Sunday, February 20, 2011

Bersyukur!


Entri ini seriuos! Ada masa boleh gurau-gurau. Ada masa TAK BOLEH! Tengok, eja serious pun silap. Nak gelak ke macam mane nih? hik. Ok, baru je balek dari hospital. Sebut pasal hospital, yang terbayang pada benak kepala otak kite kan, mesti accident, orang nak bersalin la, macam-macam la pendek katanya.

Jejak kaki ke hospital ada lah satu perkara yang susah, payah. Macam-macam perasaan. Tadi, pergi hantar ayah aku ke hospital. Just rawatan biasa je. Sebab kaki ayah aku kene gigit dek semut, tapi tak sembuh-sembuh sampai sekarang. Dah naek bengkak dah. Tapi boleh berjalan lagi. Cume nampak macam kudis. Nampak macam saket. Kite yang tengok ni dah terasa 'macam saket' apatah lagi tuan empunya badan. Tak tahu la macam mana rasanya. Dah jenis takut akan perkataan 'suntik' 'doktor' 'hospital'. Memang agak payah nak korek rahsia, 'pakcik macam mana? saket ke tak?'. Nak tak nak je jawab. 'Bile kene ni pak cik?' Rasa nak je jawab 'dah lama dah doktor, dah bertahun-tahun dah. Adalah 2 tahun lebih-lebih'. Tapi tak boleh, tengok muke ayah aku pun dah syahdu. Jadi aku pandang muke ayah aku, ayah aku pandang muke aku. Last, kami sama-sama senyum bile ayah aku jawab 'err, adalah dalam 5 6 bulan'. Atoiii, ayah ku bapak ku ini. Dah lepas jumpe doktor, baru la boleh gelak-gelak. 'Kan saya dah cakap, tak saket kan?' 'Ateeeekkk' Sokmo jawab gitu. hahahha.

Dan dalam masa yang sama, tadi bile kami balek dari amek ubat. Ada sorang makcik ni terlantar atas bed, kat hidung dia kalau tak silap ada wayar. Sori, aku hanya pandang sekilas pada makcik ni. Macam mana rupe dia, aku tak tahu. Yang aku nampak wayar dia tu ada bendalir warna merah/macam air coke lebih kurang la. Doktor dan pompuan yang aku rasa, anak dia kot, masuk sekali dalam lif bersama kami. Aku tanya dorang nak ke tingkat berapa, tapi aku tak pandang pun muke dorang ni [dorang ada kat belakang]. Kuwang hajau bukan? Sori, bukan niat aku macam tu. Tapi aku memang tak boleh nak tengok pada pesakit-pesakit macam ni. Sebab tu la aku tak berapa suke datang spital ni. Berada di dalam kategori sensitip, memang agak payah. Walaupun kite tak kenal dengan dorang, tapi mesti nak nanges bile dah tengok. Urmm, bagus kan orang yang jadi nurse/doctor. Boleh hadapi semua ni, dengan pesakit yang bermacam ragam.

Time kami dalam lif tu kan, minda aku dengan minda ayah aku seolah-olah bercakap. Sebab aku dapat bajet apa yang ada dalam benak ayah aku tu. Faham sangat, mesti dia teringat kat mak aku. Aku agak la [sebab aku pun sama. sob sob!] Kiteorang boleh dengar makcik ni bernafas. Paling aku tak tahan, Ya Allah, sedih sangat-sangat [nak start nangis nih]. Payah sangat-sangat dia nak bernafas, bunyi aje dah cukup menggambarkan derita dia. [Semoga Allah bagi dia ruang ketenangan walau sedang diuji. Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk hambaNya.] Sedih, sebab umur makcik ni aku rasa dah tua dah. Warga emas. Sama je dengan ayah aku. Lagi satu, aku fikir. Macam mana nasib ayah aku kelak? hu hu hu . Sebab, arwah mak aku meninggal ketika dia sihat. Tak saket apa-apa, Alhamdulillah. Allah mengambil nyawa mak aku dengan cara yang mudah, aturan dia sangat-sangat mudah. Macam ada lorong yang lurus untuk mak aku. Syukur. Ayah aku?? Sebagai anak, kami sentiasa mendoakan yang terbaek untuknya. Amin.

Di hospital la, kite akan belajar menghargai nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Di saat kite masih boleh bernafas, bergelak ketawa, menaip entri belog ni, membaca belog orang lain, menonton tv, kite kadangkala alpa dan tak sedar, dalam masa yang sama ada insan-insan yang sedang berjuang untuk 1 kehidupan.

Teringat akan satu topik kat radio, time tu aku dengar sambil-sambil tunggu cousin aku. Ustaz ni pesan. Bersyukur la kite atas setiap nikmat yang Allah bagi. Tak kire apa nikmat yang diberikan, ucapkanlah syukur. Dan apabila Allah menarik 1/10 nikmat yang kite ada, jangan la mengeluh. Pandanglah 9 nikmat lagi yang kite ada. Jika dihitung nikmat yang diberikanNya, terlalu banyak. Tak terkira dek jari.

Andai kite ada sebuah kereta, tetapi penuh dengan bunyi-bunyian 'kruk krek kruk krek krioook'. Bersyukurlah, walau bunyian itu tidak kite gemari. Kenapa? kerana di saat kite mengeluh dengan bunyian itu, ada lagi insan-insan yang basah kehujanan di luar sana. Yang mana tidak mampu untuk memiliki kereta.

Setiap yang muda pasti akan merasai tua. Yang sihat pasti kan merasai saket. Sementara yang hidup pasti kan merasai mati. Ianya adalah kitaran kehidupan yang tidak dapat tidak, mesti dilalui oleh semua orang di dunia.

Cume bezanya, adakah kite bersedia untuk semua itu?? Dalam hidup, kadang kala kite alpa [aku la] Oleh itu, bersyukur lah dengan apa yang kita ada pada hari ini. Kerana, apa yang kite ada pada hari ini, belum tentu akan kite miliki pada hari depan.


------------------------------

Aida Lela
20 Februari 2011 | Baju keje tak iron lagi

3 comments:

  1. huhu insaffff sedih ok! semoga ayahanda sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan oleh-Nya.. take care aida..miss u!

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah selagi kita boleh bersyukur :)

    ReplyDelete
  3. HANIS MY :
    TQ. miss u tooooo much!!


    ASYBEDAZZLE :
    yerp! :)

    * ingatku kalau aku lalai, sedarkan andai aku jatuh

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.