Sunday, February 20, 2011

Coincidence Instinct


Semua orang pernah mengalami ini bukan??

Selalu gerak hati betul. Tapi kadang kala orang cakap ianya kebetulan.
Tapi setiap gerak geri rasa adalah anugerah dari Allah.

Tadi tertengok sorang hamba Allah ni. Mirip sangat dengan staf yang dah lama berhenti dari tempat keje ni ha.

Tup-tup tadi petang, staf yang dah berhenti tu ada datang opis. Wahh! baru tadi.. errr, aku.. aku..

Ok, sebenarnye jika disebut instinct biasanya aku akan terus ingat pada seseorang yang kuat instinctnye. Sape dia? Er, arwah mak aku.

Allah kurniakan dia satu instinct yang agak kuat. Mungkin dia seorang ibu kot. Tak tahulah aku nak bagitau macam mana. Contoh, kalau ada barang hilang atau kite lupe letak ke apa. Biasanya mak aku akan bagitahu "Tak hilang, ada la tu". Dan biasanya, barang tu akan dijumpai semula [dengan izin Allah]. Tapi ada jugak benda yang memang tak dapat semula. Contoh purse mak aku yang tertinggal kat dalam masjid. Time tu kami berenti solat. Patah balek ke masjid tu kan, nak cari semula bile dah sedar purse takde. urmm. Tiada lagi rezki kami. Bayang purse pun tak ada. Hilang macam tu je. huhuhu. Berhati-hatilah ye walau dalam masjid. Pencilok ni tak kire masa dan tempat.


T_T

Sebenarnye ni update seciput je, sementara nantikan big boss siap-siap. Plan nak pergi bawak jumpe doktor. Ha, tau takut. hahhaha [sian kat ayah aku]


2 comments:

  1. Betul laa..naluri seorg ibu laa tu kot..mcm naluri seorg isteri pun ada gak..naluri adik beradik pun kan kan..
    lagi satu,naluri seorg kwn.. =)

    ReplyDelete
  2. tu la, naluri ni macam magnet :) bile dah rapat kite kadang2 dapat teka. heheh.

    *naluri isteri :) setuju

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.