Saturday, March 26, 2011

Jom buat aiskrim nak??


Hai, alls. Kat sini i nak ajar u ols macam mana nak buat Aiskrim AL. Tujuan utama entry ini ialah ingin mengajar anda semua macam mana nak buat aiskrim yang sedap medap nih. Yummyliciouss! [muke bersungguh].

Bahan-bahannya ialah, ok awak semua perlu beli biskut tau. Boleh beli biskut oreo ke, urm, biskut mana-mana aje lah. Saya just beli biskut biasa je T_T


Ini biskut yang dah selamat aku beli. Lupe plak ape nama dia.bukan oreo la. Kenapa asyik sebut oreo-oreo-oreo-corio-morio?? Dah merepek.


Aiskrim yang berperisakan vanilla.  Perisa lain tak mo tau, sebab nanti kita nak campur dengan barang bahan-bahan lain pulak. Takut rasa dia lain macam [padahal tak pernah try guna perisa lain, so duk imagine mesti rasa akan pelik] Brand pulak tak kisah la, nestle ke apa ke. Janji aiskrim.


Ok, mula-mula kita masukkan aiskrim ke dalam bekas. Ikut suka la nak masukkan banyak mana aiskrim tu tau. Bergantung pada diri masing-masing. Kalau ramai, kita letak banyak sikit aiskrim ni. Kalau setakat 2 3 orang aje yang nak makan. Sikit-sikit cukuplah.


Lepas tu, kita masukkan chocolate rice. Harga adalah dalam RM1.00 lebih kot. Lupa plak rege dia. hehehhe. Yang ni aku main tabur je, korang main tabur jugaklah. Ikut citarasa masing-masing eh [maklumlah, saya ni amatur je dalam memberi resepi. hehehhe]



Lepas tu lagi kan, kita masukkan choc chipsmore. Kalau terasa nak menaikkan kerasaan coklat tu, haa masuklah banyak-banyak. Tuang satu botol pun takpe. Tapi aku kedekut sikit. Aku just masukkan ala-ala je. Ambik syarat je. Sebab nanti tak payah nak pegi beli bahan-bahan ni lagi. At least boleh 2 3 kali guna. heheheh [kedekut nak mati]


Ok, dah masukkan choc chips dan juga choc rice tadi kan. Tibalah masa kita masukkan pula biskut. Macam gambar ni la. Sebab bahan-bahan  lain dah berunsurkan kecoklatan, kali ni aku taruk biskut adalah dalam 2 3 keping je. Nanti terlebih manis susah pulak. Sayang takut effect kat braces ni pulak. hehehhe.



Ok, kita gaulkan dia. Patah-patah kan biskut tu sampai menjadi debu kepingan yang kecil.


TADAAAAA!! Sudah siap X__x untuk dijamu selerakan. Senang bukan nak buat resepi ni? Kalau nak nampak lagi cantek kan, boleh jugak beli coklat smarties tu. Aku lupa nak beli. huhuhu. Lepas tu lupa jugak nak masukkan kismis dalam ni. Padahal kismis dah beli dah. Takpe, lenkali boleh try buat lagi. Letak macam-macam bahan. Baru best. Ni first time ngada-ngada buat macam nih. Biasanya beli aiskrim, beli roti. Lepas tu taruk je aiskrim dalam roti. Ala-ala sandwich gitu. Tapi yang ni .. Urmm, saje jelah kot T__T

Selamat mencuba tau.

Entry ni aku buat pada jam 10.30pm malam tadi, tapi upload gambar ni semua, hampir jam 1am, baru la selesai. Punye la lama. Dah la tu, skang ni asyik tidur lambat je. Jam 1 2am pun, masih duk terkelip-kelip lagi. Padahal kalau dulu, jam 12 pun dah rasa lewat giler kalau masih terjaga. Ni gara-gara hari tu la nih, boleh refer entry sebelum ni [kalau rajin, kalau malas tak payah]. Ok la, tak elok berjaga lama-lama, nanti mata macam panda. Ah tak nak ah macam tu. Ok, nite..


*buat autopublish la ek, hehehhehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.