Friday, March 11, 2011

Dunia Belog


Sementara ada kesempatan untuk terus mengudpate MPS ni, maka tak wajar saya lepaskan peluang yang terbentang di depan mata ni. Cite ni dah berhabuk dah, tapi tak sempat nak cite je.

Hari tu, saya ada join BPM untuk segmen SAHABAT BPM. Saje je suke-suke join, sebab kalau ikutkan baru je follow BPM ni. Tapi tak sangka pulak MPS ada terpapar kat Sahabat BPM. Time tu jari duk scroll pasal segmen ape tah, tup-tup terpandang MPS kat situ. Eh eh. Apakah?? Gumbira sangat-sangat.

1. Kalau kite sungguh-sungguh nak masuk dalam list tu lain ar kan, ini tak. Kite just suke-suke join, tup-tup masuk dalam list. Heyy walle! sape yang tak seronok kan? TQ BPM.





Kegembiraan di hati T_T


Urmmm, nak tulis ke tak nih? Sebelum tu, baca dengan rasional bukan dengan emo bagai yerk. Ok, kalau tak silap bulan lepas. Dengan rela hati selepas mengikut kata. Aku secara officialnye dah tak jadi geng pada beberapa group ni. Kenapa? Kalau korang ikuti belog ni, aku biasa mention yang aku buat belog kerana suke menulis. Bukan untuk popular. Dan jika diikutkan, pada tahun ini la. Tahun yang kata orang, aku baru rajin buat blogwalking [dulu jarang-jarang. hehehhe]. Tup-tup, tahun ini jugak la aku lebih mengenal apa itu DUNIA BELOG. Kat sini aku boleh jumpa pelbagai ragam manusia, ada yang bergaduh ntahpape. Serious. Aku tak berapa gemar dengan bergaduh di alam maya ni. Padahal kite bukan kenal pun. Maka dari situ, aku boleh baca, fahami dan buat satu keputusan 'ok, ini bukan yang aku nak!' Sebab sesuatu benda yang kita buat, kite kene fikir masak-masak. Jangan ikut orang dengan membuta tuli.

Tapi itu realiti, berebut mengejar traffic, followers, macam-macam hal [menyesal gak terbaca semua ni. huh!] Bukan tak boleh, BOLEH. Sape cakap TAK BOLEH. Tapi jangan ar sampai over mak limah ok! Nanti tak pasal-pasal hantu kak limah tak nak balek umah kan. Aku sendiri suke kalau ada followers ikhlas macam korang. Ye macam korang ni lah. Sebab tu la, aku kembali kepada asal. Blogwalking pada belog, tapi belog yang biasa-biasa je. Join mana-mana contest yang aku rasa nak join [duk tulis nak join, nak join. Tapi so far tak join jugak. Biasa untuk contest aku suke pegi ke belog Dila. Lupe plak link dia. Sori. Sebab kat situ banyak info contest. hehehe. Erk, bile ntah boleh join contest secara suke-suki ni].

Lepas tu jugak, kat dunia belog ni la aku dapat kenal ini satu group, ini pulak satu group. See, entahpape. Kenapa aku tulis benda ni? Sebab terasa sedikit meluat dan urmmm, pasal belog pun boleh timbulkan isu. Bagi aku, jika kamu menulis dengan ikhlas. InsyaAllah semua itu akan datang kepada kamu. Tak payah nak gaduh-gaduh. Heii, korang dah besar ok.

Dan ekoran daripada itu, aku dapat mengenal satu belog ni. Best! Tabik spring sebab kat dalam belog dia tu, takde satu pun nuff or advert macam aku letak ni. hahhahaha. Betul-betul menulis dengan ikhlas. Aku letak macam-macam bagai, bukan aku tengok pun. Tengok orang letak, kite pun letak. Aishh! Nanti bile dah bosan, aku buang jugak si advert tu nanti. hik.

Ok, la. Cerita banyak pun tak de guna jugak. Yang penting ingat apa tujuan kamu di DUNIA BELOG ni. Tu je. Nakmo gaduh-gaduh ok, p e a c e!


# Tak tengok berita tadi, tapi ada terbaca kat belog kawan-kawan. Dengarnye kat Jepun dilanda earthquake and tsunami. Harap-harap semua selamat. InsyaAllah..



3 comments:

  1. btol tu.. saya dah 2thn sebenarnya dlm dunia blog.. zmn dulu2 xmcm ni.. dulu2 xde lg group2 kt fb tu.. so masing2 mcm duk buat bising kat chatbox org je la.. bgurau senda kt situ..

    skang aktiviti bw mcm da kurang sgt2.. tmbah2 kpada blogger baru.. usaha xnk, tp bila nuff xbg BE, mrungut mcm2.. :)

    btw.. nanaosaki ni blog baru saya.. saje nk try jd blogger tnpa profile :p nk tgk sambutan pmbaca mcm ne lak..

    ReplyDelete
  2. salam

    terbaik entry anda. terkesan juga pada diriku nie sebagai blogger..

    salam daripada SAHABAT BPM.

    ReplyDelete
  3. NANAOSAKI :
    oo, blogger senior la ni eh. hehehhe. salam kenal :) urmm, dulu lain sekarang lain. tapi takde hal, masing2 punye cara. cume jangan sampai gaduh sini sana. tak best ar, sebab dunia belog ni tak ar besar mana :)


    NAIM :
    tinkiyu. er, entri ni untuk peringatan kepada si penulis tu jugak. hehhehe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.