Thursday, February 17, 2011

Festival Pelamin dan Rias Pengantin - II


Ok, tak nak cakap banyak. Terus je kite sambung entri lepas. Meh kite jenguk..



Terasa seperti cinderella tang-tang tu jugak. Hik. Maunye tak, dah macam dalam fantasi. Cantek giler pelamin nih. Bunga-bungaan pulak, semuanye nampak fresh, padahal plastik je. Kalau buat kat taman tentu sesuai dan amat bertepatan sekali la. Tengok tema pun dah boleh agak. Agak-agak kan, lelaki suke ke tak pelamin macam ni? Kalau tanya aku, aku akan jawab 'LOIKKKKEEEE!' Tapi hanya sesuai untuk ditonton sahaja, kalau untuk hari besar. Tak berapa nak sesuai. Aku prefer pada yang simple. Nyit!




Sebab terlalu cantek. Kite amek lagi kat angle ni. Jelita sungguh! Siap ada beskal putih, sepasu bunga dan jugak kek yang bertingkat-tingkat kat para beskal tu ha. Kek tu nampak cam real [nampak je ok!] Kalau kek betul, dah lama aku pi 'colek' kasi tanda pengenalan x_x




Dan lagi gambar, sori aku berkenan sangat tengok pelamin nih. Kerete kuda. Bajet naek kete ni, pastu bawak aku gi jenjalan kat satu taman bunga yang indah. Ferhh! [ni yang malas nak tulis nih, mesti 'koya lebih']




Kat tepi pelamin ni ada dua beskal, yang satu ni ada dua ekor burung merpati. Elok je tak lari terbang. Tapi tak berapa nampak sangat sebab kaler beskal tu putih. Serious! suke sangat-sangat-sangat pada pelamin ni. Angau! Kalau perasan, sebelah kiri tu ada budak pompuan. Eh! patung budak pompuan. Kalau nak tahu, dia ni berdua ngan akak dia kot. Gaun dia punyelah cantek. Tapi seksi. he he he




Dah, beralih ke pelamin lain. Yang ni pun cantek. Simple je. Kalau perasan, kebanyakkan pelamin mesti kaler wajib dia putih! Lepas tu campur dengan kaler asas-asas lain, macam pink, or yellow pages atau merahnye mak ngah.




Saya nak ini! Nak ini jugak. hahahha. Pelamin kesukaan. Simple je. Tapi urmm, perlu diubahsuai sikit kat kain tu. Kasi bukak sikit. Tak ar nampak cam lemas sangat time nak bergambar reramai dengan family nanti. Wek! hahahha. Berangan sampai esok. Eh! yang ni saya chop tau.




Suke gaun ni! Dah la kaler cantek giler. Nak kata pink, takde la pink sangat. Er, nak try boleh??? [GALOKKKS!] hahahha




Ok, ok. Yang ni kene sopam sikit. Tengok pelamin dah tahu kan. Ala-ala tradisional gitu. Nampak macam spa pun ada. hehehheh.




Close up sikit. Tadi cam jauh sangat kan. Ginilah rupenye.



Yang ni memang meriah. Kalau korang rasa bantal tak cukup. Tok sah bimbang, kat sini banyak haa. Pilih je nak kaler ape. Nak berapa. Amek kalau tak malu. Err, tak tahu la pelamin pesen ape ni. Tak pernah tengok katakan. hu hu hu.




Tapi baju ni cantek kan? Kalau dalam gambar, nampak cam 'berserrrrriiiii'. Gunelah sabun Top. Tetibe!




Yang ni ketua kepada pelamin-pelamin yang ada. Pelamin ni dorang reka khas untuk letak kat atas pentas. Cantek kan? sebab simple. Dua kaler je. Jimat. Kuning putih tu jerk yang dorang gune.



Tak boleh nak ambil full. Separuh je sayap yang nampak. huhuhuh. Yang ni pun ok, ala-ala angel gitu. Tengok la kipas dia tu ha. Bapok besor. Sekali kibas, mau terbang bulu mata pelsu.


Fuh! penat gak duk tengok pelamin-pelamin ni. Terasa tak nak balek umah, sebab cantek sangat-sangat. Tu tak termasuk tengok model-model pengantin lagi. Tapi sori la, aku tak ambil sangat gambar dorang, sebab aku nak tengok pelamin bukan pada model [ikhlas sungguh kalau menulis. Tak tapis langsung, jangan ada yang kecik ati sudah]

Ok, dah berakhir sudah lawatan kite ke pameran pelamin *_o . Ada yang berkenan tak? hehehhe.

Ok [untuk kali kedua] Jaga diri. Taaaa.



6 comments:

  1. mcm dah nak kawin ja :)

    ok gurau. setiap orang punya minat kan

    ReplyDelete
  2. wah..cantiknya...
    berkenan dgn pelamin yang macam seat kereta kuda tu..u buat eh?

    ReplyDelete
  3. pelamin concept fairy tale kat atas tu dari butik mana ea ? i nak tawu ..

    ReplyDelete
  4. SASA AL-SHARIF :
    amin. hahhaha. takde lah, belum sampai rezki tu. urm, hari tu saje je gi jalan2. cuci mata :)

    ReplyDelete
  5. ALIN :
    cantek kan? err, tapi bukan me yang buat. me jadi tukang tengok je. tak tahu sape yang buat. huhuhu

    ReplyDelete
  6. FERRA FERRO :
    urmm, lupe dari butik mana. kene carik balek brochure yang kami amek. heheh. sebab ari tu just snap pictures camtu je. sebab pegi sekejap je.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.