Wednesday, February 16, 2011

Festival Pelamin dan Rias Pengantin - I


Lepas makan-makan, perut dah penuh. Terus drive nak balek umah, tapi ada satu tempat yang kiteorang plan nak pegi tapi belum berkesempatan. Lalu, terus je ke TTC nak tengok pameran tu. Tapi masa agak suntuk, kami pegi adalah dalam 30 minit je. Yang ni penutup aktiviti pada Sabtu lepas.

Sampai-sampai, ada majlis yang baru je selesai berlangsung. Majlis sape ntah. Kalau nak tahu, TTC ni ada dua dewan. Satu A dan satu B.


Festival Pelamin dan Rias Pengantin 2011

Sape nak kawen?? Boleh la tengok contoh-contoh pelamin ni. Kot-kot berkenan. Tengok lah ni, kerusi untuk singgahsana, empuk untuk diduduki oleh pengantin. Kalau tahun lepas, err boleh buka entri lama ni 2010 kerusi ni tak banyak sangat. Takde lagi pilihan macam-macam jenis macam ni. Kerusi yang ada pun, biasa-biasa je.

Jom masuk kat dalam dewan [arghhh! sana-sini cantek. Terkesima *_* ]




Pelamin 1, masuk je dalam dewan kan, pelamin ni antara yang terkedepan sekali kat pintu masuk. hehehhe. Cantek jugak kaler dia.




Yang ni rasanye sekadar promosi kain. Kain batek dari butik terkenal kat Terengganu.




Tantekkk! Dah pasang macam ni, tentu sayang nak bukak balek kan? Kombinasi dia cantek giler. Tengok la sofa yang dorang gunekan tu. Boleh terlelap kat atas tu. Dah nampak cam ala-ala taman gitu. Pink dan hitam, naek seri betol.




Ungu dan putih. Sweet kan? Simple je pelamin ni. Tapi bolehlah, cume tang bunga tu je yang tak berapa berkenan. Kalau bunga-bunga tu nampak tersusun, mesti lagi cantek. Nak-nak kalau gune besar-besar. Bunga putih tu tak sesuai sangat letak kat situ. Background dah kaler putih, bunga pun putih. Mane nak nampak seri. [sesuke ati je komen. ish!]




Tengok sofa yang digunekan tu. Siap jenis yang melengkung lagi. Cantek-cantek [cantek memanjang aku ni]





Sebahagian daripada koleksi hantaran. Hiasan kat tepi pun gune bunga yang sama. Jadi nampak agak tenggelam hantaran ni.




Ni antara pelamin moden yang pernah aku tengok. Kalau korang perasan, pelamin ni dorang deco kan ala-ala dalam laut gitu. Yang silver tu, kunun-kununnye kerang/tiram kot. Kat tepi pelamin tu ada buih-buih umpama di lautan. Lepas tu siap ada asap lagi, tapi tak ar tebal mane. Pelamin ni nampak agak sarat dengan hiasan kain, lepas tu ada bunga lagi. Silap haribulan orang tak perasan pengantin ada kat situ. hehehhe.



Ok, sekarang kite beralih pula ke pelamin ni haa. Aku pun tak terfikir, akan adanya pelamin macam ni. Pelamin ni pun sama/lebih kurang je dengan yang atas. Bajet ala-ala 'Cintailah Sungai Kita' atau 'Selamatkan Penyu Kite'. Motif pelamin ni, urmm. Tak tahu la aku ape motifnye. Kalau perasan, kat pelamin ni ada hiasan penyu kat tepi sana tu ha. Lepas tu, belakang depan, siap ada akuarium lagi. Naya la kalau ada budak-budak terlanggar ni karang. Habes melimpah air satu dewan. Kalau korang rasa pelamin ni cantek kan, boleh la undi ke 1234 [nombor sape nih ha? pinjam sat]




Sukeee! Baju ni cantek giler. Kaler dia pun cantek. Silver and black kalau kene digayakan, memang meletop! Kenapalah baju ni cantek sangat? Naek geram menengoknye. Kalau boleh try kan best *_o

Urrmm, ada lagi pelamin yang cantek-cantek. Tunggu part II ok [saya update laju-laju eh, sehabes laju. nyitt!]




8 comments:

  1. wahhh..kat mane ni pameran ni? :P

    ReplyDelete
  2. wahh....
    ade sesape nak kawen ni..
    jgn lupe jemput..
    hehhee

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa lawa2 seme..seronok org berkawin zaman la ni sebb mcm2 pesen hehe...siap ada pameran bagai i likee...

    ReplyDelete
  4. IEDCHAN :
    kat TTC = Terengganu Trace Centre. lupe nak maklum nama penuh dia. hehhehe.

    ReplyDelete
  5. SYAFIQ ROSLI :
    betul tu syafiq, memang cantek2. naek rambang mata ni ha duk menengok. hehehe

    ReplyDelete
  6. LINE PUTIH LINE HITAM :
    ok, kalau ada jodoh sis jemput la kamu nanti. urmm, tapi so far kan, takde bau lagi la. hahhaha.

    ReplyDelete
  7. HANIS MY :
    tu la, pesen jangan cakap ar. vouge de bah sungguh! sedia $$$ pelamin berehh :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.