Wednesday, March 30, 2011

Terbit jugak pasal poco-poco

Sementara rehat, rasanya lebih baik share benda yang boleh mendatangkan manfaat [takde la kita tahu sesuatu maklumat tu sorang-sorang. eh, korang boleh gugel untuk maklumat yang lebih dan lebih lagi x_x]

Ketika tengah buat keje tadi, bukak emel.

: Hukum Tarian Pocong-Pocong





Elok la ada orang yang mengantar emel nih. Sebab dulu kan, dah lama la. Rasanya adalah dalam 1 @ 2 tahun yang lepas. Aku ada bagitau pandangan aku [berdasarkan pembacaan rawak dalam gugel. kalau tak baca, tentu aku tak tahu pasal ni jugak] bahawa tarian ni diadaptasi dari satu agama lain.

Tapi ada seorang hamba Allah ini menyatakan dan tidak berapa setuju dengan aku.

Sebagai orang biasa, aku hanya cakap 'ok ar kalau macam tu'. Tapi dalam hati dan fikiran, aku dah plan dah apa aku nak buat. hahahahha [jahat!] Aku memang tak kan ikut benda yang aku rasa 50/50. Sebab bagi aku, adalah lebih baek buat benda yang lebih berfaedah. Banyak lagi benda yang boleh kita buat dan tak semestinya pocong-pocong tu! 

Tapi tak lama, senyap je. Tak jalan pun apa yang dirancang. Tak pelah, takde hal.

Sebab tu la, bila dapat emel tentang tu tadi. Terasa macam 'haa, eloklah ni. At least boleh bukak mata and MINDA sebagai peringatan kepada semua'. Sebab kita bukan 100% perfect.

Ok. Tu je nak cite.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.