Saturday, February 12, 2011

Dari Jepun ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua,


Baru dapat update entri malam ni. Dah lewat malam ni. Kalau ikutkan hati, nak update malam tadi tapi tak dapat sebab lappy ni kadang-kadang 'outstation'. Macam biasa, adek pinjam. hu hu hu


Terus ke topik utama yok!


Hari Rabu lepas, balek aje dari makan pagi. Sampai aje kat office. Terpandang satu benda yang asing pada pandangan mata kat atas meja. [dah beberapa hari ni duk tahan nak cite ni]







Apakah ini? Kat dalam kepala memang tak tahu nak teka. Pandang dengan 1000 pandangan. Duk perati tapi tak jumpe jawapan.







Haaaaa!!! Bile dah belek-belek, oooo ini datangnya dari HANA SAKURA . Betul-betul lupe, padahal Hanis dah ada mention itu hari [muda-muda dah lupe, kene banyak makan kismis la lepas ni. Bagi sharp balek] Tak tahu apa kat dalam ni, memang tak dapat nak agak ape isinya.







Yang ni pen, poskad. Cumil!!!





Jeng jeng! Bile dah di buke. Mula-mula ingatkan skarf rambut. he he he.





Rupenye err.. purse eh? Sori, tak tahu nak panggil apa.




Ini view dari dalam. Time ni kawan satu seksyen dah sound dah. 'Amboi suke la tu'. 'Meh sini nak tengok, jeles ni'. hi hi hi




Penat datang dari Jepun, dah sampai kat Kuala Terengganu sebagai habuannya, dapatlah bertemu dengan kawan-kawan baru. Lepas ni, kene belajar cakap ganu la yer. hehehehe.





Pen dan poskad kene tinggal kat office, yang purse ni bawak balek. Time nak balek tu kan, terpandang kat seat sebelah. Eh eh! same kaler la pulak dengan handbag *_* [L I K E]


To Hanis and Mi kat sana :
TQ sangat-sangat. Sebenarnye, tak harap pape pun dari persahabatan yang terjalin antara kite. Dapat kawan yang baek hati, jujur dan ikhlas, sudah memadai. Study leklok ye.

Sedikit info: Persahabatan yang terjalin antara kami adalah bermula semasa kursus Induksi pada tahun 2007 [kalau tak silap 2007]. Time tu dorang tak kawen lagi, he he he. Err, teringat Hanis kene jadi 'Permaisuri' time raptai konvo. Aku plak tukang jadi penyerah watikah. Arwah mak aku sempat kenal dengan Hanis dan pernah tengok belog dia beberapa bulan sebelum meninggal. *_o .

Ok dah kene stop ni, esok nak keje. Baju tak iron lagi. Dah lewat ni. Jaga diri semua.


1 comment:

  1. baru sempat bw...wahh alhamdulillah dah selamat diterima..risau takut tak sampai sebab guna pos biasa je... lega Aida suka...dah lama plan nk bg tapi asyik tertunda je huhu akhirnya tercapai jugak hehe... tak banyak pilihan kat sendai ni kena g tokyo baru jumpa brg unik kut... wahhh dah lama kan kita kawan i likeee...semoga kekal abadi... tiba2 teringat kat Che baca entry ni... semoga Che tenang di sana... Al-fatihah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.