Saturday, February 19, 2011

Minyak Berlebihan??



Kite bukan bercakap pasal kenaikan minyak ke ape ye. Tapi ni haa. Eh, sebelum tu nak tanya, adakah anda mengalami minyak yang berlebihan di permukaan wajah?? Jike jawapan anda adalah YA, maka saya sarankan anda agar menggunakan kertas pembasmi minyak yang boleh diperolehi di kedai-kedai berdekatan anda. Di sini saya sertakan oil control film yang paling best untuk dipilih.



Yang ni adalah jenama Watsons sendiri. Berwarna pink [err, sape suke pink? angkat tangan] Cumenye oil control ni jenis roll. Nampak cam senang je kan nak bajet. Sebab kalau kite nak gune banyak, kite tarik banyak-banyak. Kalau nak gune sikit, sikit je la yang kite tarik. Bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Tapi yang TAK BESTNYA, kertas yang digunekan ni, agak kasar sedikit dan mudah koyak. Kalau korang gune tu kan, kene berhati-hati sebab ia boleh mencederakan muka kite [tapi takde lah sampai berdarah] Tapi memang tak best. Benda alah ni aku beli sebab nampak cam comel. Tapi tu lah, tak semua benda comel tu ok.




Try jugak beli yang ZA punye. Pun tak best untuk digunakan. Kertas dia nipis, dan terlalu 'kertas'. Bile kite tenyeh kat muka, tak terasa sangat kemeresapan dia tu. Mungkin sebab nipis kot, jadi tak berapa nak nampak banyak mana minyak yang dah ditapis.



Ini kertas nya. Kalau kene kasi bintang kan, aku just bagi 3/5 bintang je.



Yang ni aku memang sangat-sangat suke gune. Paling best setakat nih.



Ini rupe oil control film dari Clean & Clear. Best. Sebab kite dapat tengok banyak mana minyak yang diserap dari muka kite. Walaupun kadang-kadang takde lah banyak mana minyak kat muka aku ni, tapi nak jugak beli benda nih. Tapi kalau sapu muke time lepas memasak tu kan, memang lencun satu sheet ni. Boleh beli lepas tu try sendiri, tengok macam mana result dia. Ok ke tak.

Setelah bermacam-macam jenis oil control yang aku beli. Maka disepakati, untuk memilih clean n clear by j&j. Maka itu, pilihlah oil control film yang berkualiti dan berpadanan dengan $$$$ kita semua T_T




3 comments:

  1. ahah, saye pakai yang clean and clear tu.
    bagus jugak.
    murah pun murah kan?

    ReplyDelete
  2. yep! kalau dia ada promosi. 2paket dah jimat banyak dah. biasa watsons kalau promo boleh tahan. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.