Monday, February 21, 2011

A&W Drive Thru, Petaling Jaya [PJDI] - Part 1

Gambar hiasan : A&W Batu Buruk | 1 Januari 2010


Ni adalah cerita kenangan zaman silam. Rentetan itu hari aku dapat emel daripada kawan lama aku. Boleh baca ENTRI NI Baru hari ni dapat bercerita pasal ni. Selesai satu hutang T_T

Dulu, lepas abes study masih tak dapat keje. Menanam anggur dan buah-buahan? Sempat la jugak dalam 3 bulan lebih kurang. Lepas tu, aku redah buat keje part time sementara dapat keje yang betul-betul sesuai.

Tempat keje ni paling BEST bagi aku. Sumpah tak tipu! Sampaikan tak nak berenti cari keje lain. hahhaa. Kalau nak citer sampai esok hari pun tak habes. Tapi aku sedaya upaya cite jugak la. Tapi entri mungkin akan panjanggggggggg.

A&W Drive Thru Petaling Jaya atau A&W PJDI

Nak dijadikan cite, cari punye cari keje. Terlekat kat restoran ni. Restoran yang terletak dekat LRT Taman Jaya, tak jauh jugak dengan Amcorp Mall. heheh. Gaji murah je, adalah dalam RM3.50 satu jam. Tapi tak jadi hal, sebab bile dah kire tolak itu ini, agak banyak la jugak. Lagipun time tu, tak kisah sangat janji lebih dari RM500. hehehhe [banyak kan?]

Boleh dikatakan semua kawan-kawan yang ada, memang best. Nak sebut memang tak tersebut lah. Tapi aku ringkaskan jugak.

Sir Zaki :
eh, eh! nama dia teratas. hahaha. Dia ni kalau bagi briefing. Ayat 'so' mesti tak tinggal. Hensem macam Ashraf Muslim, tapi ashraf muslim lagi ensem lorh. Naek kete kelisa kaler biru. [Err, sir. Kalau sir baca entri ni, sile belanja saya ok! hik]

Sir Sazali :
macam bapak-bapak saya daaa. Sangat-sangat baek sama saya and the gangs. Sir, miss you daddy. hahahha. Kalau nak tahu sir ni sangat-sangat men'yapok' aku. Sebelum aku di up kan menjadi cashier, aku jadi tukang sapu je. Ala, crew macam tu je. Tukang sapu, tukang angkat gelas. Fuh! gelas dia banyak berat. Naek muscle lengan aku. hehehe. Ok, nak cite nih. Lepas aku jadi cashier, selalu aje short $$$$. Sebelum masuk keje, kite akan diberi duit lepas tu kene kire betul-betul. Dan duit tu perlu balance dengan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan. Tapi ada bulan tu kan, aku asyek short duit je. Padahal kire dah sehabes baek dah [ikutkan aku dah naek heran pikir pasal ni] Kadang-kadang RM40 kadang-kadang belas-belas ringgit. Tapi Alhamdulillah, sir tu tak suruh aku ganti. huhuhu. Kalau kene ganti pun, mesti tak banyak. Memang syukur sangat-sangat sebab kalau aku ganti mengikut duit yang short tu kan, aku seolah-olah 'menderma' kepada a&w [lain ar kalau betul-betul silap kite] Lepas tu, Sir ni, selalu sangat-sangat buat lawak. Kalau dia buat lawak, kami selaku anak ni memang gelak kaw-kaw punye. Tak tahan kalau tengok spek dia, hehehhe. Old style *_o Err, sir Sazali ni ada jual biskut raya tau. Dia jual tart nanas. Sedap! wife dia yang buat. Sempat la jugak beli sekali sebelum aku berhenti keje. Entah macam mana keadaan dia sekarang?? Urmmm.

Wak :
Hahahahha. Sangat kelakar, kalau nak tahu time tu ramai jugak la student UM and jugak staf UM yang buat part time kat situ. Memang meriah, havoc giler. Kalau si Wak ni, lagi lah. Dia punye pekat Jawoo dia tu. Memang asyek gelak je keje kiteorang. 'Kaunter mane?? kaunter seben??" hahahha. Kaunter seven ok = 7. hahhahaha. Dia ni staf UM, pas tu selalu la miss briefing sebab masuk lambat. Suke sangat tanya 'sir zaki itu masih dengan so so nye lagi?' hahahha. wak wak. lawak ar!

Alfred:
Alfred.. si kecik yang comey. Sori Alfred, i cakap u kecik comey yer. Jangan marah nanti you kene jual. Si Alfred ni budak sabah or sarawak kalau tak silap. Juge student UM. Tak silap hari tu dia buat Master. Ayat yang paling best ialah 'Haida, kamu kan kalao datang keje, siapa yang kamu akan cari dulu? Kalau aku kan, mesti aku akan cari kamu lepas tu Haida'. hahahaa dengan pekat loghat dia tu. Alfred comey ok soalan ni. Sangat comey macam spek mata kamu yang bulat itu. hehehe. Dulu aku ngan Haida bantai gelak je dengar ayat ni. Sekarang baru la terasa 'weiiii, jom kite keje kat A&W macam dolu-dolu". Ko kat mane ek sekarang??

Sori la, entri ni betul-betul aku 'in'. Sebab kite cakap pasal benda yang kite suke. hehehe. Memang macam ni la jadinye.

Haida :
macam entri yang lepas, aku dengan dia ni. kire ngam ooo. Panjang stori kalau tulis ni. Selalu gelak sama-sama. Entah macam ape. Dia pun cashier macam aku. Suara dia comey. [aku puji hang ni, mohon belanja aku root beer float ok! nak double. Ceh! tamak]

Siti :
ini lagi sorang satu kepala. Manis orangnya [hahaha. dulu tak nak puji, sekarang baru nak puji]. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal sampai sekarang. Dah kawen dan dah punya anak kalau tak silap. Juga cashier macam aku. Penat oo melayan kerenah dorang ni. Hari-hari terasa mau pigi keje. Best!

Wah, ramainye lagi orang-orang yang best kat sini. Ok, mula-mula keje kan, kami semua kalau yang pompuan kene pakai lipstick. Time tu aku memang tak pandang ar benda ni semua. Nak dijadikan cite, satu hari tu time briefing. Miss Akma ni sound aku 'nape kamu tak pakai lipstick? alergik ke?' Aku memang hangen ar, sebab kasar sangat dia cakap. Aku jawab je la 'aa'aa.. Alergik!' Padahal baru masuk keje tu. huhuhu. Tapi nak tahu, lepas pada tu kan, kami jadi kawan baek. Even dia cakap ala-ala kasar camtu, tapi hati dia baek. Satu negeri pulak dengan aku.

Err, sebelum aku jadi cashier kan. Aku bergandingan tangan dan tenaga dengan Lan Kelate [budak UiTM buat part time sini] Penat ya Ampun! customers ramai, tak cukup kakitangan kami duk lap meja, amek gelas semua, lap tray. Last-last Miss Nora kesian kat aku, lalu dia suh aku masuk kaunter buat waffle. Heheheh. Lan yang sorang-sorang kat luar kene amek tugas aku. hik. Lan, mesti ko dah keje best kan? Teringat kat motor dia, pernah pancit. Pastu mintak duit kat aku, tapi aku takde duit nak kasi pinjam. Sian.

Sebenarnye banyak suke duke kat sini. Banyak benda yang kami kongsi dan lakukan bersama-sama. Semangat kerjasama tu kan, memang tinggi. Akrab sangat-sangat. Pengalaman kat sini banyak ajar menghargai erti persahabatan.

Nanti part 2 aku sambung balek eh. Harap tak jemu la, sebab ni kisah lama. hu hu hu .



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.