasal family aku. Sebab aku ada adek lelaki seramai 4 orang. Jadinye, selalu je timbul konflik, gaduh-gaduh kecil dan adakala berubah menjadi besar, lepas tu baik balek. Kadang-kadang mereka ni suke buli kakak dia. Contoh kalau ada Raja Lawak dengan Ustaz Amirul. Mereka akan mendahulukan Johan dan Zizan berbanding perasaan aku. Maka aku dengan hati yang lara akan menonton Ustaz Amirul sorang diri. Bile RL main, aku kene pelankan volume drama tu. Sebab mengganggu la kununnye. Ceh! Dan sebaliknya. Kire fair and square la. [tak tahan ade ke patut adek 4 aku suruh aku pakai headphone cucuk kat TV. Kijam sungguh]

Lepas tu kan, dalam tahun 2009, aku menulis dengan bertenaga sekali. Kirenye banyak jugaklah cite yang aku tulis. Macam-macam. Aku pun dah lupe ape aku tulis, naik segan kalau baca balek. Pada tahun 2009 jugak, dalam bulan 8, tahun tu aku accident. Aku yang bawak kereta, dan dalam kereta tu ada mak dengan ayah aku. Mak aku meninggal dalam kejadian tu. Kalau nak tahu, korang beleklah posts yang ada dalam ni. Jadinye, aku memang jarang jenguk MPS ni. Tanggungjawab aku sebagai anak, kakak lebih diutamakan ketika tu. Ruang untuk diri sendiri ada, tapi nak menulis tu macam takde idea.

Last year. Aku jarang menulis. Sebabnye, tahun 2010 adalah tahun yang agak perit. Agak lama aku menghilang, adalah dalam 2 3 bulan kot. Selepas tu, aku menulis balek. Dalam akhir tahun 2010 kalau tak silap. Dan pada bulan Disember 2010 ke, awal tahun 2011 kalau tak silap la. Aku mula menulis dengan rancaknye, serancak tarian naga.

Tapi kalau korang perasan, followers aku tak ramai sangat. Sebab aku menulis sebab aku suke menulis. Sebab tulah, penulis dulu-dulu biasanya menulis bukan kerna namaaaaaaa [ala! termenyanyi la pulak]. Plus, dulu aku jarang buat BW he he he. Tapi sekali aku buat bw, semua belog aku redah. Cume sekarang aku rajin buat BW. Sebab aku terbaca dalam satu belog ni kan, dia cakap. Kalau menulis, tapi tak buat blogwalking umpama buat rumah tapi tak berjiran. Terasa la aku, sebab aku macam tu. he he he. Lagi satu, aku tak gunekan istilah 'dah follow ni, follow saya balek ye'. Sebab aku segan. [MPS aku setakat mane la kan nak tulis macam tu] dan aku rasa [berdasarkan pengalaman] orang/pembaca secara automatik akan stick pada belog kita, kalau pembaca berasakan belog kita menarik untuk diikuti. Contoh, aku selalu jugaklah baca belog husband and wife ni, dorang tinggal kat Abu Dhabi skarang ni. [err. stalker. ha ha ha] sebab best. Biarpun kat belog dia tu kan, takde letak berapa orang follower dia, tapi oleh kerana penulisan dan jalan cite life dia yang best. Aku lepak je kat belog dia sensorang. Aku baca je entri dia satu persatu.

Dan aku perasan, banyak belog sudah tumbuh dan membiak dengan jayanya pada 2010. Dan aku juge kagum dengan pencapaian bloggers baru sebabnye. Walau masih bergelar pucuk muda, tapi followers mereka biasanye mencecah ke angka ratusan dan ribuan anggur. Lebih tepat lagi 500++ ke atas. Hebat bukan? Aku ada jugak jumpe belog yang gunekan bahasa singkatan sms. Err. Agak payah nak dibaca. hu hu hu. Dulu aku jugak pernah gunakan bahasa singkatan, bajet best la time tu. Dan sekarang aku tahu, bahasa macam tu perlu dielakkan ketika menulis. Tapi kalau nak taip dalam henpom tu, takde masalah. Tahun ni jugak, aku jumpe tutorial camne nak auto publish. ha ha ha. Menulis dah bertahun-tahun, tapi benda kecik macam ni pun masih tak pas! TQ pada Sunah.

Dan pada akhir tahun 2010/awal tahun 2011 la aku tahu yang bloggers jugak boleh pames amos dan boleh dapat pendapatan sampingan. Wah! aku rasalah kan, sebab 'pames amos' dengan dapat duit tu la banyak belog yang tumbuh sekarang [tapi tak semualah ye, jangan lah marah pulak. Ni pandangan aku je]

Kesimpulan pada bebelan aku ni, semua orang ada bakat menulis. Tak kira sape orang tu. Sebab semua orang ada cerita masing-masing. Dan, kalau rasa nak polish bakat menulis. Rajin-rajin lah menulis. Mintak maap la jugak, kalau sepanjang korang baca MPS ni, ada bahasa yang entahpape, bosan ke apa eh O_o

Ok, jaga diri leklok noo. Jangan duk loqlaq ye pembaca semua. Er, selamat bercuti jugak. he he he.


*aku edit entry ni sebab ada silap pada tahun 2009 dan 2010. sori!



10 comments:

  1. waahh...review blog..bagusnyer...fiqah pon dh x bpe ingt dh pape yg penah fiqah tulis kt blog fiqah tu...byk yg ngarut2 kot..btw..fiqah stuju sgt yg aiydalela kate stiap org ad bakat menulis..huhu..=)stiap org ad stail masing2 dlm dunia penulisan blog dyorg..(^.^) hope keep it up & jgn give up dlm dunia pnulisan blog nie yer..

    ReplyDelete
  2. keep on blogging Aida...mmmg selalu jenguk dn suka bc sejak dr doluuu lg hehe...

    ReplyDelete
  3. Aah..Setuju - setuju!!
    Kiz setuju!
    Setipa orang ada cara mereka tersendiri..Cuma yang tinggal adalah kita untuk sentiasa mengimprove cara penulisan kita..Yeeha!

    Jom sini,
    Sebuah sajak buat mukabuku

    ReplyDelete
  4. wahhh sgt berbakat menulis. panjang betull ! hahaha btw, anda disaman kerana menulis melebihi 200 patah perkataan..boleh ?! ahahahhaa *joke*

    ReplyDelete
  5. FIQAH ALIAS :
    sis pun ada kala lupe jugak benda yang di tulis. mengarut tu musti! hehehhe. TQ dik :)

    ReplyDelete
  6. HANIS MY :
    TQ darl! [senyum simpul. ha ha ha]

    ReplyDelete
  7. HANIS MY :
    TQ darl! [senyum simpul. ha ha ha]

    ReplyDelete
  8. KIZZ :
    Yerp! ini pun masih belajar menulis. yang penting kite enjoy kan? -_-

    ReplyDelete
  9. KHAIRUL ATIKAH @ CIK YUKI :
    hahahahha. ingat nak tulis 10 pages lagi, tp takut pembaca muntah ijau. hihihi. Tak pe, kene saman boleh bayar.

    Nah saman sudah dibayar ye :p

    ReplyDelete
  10. KHAIRUL ATIKAH @ CIK YUKI :
    hahahahha. ingat nak tulis 10 pages lagi, tp takut pembaca muntah ijau. hihihi. Tak pe, kene saman boleh bayar.

    Nah saman sudah dibayar ye :p

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.