Sunday, February 13, 2011

Tahniah!



Ape kegiatan pada weekend yang lepas??

Hari Jumaat tu kan, lepas dah siap semua benda kat umah, lebih kurang jam 3 lebih-lebih. Terus ke gelanggang futsal. Bukan pegi main futsal, tapi tukang tengok je. Kali ni tak join sama. Bajet nak berehat dulu. Ceh! Kunun. Ni last minit punye plan nak pegi. Seb baek cousin aku free. Lepas amek dia terus zaaaasss kat futsal.

Sampai-sampai, team laki-laki tengah gigih bermain. Time tu orang agak ramai la, datang bagi sokongan pada team masing-masing.



Eh! eh. Rayyan pun ada. Tak sangka pulak anak buah aku pun ada sama. Kebetulan adek aku main futsal jugak, dia main untuk team dia. Jadi diangkutnye wife dengan anak dia, jadi tukang sorak agaknye T_T Sian Rayyan panas eh. Tapi adek aku balek awal. Lepas game, anak pulak tidor. Blah ar pe lagi. My cousin macam biasa, layan si Rayyan dengan adek ipar aku. Lepas borak-borak aku pegi layan opismate aku pulak *_*




Ni lah team pejabat aku. Yang bestnye, dorang dapat J O H A N ! ! TAHNIAH!
[Wajah aku pulak yang excited terlebih]



Time ni baru perlawanan kumpulan, dorang tengah lawan dengan 'benteng terakhir'. Sebab team ni agak power la jugak. Last year, team ni la yang kalahkan kiteorang. Kami dapat Naib Johan je. Tahun ni, dorang balas dendam. Tumpang gumbira untuk mereka. Kalau ikutkan suasanan, memang gamat, masing-masing bagi sokongan kat team pilihan dorang.

Sebenarnye futsal ni dah macam acara tahunan. Biasanye kami akan lawan dengan pejabat-pejabat yang ada. Contoh kan, kalau ada 13 department, yang hantar wakil pulak 8. Haa, dengan 8 groups tu la akan kami lawan. Dia akan bagi kan kepada Group A dan Group B [lebih kurang la]. Biasa akan main kalah mati, perlawanan diadakan 2 hari. Hari pertama main sesama kumpulan, esok pulak lawan dengan kumpulan lain. Macam tu la sikit sebanyak yang boleh diterangkan. Tapi yang pasti futsal memang best!


* Short update je. Sebab tak sempat nak tulis panjang-panjang.



2 comments:

  1. Tahniah!!!! dh dpt berita ni dr Kak Asiah...bakpe dop main..u kam terror takpe next year join da team eh nk tgk aida beraksi dlm futsal mcm post bila ntah pernah bc dulu tapi lupa...

    ReplyDelete
  2. HANIS MY :
    dok main ar tahun ni. pakai braces gini. kene bola darah gigi. hahahhahaha.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.