Monday, February 14, 2011

Berkampung di Pusat Servis


Pagi Sabtu, bangun pagi terus siap-siap nak pegi dating. Kali ni dating sensorang je, takde peneman. Bile dah sampai seru dia, memang nak kene pegi service si vv nih. Kalau ikutkan kan, dah lebih dalam 100km. Malas ar nak biar lama-lama, sementara weekend macam ni la boleh pegi mane-mane dan settlekan ape yang patut.

Marilah bersama-sama melepak dan membuang masa selama setengah hari suntuk kat tempat yang indah ini. Pengajaran betol la! Tapi ok gak, sebab menunggu terlalu lama tu lah, wujudnye entri ni. Padahal tak plan pun nak buat.

Tuan puan sekalian bayangkan, aku saya turun dari umah 915am [dah kire awal la ni kunun. uh! ] Sampai aje kat sana, orang memang dah ramai. Wuu! Menonong ke kaunter, eh! silap kene pergi kaunter lain. Sebab aku just walk in takde buat appointment ape seme. Jadi kene tunggu turn yang mungkin esok hari baru tibe turn aku

Dah la pagi bute, perot tak isi dengan apa-apa makanan lagik. Duduk la tercongok kat kerusi yang ada kat dalam tu. Dah duduk hampir 30 minit. Barulah aku kene pegi kaunter satu lagi untuk register. Kat slip tu kan dah ada estimate time, yang mane aku terpaksa bertapa kat situ hampir beberapa jam. Berasap! Sebab tu la aku tak pergi tengok final futsal. Tak sempat pegi. hu hu hu .

Tapi rasa lara di hati tak lama dong. Tengah ilek-ilek duk kat sofa kan. Ada hamba Allah ni, dia datang dengan anak dia. 'Eh macam kenal' kata hati aku, hati dia aku tak tahu ar. Aku senyum je kat dia. Eh dia balas. Ni pomfuan ok, kalau Ally Iskandar kan.. eh dia dah tunang lah. Baru je jumpe ternampak dia itu hari sebelum CNY kalau tak silap la, nampak kat pasar kat kampong aku. Cantek nombor plat kete dia [sudah, dah lari topik dah. Ini Eli Ally punye pasal] ok sambum balek, sambum balek. 'Ini Maria kan?' 'Eh tak, ni Aida'. Lepas tu terus la berpot-pet-pot-pet-pet-petttttttt-pottt. Panjang jugak la kami duk bercerita itu ini. Dari cite family, keje, macam-macam. Dia tanya aku, aku tanya dia. Kami berbalas tembakan. he he he. Entahlah, aku pun tak sure bile kali akhir aku jumpe dia. Time aku kecik-kecik dulu kot, dia ni sebaya dengan kakak aku. Yang best, sebab dia macam kakak-kakak gitu. Syuke syuke! Lagi satu banyak cakap. Jadi senang nak gebang.

Gebang-gebang gak, perot aku dah bergelora umpama di lautan hindi dah nih. Punye la lapar. Jadi, ape lagi *_o nyit nyit!

Jangan malu-malu.





Kat pusat service ni ada sedia makan dan minum untuk para customers dia. Jadi antara nak dengan tak nak, antara malu dengan tak malu je yang membezakan kite. Desakan hidup perot buatkan aku ringan je bangun pegi amek bihun goreng nih, pastu ambik sekali keropok keping buat penambah perisa. Jangan main-main, punye la banyak bihun ni, dia taruk penuh dalam bekas ni. Tapi ok la, bersyukur sangat-sangat. At least hilang sikit rasa lapar nih. Sambil makan, sambil pot pet. Sedar tak sedar dah abes T_T Alhamdulillah.




Tengok, pilih aje mane yang anda inginkan. Gula-gulakah? Air kosong? atau si instant coffee? Ulang-alik 3 4 kali pun takpe, takde orang marah. Dah kurang stok makanan tu, nanti dorang akan refill balek.


Gambar terakhir yang sempat di ambil pada hari tu. Lepas aje amek picture ni, ngam-ngam bateri kamera aku 'tidur'. Good nite mr. cam. Kat sini jugak korang boleh membaca. Majalah kat atas rak tu macam-macam ada. Jadi tak ar bosan sangat bile ada bahan bacaan nih.

Akak tu dah balek, aku je yang masih ada kat sini. Mengantuk sampaikan terlelap kat sofa. ha ha. Dah hampir jam 2.15pm baru la kete aku siap kene service. Fuhhh!



Tips [supaya tak jadi cam aku]:

1. Make sure korang kalau nak pegi service kete, buat la appointment dulu. Tak ar lama sangat menunggu [ok next time]

2. Bawak la lappy ke ape, sebab kat pusat service biasanya ada streamyx, jadi boleh update belog atau kalau rajin boleh buat keje sekolah/opis kat situ

3. Bawak teman sebagai peneman bicara. Kalau tak memang macam tunggul la kat situ, dah naek berakar kat sofa tu. hahaha

4. Paling ok, tinggal aje kete kat pusat service tu lepas tu balek umah/pegi ronda-ronda. Tak ar membazir sangat masa tu [nak gune taktik ni lenkali]




2 comments:

  1. wahh bestnyaaa hanis pernah sekali je g sini dulu masa tu takde pun makanan ada air free je...best2..

    ReplyDelete
  2. sebab dia tahu, orang tunggu punyela lama. tahap kebulur, tu pasal dia amek alternatif camni. bagus gak :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.