Saturday, February 26, 2011

Jom Heboh | K. Terengganu


Tadi cousin aku tanya nak pergi ke tak kat Jom Heboh [JH]. Kalau ikutkan hati nak pegi. Tapi sebetulnya, nak pergi satu family. Kununnya. Tapi ayah aku tak nak pergi sama. Jadinya, kami pergi dua buah kereta, mak cik dan my cousins satu kereta, aku dengan adek 3 aku satu kete. Tapi aku pegi lewat sikit la berbanding dengan dorang.

Dah la turun lewat, dalam 4pm lebih camtu. Lepas tu pegi isi minyak lagi, nak bayar bil tapi mesin out of service pulak. Sementara adek aku pegi bank kat sebelah, macam biasa aku masuk dalam Pustaka Seri Intan [kedai buku]. Kat sini best. Aku suke datang sini sebab boleh free reading. he he he. Kadang-kadang lepak dalam 30 minit blah ar [malu].



Magazines yang sempat dibeli tadi. Kalau nak tanya, magazines mane yang jadi pilihan hati? Urm, takde jawapan. Biasanya aku beli lepas aku belek-belek-belek isi kat dalam. Kalau isi best, aku beli je tak kisah ar magazine mana. Kalau tak, belek sampai kulit belakang pun, tapi kalau isi kureng, tak beli gak. hehehe. Yelah, macam membazir duit je kalau beli tapi isi tak menarik sangat.


Jalan dah mula sesak. Paling best, aku tak payah nak drive susah payah sebab adek aku yang tolong drive kete. hehehe! Biasanya memang macam ni la, kalau ada adek-adek, biasanya mereka yang akan bawak kete aku. Sebab macam tak macho ar akak yang bawakkan. Wek!



Kat sini orang panggil bulatan Ladang. Time ni agak sesak, sebabnye kereta depan takut-malu-segan nak cucuk-cucuk masuk lane. Akibatnye, lambat la sikit dapat jalan. Sementara tu, tengok kat sana tu ha. Batu Bersurat. Replika je tau, tapi terasa cam 'eh eh, canteknye view ni'. Padahal sebelum ni penah lalu kat sini, cume tak sempat nak menghayati pemandangan kat sini. Err, kalau diri sendiri drive.. mesti kite [sometimes] jadi tak alert kan view yang gah sebegitu.


Toleh kiri. Ternampak iklan ni. Terasa nak tukar kepada Maxis la. Sebab berokbeng aku sekarang sangat-sangat slow. Bikin gwa marah je!! Saya mau PANTAS dalam berinternet. Ececeh!


Sebab jalan dah sesak sana-sini, aku dengan adek aku cari jalan alternatif. Perghh! nak pegi JH macam nak pergi mana ntah. Tengok semua kat sebelah kiri ni [banyak tengok kiri. hehehhe]. Ni pulak bangunan Wisma Darul Iman. Macam best je kan keje kat dalam ni [macam je la]. Tersergam indah bangunan ni dan terasa bangga sat jadi anak Terengganu [tetibe semangat patriotik kenegerian muncul]


Sesak jugak! Last kan, kami parking kete jauh-jauh, lepas tu jalan kaki. Dah takde can nak parking rapat-rapat dengan tempat JH. Itu pun disebabkan idea bernas adek aku. Dia cakap, kalau dia tengok bola pun, takde nye nak parking depan stadium. Parking jauh sikit takpe, senang nak balek, tak ar sesak sangat ok. Aku no hal, jauh ke tak jalan je la. Lagipun tak ar lama sangat kami jalan, adalah dalam 10 minit camtu.



Time ni baru je sampai sini. Nah, nak pergi sangat kan?? Mak oiiii orang penuh gilosss. Berpusu-pusu, berhimpit-himpit macam sardin cap ayam. Kebetulan aku berenti kat booth Berita Harian. Jadi boleh tengok macam-macam aktiviti. Kat booth ni ada perkhidmatan gambar. Dorang akan amek gambar korang, lepas tu dia akan print dan bayarlah dalam berapa hengget ntah. Pompuan tu tanya, nak amek gambar ke? Just geleng kepala je. Tak berminat ar aku. Kat sebelah pulak ada orang nyanyi, tak tahu la sape yang nyanyi tu. Sebab tak penah tengok dan tak kenal.

Lepas tu, jalan-jalan lagi dan jumpe dengan cousins aku kat booth Wanita Hari Ini. Mak cik aku pulak, tak tahu la dorang pegi mana. Tempat macam ni tak sesuai untuk dorang. Serius! Naseb baek ayah aku tak ikut. Aku sendiri angkat 'bendera putih', apatah lagi kalau orang tua.



Candid! [tapi still omey] Dynas sori i upload pictures you ni tanpa kebenaran. Err, boleh kan??


Dynas yang sangat-sangat tantek. Tak caya dah ada anak satu. Ada lagi 1 picture, tapi 2 dah cukup la ek T ____ T

Ni je pictures artis yang nak aku amek. Yang lain-lain tak de. Kalau ikutkan kat pentas tu kan, ada si .. urmm, ape ntah namanye. Tengah nyanyi, aku ingat sapelah yang nyanyi tu. Lagu tak pernah dengar. heheh. Rupenye dia. Pemenang AF, lupe nama dia. Sori.

Lepas tu, aku berpecah dengan cousins aku.



Nilah yang diheboh-heboh kan dalam tv tu. Urmm, kalau tahu macam ni. Tak nak ar pegi. Tak best. Mungkin keadaan yang terlalu sesak. Lepas tu feel dah kureng dengan tempat macam ni [payah nak explain camne].



Singgah kat booth Silky Girl. Adek aku beli perfume, aku pulak beli compact powder ni dengan lipstick. Saje je la buat stock. Eh, ada sebab tau nape aku beli sedangkan bedak ni tak habes pun lagi. Sebabnye MURAH! hahahah. Tak boleh nampak barang murah, cepat je. Ok, kalau nak tahu compact powder ni hanya berharga RM10. Kalau tak silap harga asal dia, adalah dalam berbelas-belas hengget. Lipstick tu pulak, hanya berharga RM7 je tau. Harga asal, tak pasti. Tapi murah kan?

Bosan dah sampai tahap maksimum, aku ajak adek aku balek. huk!

Betul la kan, kadang-kadang dalam hidup kite, kite nampak sesuatu benda tu MACAM BEST je, tapi bile kite dah dapat or whatever la. Kite akan tahu jawapan dia, yang NAMPAK CAM BEST tu la, errr TAKDE LA BEST MANA.




3 comments:

  1. nasib baik dok gi...hahahahha....padahal jln jam...lasung kona balik mula...hahahah

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaa g jom heboh.. p/s: anteknyaaa handbag!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.