Saturday, March 12, 2011

Amaran 9 Mac 2011 dan Tsunami



Malam tadi tak tengok berita sebab ter'pengsan' lebih awal daripada biasa. Bangun-bangun dah jam 9 malam. Lepas tu, bukak belog dan semua duk cite pasal tsunami. Eh? Ooo. Lepas dah belek satu persatu belog. Ok tsunami kali ni kat Japan. Teruk jugak kesan daripada tsunami tu.

Siang tadi, jam 7am, yang membawa maksud 'waktu untuk berita'. Terus tukar channel. Masing-masing tak lepas duk pandang video dalam tv. Air dia, mak aihh. Air nampak cam rilek je, mungkin sebab kamera fokus daripada atas kot. Tapi sekali hempas, habis semua kapal [bot], kereta, rumah, macam-macam terdampar macam tu je. Sama je keadaan macam kat Indonesia dulu. Air hitam pekat.

Tadi, hujan memang turun di bumi Darul Iman [kawasan tertentu je kot]. Tapi kami tetap gigih keluar menghabiskan masa membeli keperluan diri. Time tu dah petang dah. Cuaca memang tak menentu sejak seminggu yang lepas kat sini. Hujan, lepas tu reda, lepas tu hujan balek. Macam tu la.

Berdasarkan keadaan cuaca dan video dalam fb, yang mana menunjukkan air naik sampai kat jalan Pantai Batu Buruk. Kalau dah tahap macam tu, memang ombak betul-betul kuat malam tadi. Memang tak dinafikan hujan ni adalah mungkin, mungkin ok. Salah satu kesan tsunami yang melanda Japan. Kenapa kata macam tu? Sebab, bulan Mac biasanya hujan tak macam ni. Ni dah macam musim tengkujuh. Lebat sangat-sangat.


Kat depan traffic light, tapi nampak kabur je.





Petang tadi hujan memang tersangat lebat. Tapi sekarang ni [malam ni], cuaca ok je x_x


Baru je tadi, sambil-sambil tengok berita pasal tsunami. Kami semua terbaca pasal satu artikel menarik ni kat dalam Kosmo. Dah berzaman baru nak baca. huhuhu.


Saintis beri amaran bencana alam minggu depan | Kosmo 9 Mac 2011 | Rabu

New York, Amerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.

Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.

Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.


*Kuasa manusia hanya mampu untuk meramal, namun Allah jua yang menentukan segalanya.

Tak tahu nak tulis apa lagi, btw hope Hanis yang berada kat Sendai, Japan sana selamat hendaknya. Amin, InsyaAllah.



2 comments:

Terima kasih atas pandangan.