Sunday, February 27, 2011

Aishiteru


Ini entri singkat, sebab tadi kebetulan masa naek kete opismate sempat dengar lagu ni dalam radio Hot. fm. Rupenye lagu ni baru nak glamer kat Malaysia [aku agak je sebab dah lama tak dengar radio. huk!]. Sedangkan lagu ni dah lama kalau tak silap.

Nak dijadikan cite, time pegi kat Bandung last month, [boleh refer entri lepas-lepas. hehehe] Bile je kami naek angkutan kota, mesti ada penyanyi jalanan yang akan nyanyikan lagu. Lagu pulak, bermacam-macam jenis.



Lagu yang paling best ialah lagu Aishiteru. Kalau ikutkan dua budak pompuan yang nyanyi. Ni gambar hiasan semata-mata, sebab lupe nak tangkap gambar budak pompuan tu. Yang laki ni pun best jugak suara dia. Kalau tak, takkan abang aku sanggup record suara dia. ngee!


Lepas tu time kami ke Pasar Baru, kami tanya kat budak yang jual telekung [time tu tengah beli telekung]. Lepas tu dorang cakap ar, lagu tu Aishiteru nyanyian Zifhilia. So, sempatlah kami bluetooth lagu ni dengan pekerja kat kedai telekung tu. hehehhe.


Ini video clip untuk lagu Aishiteru x_x

Lagi satu kan, kalau kat Bandung sana [sebab kat tempat lain di Indonesia aku tak pasti]. Dorang JARANG SANGAT-SANGAT putarkan lagu Malaysia. Sepanjang aku pergi sana, ada satu kedai je yang pasang lagu Malaysia, itu pun lagu Exist zaman budak-budak dulu, sebelum dorang jadi bapak budak. Lepas tu dorang tak kenal sangat dengan penyanyi kite, yang dorang kenal NewBoys [err, betul ke eja camni]. Sedangkan NB tu dah pergi mana ntah. ahahhaa. Zaman populas dorang dah lama berlalu. Beza kan dengan negara kite? Kalau kite, kat mana-mana pun asyek duk putar lagu seberang. Kenapa? Bagi aku senang je. Sebab SEDAP! sampaikan album fb aku pun bertitle kan Aishiteru. hehehe

3 comments:

Terima kasih atas pandangan.