Sunday, March 13, 2011

Panda & Jerawat


Bangun pagi rambut macam singa?? Kini tidak lagi. hahahha. Kelakar pulak tengok iklan ni petang tadi. Bukan nak cite pasal singa, tapi nak cite pasal pandai panda.

Sebut panda terbayang kecomelan dia kan? Nak-nak kalau yang berbulu putih bersih.




Ini panda hasil lukisan saya. Bile dah pakai paint, jadinya tak cantek mana lah. Tapi boleh la kan? hahhaha [kalau anak buah tengok, confirm kene kutuk]. Cekgu lukisan nanges takde air mata. huk!

Dua minggu yang sudah, oleh sebab waktu tidur agak kelam kabut. Hasilnya, mata menjadi semakin kepandaan.


Ok, ini gambar panda yang betul-betul panda. Omey bukan?


Bila dah mata macam panda, memang agak susah untuk mengembalikan kepada asal. Dulu pernah jugak beli eye roll on yang Garnier punye. Tapi tak jalan jugak. Payah jugak rupanye nak hilangkan kesan hitam/gelap bawah mata tu. Kalau ada pemadam, dah lama aku padam.

Pernah jugak letak hirisan timun kat mata. Segar la sekejap, tapi tak lah hilang kesan panda tu. Try jugak letak uncang teh. Urmm, sama jugak dek non oii. Sama jugak. Takde hasil. Mungkin kene letak berhari-hari tanpa jemu baru nampak kesan kot.

Lepas tu, jerawat pulak tumbuh melata kat muka. Aih! Tadi pagi, bangun-bangun bertambah lagi rakan jerawat. Jenis yang tumbuh dari dalam tu, memang saket sangat-sangat. Kiri kanan bawah atas semua ada. Mungkin stress atau perubahan hormon kot. Kalau tak silap, jerawat mula tumbuh dengan jayanya selepas balek dari Bandung itu hari. Eh, lama gile nak sembuh. Surut satu, naek satu. Macam tu la. Tapi untuk jerawat, takde ubat dia. Biasanye just gune bedak sejuk atau tunggu dia hilang sendiri je.

Mungkin gaya hidup perlu ditukar kepada yang lebih sihat. Err, bile nak start??? he he he



2 comments:

  1. mslah jerawat mmg menyusahkan..tapi skrg dah tak pkai ape2 pencuci muka...elok plak tak kuar jerawat...hehehe

    ReplyDelete
  2. MAN YUSOEF :
    tulah pasal. sis, tak pakai pencuci pun ada gak jerawat. pakai pencuci pun ada jugak. huhuhu. jadi layan aje lah. hehhehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.