Friday, March 11, 2011

Akhirnyaaa . . .


Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu. Akhirnya selesai dan menemui jalan penamat juga semua kerja-kerja yang dilakukan. Benda ni la yang aku cakap 'kebolokan' itu hari. Boleh selak entri lepas. hehehe. Kali ni nak sentuh dan bercerita sedikit saje tentang kerja di kantor. Kronologi 2 minggu yang menyebabkan tak berapa nak aktif dalam belog. Thanks pada readers semua sebab sudi jugak jengah MPS ni walau tuan tanah dia tenggelam timbul. [eh, sebab dah lama tak menulis, terasa beku]

  • Sebenarnye, dalam masa tersebut rutin harian berubah 360 darjah. Seperti biasa, tiap 3 bulan sekali akan diadakan satu mesyuarat Lembaga yang mana akan melibatkan Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan lain-lain. Dan sebelum ini, mesyuarat ni biasanye diadakan di KL. Tetapi kali ni, mesyuarat ni diadakan di sini saje [tempat keje aku je]. Jadinya semua preparation untuk mesyuarat tu perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Semua benda perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan kecil. Contoh, semua tempahan flight hendaklah dibuat mengikut masa yang dikehendaki oleh chairman/ahli mesyuarat [yang mana tinggal di luar Pantai Timur]. Macam biasa juga, jikalau ada pindaan masa pada tempahan tadi, kite perlu uruskan semula dengan pihak penerbangan. Biasanya kami hanya gunakan agen aje. Dari segi urusan mengambil dan menghantar semua tetamu ni, pengangkutan perlu disediakan supaya perjalanan mereka dari hotel ke tempat mesyuarat lancar. Pendek kata semua hal-hal logistik perlu dibuat dengan baik. Selepas selesai mesyuarat tu, wah. Terasa nak menjerit YEAAAA! lega sangat-sangat bile habes je mesyuarat tu. Walaupun tak involve dan sekadar menguruskan apa yang patut. Tapi setiap tanggungjawab yang dipikul tak boleh dipandang enteng.
  • Dalam masa yang sama, kami juga perlu menyelesaikan lagi satu tugas yang penting iaitu KPI [Key Performance Indicator]. Kalau diikutkan ni adalah kali pertama aku perlu mengumpul data-data daripada semua ketua seksyen yang ada di dalam kantor [sebelum ni mintak dari satu-satu bahagian je]. Memang agak berasap jugak wei buat benda ni. Proses pengumpulan data memang memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi. Dan kat sini apa yang penting kerjasama dari semua pihak amatlah di tagih bagi menjamin kelancaran proses seterusnya. Berlumus tungkus untuk pastikan semua berjalan lancar. Dan semalam, sesi perbentangan telah selamat di buat oleh big boss pejabat kami. Alhamdulillah.
Kalau nak tahu, kebetulan semua program ni, datang serentak, hampir sesak nafas. Tapi sesak nafas dengan kerja masih boleh diterima. Dan agak pantang bagi aku, kalau sesak nafas dengan manusia. hahha. Bukan apa, kadang-kadang kerja yang kita lakukan akan menjadi seronok, dan tak menjadi hal walaupun ianya mengambil masa untuk disudahi. Kerana kerenah manusia yang entahpape akan melambatkan lagi proses kerja kite [sometimes lah... Ok dan yerp! aku jugak punye kerenah yang menjengkelkan. hahahha. Normal la untuk setiap orang punyai kerenah kerana kesempurnaan tidak menjadi milik manusia]

# Naseb baek ada kawan yang sangat-sangat membantu. Thanks Kak Sa. Appreciate sangat-sangat semua pertolongan tu. Buat keje sambil ketawa memang seronok. hik!


Bile bercakap tentang rutin harian yang berubah tadi, seperti yang kite sedia maklum, apabila kite terpaksa memberikan masa kite kepada kerja. Akan ada masa lain yang perlu diketepikan untuk seketika. Untuk dua minggu ini, tak de lagi aktiviti berjimba di bandar. hahhaa. Cousin aku ada bertanyakan hal ni kat sister in law aku. Mane aku pergi. hahaha. Padahal aku bertapa di pejabat. Dan yang paling aku hargai sangat-sangat. Pada kesabaran ayah aku. huk! Pergi keje di kala mentari muncul, balek keje pula di kala matahari sudah tiada, yang ada hanya sang bulan. Yang menjadi penunggu setia tiap kali balek dari pejabat, semestinya ayah aku. Sebenarnye, ini adalah normal kalau aku balek lambat. Cumanye, dulu mak aku yang tunggu. Kali ni ayah aku pulak. heheheh. [eh sebelum tu, paham leklok noo, ni bukan nak mention 'aku la sorang balek lambat, aku la sorang yang busy, aku sorang je la yang itu.. yang ini...' BUKAN. Sebab bukan selalu pun camni. Setahun ada la sekali. Tapi nak TEGASKAN bahawa kesabaran dan kesetiaan seorang ayah O_o yang mana buatkan semua penat lelah itu hilang tah ke mana tah. hehhehe.

Ada satu malam tu, memang sangat-sangat lega bile pagar umah makcik aku dah dibuka [mesti konpius kan? umah aku takde pagar, tapi kene masukkan kete kat umah makcik aku. Parking istimewa kat bawah umah dia. hahhaha.] Ok, bile tengok pagar dah dibuka, tak payah nak turun dari kete bukak pintu pagar tu. hahahhaha. Bertuah punye anak. Lepas tu, ayah aku bangun dari tidur dipasangnye lampu kat luar umah supaya terang dan aku tak takut nak berjalan dalam gelap Lepas aku dah masuk umah, ayah aku kunci pintu baru lah dia masuk tidur semula. Wahh! terharu. Seingat aku, ada lah dalam 2 malam yang ayah aku tak nantikan aku balek, malam-malam lain, dia tetap setia. Saya sayang sepenuh hati kat Pok! [Bapak bile disingkatkan menjadi Pok. hahhaha. Unik giler]

Apa yang pasti, banyak pengalaman yang dapat diambil. Bile dah melalui semua ni, aku merenungi segala kekurangan diri dalam proses penyediaan kerja. Dan mungkin, untuk tahun depan. Akan ada penambahbaikan yang boleh dilakukan. Kata orang, kite belajar dari kesilapan.

Yeahh! yea! Hajat di hati nak pergi jenjalan. Dah lama tak tengok bandar Kuala Terengganu. Tapi tak tahulah, kot-kot tidur lebih enak. hehehe T_T

Take care, senyum selalu [nak-nak bile tengok Raja Lawak ni. hahhahaha]



2 comments:

  1. tak pernah kena KPI lagi...uhuks

    ReplyDelete
  2. sini tiap-tiap tahun ada. cume nilah 1st time kene buat. hehhehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.