Thursday, March 24, 2011

Hargai Masa Yang Ada


Assalamualaikum semua [bagi yang Islam sahaja] T_T

Agak lama tak menulis di MPS nih, sebab line sangat slow, plus kalau hari bekerja, memang tak sempat sangat nak melayan belog kadang-kadang je buat sempat. Eh, bil broadband tak dibayar lagi. hehehhe. Tapi kadang-kadang kalau bil dah dibayar pun, masih seloww. Tapi malam ni, line sangat berperangai baik. Sungguh berdedikasi dan cemerlang la awak malam ni. Saya suke! sangat-sangat suke.

Hari Khamis lepas, kami sempat keluar ramai-ramai pergi makan-makan. Kalau nak tahu, untuk makan secara beramai-ramai di luar MEMANG AGAK SUSAH untuk dilaksanakan. Ayah aku bukan suke sangat makan kat luar. Kadang-kadang dah bawak kat tempat yang paling best dan explore la jugak tempat yang berbeza. Tapi lepas makan kan, still dia akan cakap "tak payah pergi la lain kali atau tak berapa ni la . itu la.... ". Jadi, faham-faham sendiri la ye. huhuhu.



ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
Aminnn .. Ayat ni terpampang besar-besar di atas bukit. Terasa sejuk hati melihat dan baca dalam hati  ayat keramat ni.



Ini kedai pilihan ayah saya. Macam mana dia tahu kedai ni wujud? Sebab pakcik saya yang bawak kan dia ke sini bersama-sama dengan abang ipar saya. hehehhe



Terletak di tepi sungai. Hampir dengan bawah jambatan. Orang memang ramai kat sini. 1st time aku datang sini dan tahu wujudnya restoran ni.


Abaikan shawl aku tu yang entahpape. Bukan silap shawl, tapi silap aku yang pakai lebih kurang je. huk. Eh eh, diperkenalkan ini la ayah saya. Bila tua nanti [kalau umur panjang], saya nak awet muda macam dia jugak. Rambut masih tak dipenuhi uban, masih sihat kecuali kaki dia yang sakit sikit [sikit je], masih bertenaga, masih lucu-lucu. Alhamdulillah sangat-sangat. Ya Allah, sayang saya pada dia lebih tinggi dari gunung everest, lebih bernilai dari jongkong emas permata. [erkk, sebenarnya aku tak suka sangat pamerkan sayang aku ni pada ayah aku, kepada orang atau secara umum macam ni. tapi kadang kala aku nak jugak luahkan, kerana aku tak nak lepas ayah aku tiada nanti, baru saya nak luah tak sanggup kehilangan dia, kenapa la fikir macam nih!] Bersyukur tau kalau awak-awak semua, masih ada mak ayah. Hargai masa yang ada bersama-sama dorang tau. Kalau dah takde mak ayah, jangan bimbang. Kita masih boleh sedekahkan doa untuk mereka di sana. InsyaAllah, semoga doa-doa kita akan sampai kepada mak ayah kita. Amin.



Eh, panjang pulak caption kat atas rupanya. hehehhee. Ok ok, yang ni makanan untuk kami malam tu. Abang  aku pilih kerang bakar. Woow! 1st time makan tau [ye ke?? eh, ye lah kalau tak silap]. Sebab aku tak tahu apa fungsi lidi tu pada mulanya. Rupa-rupanya untuk mencungkil isi kerang. OooO cenggitu rupanya. heheheh. Oh ya, lagi satu kailan ikan masin dia sangat sedap. Entah macam mana ntah dia masak.




Ikan pari bakar. Memang sedap betul sos dia. Masin, manis terasa bersatu ramuan dia [hahahhaa. terasa macam juri dalam Top Chef]. Sebab dah pernah try makan ikan bakar kat tempat lain kan, urmm. Takde la sebest macam ni. Ada satu kedai tu kan, memang glamer habis la. Tersohor sebab orang cakap ikan bakar dia best. Tapi bila aku pergi beli, try makan. Urmmm, aku tahu taste pelanggan kedai tu macam mana. Tak sedap mana pun. Sos dia tak pekat, lepas tu rasa plak. Ntah, korang kene try sendiri la. Sebab lain orang lain rasa dia. hehehhe.

Esok dah Jumaat. Dah dipenghujung Mac, masa berlalu macam air bukan? Cuaca pulak tak menentu sekarang. Hujan je. Bukan tak suka hujan, tapi nak bagitahu hujan macam musim tengkujuh. Apa jua keadaan, perlu INGATKAN DIRI KITE, BERSYUKUR la dengan apa yang ada.

Ok, lah. Jumpe lagi di next entry ye. Jaga diri leklok...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.