Wednesday, March 16, 2011

Tips Menghadiri Temuduga


Jangan terperanjat pulak, tiba-tiba je menulis entry pasal interview.

Ok, bila bercakap pasal interview, semua orang akan buat 150% persediaan yang betul-betul teliti, pendek kata macam nak pergi meminang anak orang. Macam tu la lebih kurangnya.

Dulu aku bila dapat surat interview, memang dah cukup gembira. Yelah, time tu kerja tetap takde lagi. Jadi bila dah dapat surat interview, terasa macam dah dapat kerja. heheheh.

Bercerita pasal interview ni, antara benda yang perlu kita sediakan adalah [macam nak main masak-masak pulak]:

Eces! hehehhe. Tulisan ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengamatan disekeliling. Jadinya, mungkin tak berapa bagus la kalau nak dibandingkan dengan tips penulis lain [boleh gugel kalau nak tips yang lagi best].

1. Pakaian/Warna
Ok, kalau dari segi pakaian. Warna memainkan peranan juga. Tak silap aku, kita disarankan agar memilih warna yang lembut. Elakkan macam nak pergi kenduri kendara. Lip lap lip lap di sana sini. Ini untuk pompuan ye. hehehe. Just pakai simple tapi biar nampak sedap mata memandang. Mengikut keselesaan. Lebih sesuai memakai baju kurung. Bagi lelaki pulak, haa. Senang je. Pakai seluar berwarna gelap, ini untuk selamat lah sebab boleh match kan dengan warna contoh biru, apa jua warna kemeja. Tapi tolong lah elakkan daripada memakai warna pink, merah menyinar, hijau 'berapi' atau warna-warna panas.

2. Rambut
Kasi potong kemas-kemas, jangan nak buat rambut ala-ala rockers kat sini eh. Tak boleh. Yang perempuan, takde masalah sangat. Bagi yang bertudung, pakai elok-elok, yang tak bertudung pulak. Apa kata sanggul rambut tu, kasi nampak ok. Atau apa jua la yang boleh menampakkan korang tak macam cite 'mak limah'. hehehhe.



Biar nampak kemas macam ni. Haa, kan hensem macam ni kan? [Picture : gugel]


3. Kasut
Kalau boleh untuk lelaki tu, pakai la kasut berserta stoking nya sekali. [stoking ada G kan?] Pilih warna gelap. Kasut tu, tak semestinya baru. Yang penting bersih, kalau boleh kilatkan dengan ala. apa ek yang warna hitam tu. Yang bekas dia tu, ada burung tu ha. Urmm, boleh guna benda alah tu untuk kilatkan kasut. Aku dulu guna yang tu je untuk kilatkan kasut. Senang sebab dia berserta span. Untuk perempuan, pakai kasut tertutup ye. Elakkan kasut terbuka tau. Sebab tak nampak macam formal. Dulu, time nak interview kasut makcik aku la yang jadi mangsa. Pinjam je, time tu takde kasut formal. Selipar adalah. hahaha. Eh, tak cukup dengan kasut. Dengan stoking sekali aku pinjam. Sebelah mak aku punye, sebelah makcik aku punye. Agak haru biru, dahlah kasut besar 1 size. Jalan pelan-pelan takut tercabut. hahhaha. Sadis, sweet giler bile diingat balek. Terbayang macam yo soy betty la fea [rindu cite ni] Kelam kabut.





Teringin sangat-sangat nak pakai macam ni kat pejabat. Tapi .......


4. Ilmu/Pengetahuan Semasa
Ok, kite tutup bab baju semua tu. Sekarang kite cakap pasal ilmu/pengetahuan semasa yang perlu kita ada semasa interview. Macam pelik la pulak bile tulis macam ni. Takde words yang sesuai nak sampaikan. Biasanya kalau kita dapat interview contohnya di sektor yang tak payah ar sebut nama dia, biasanya soalan-soalan yang ditanyakan adalah tak boleh dijangka. Pengalaman menghadapi beberapa interview di sektor itu kan menunjukkan bahawa soalan yang diutarakan kadang-kadang mengikut ikut suka dia je kespontanan mereka. Ada yang bertanyakan pasal keluarga [ok lagi], pasal kerja yang kita buat sebelum ni [pun masih ok lagi], tanya pasal harapan kita sekiranya kite ditawarkan kerja [best!] dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang, ada jugak kita duk menghafal pasal organisasi mereka. Tup-tup lain yang ditanyakan. Itu biasa. Lumrah. Rileks ok. Yang penting kita sediakan info-info semasa sebanyak yang mungkin. Kerana, kalau dapat Dean's List every sem pun tak guna jugak kalau panel tanya contohnya "siapakah Menteri Kewangan sekarang?" urmm. Hambek ko, mane nak cekau jawapan. Aku kalau tak gugel pun tak tahu. Kadang-kadang tak hafal benda-benda ni semua. Ada yang tahu, ada jugak yang aku tak tahu. huhuhu.

5. Jujur
Kalau tahu, jawab, kalau tak tahu cakap je "Maaf, saya tak pasti tentang perkara tersebut". Dulu time interview ada jugak soalan yang aku tak tahu nak jawab. Lepas tu memang berterus terang je lah, cakap tak tahu. Last-last tak dapat kerja. hehehhe. Tapi ada satu ni kan, aku berterus terang cakap je apa yang aku tahu buat, bagitahu jugak apa kelemahan aku. Eh eh, dapat lah pulak kerja tu. hihihihi.

6. Sijil-sijil original ok
Haaa, yang ni kene ambik perhatian lebih-lebih. Benda ni penting sebab apabila interview, biasanya mereka akan belek sijil korang yang original. Jadi, sediakan sijil-sijil berkenaan dengan sebaiknya. Ini la sebab musabab aku sediakan entry ni kali ni. Ada ke tadi, adek 1 aku pergi interview tapi tak bawak sijil original. Eeeee. Memang geram, tapi sebagai kakak cuba berlagak selamba, padahal kalau boleh nak bebel je sekarung dua kasi pengajaran. Tapi tak nak ar kacau mood dia. Naseb baek sempat balek rumah untuk ambil sijil-sijil dia. Lega. Bayangkan kalau, kalau ye. Interview di KL, lepas tu kampong korang kat Kedah sana. Macam mana? Nak patah balek pada hari yang sama? Jawapannya, selamat tinggal romeo la beb. Takde rezki la nampaknye.

7. Punctuality
Ok, ketepatan masa amat penting dalam hal ni. Dulu aku pernah terlewat datang interview. Kelam kabut. Tak best sangat. Sebab tak jumpa bangunan, sesat, jalan bersimpang-siur. Tapi tu semua pengalaman. Yang penting korang kene datang awal. Sebab, bila datang awal. Masa yang ada, kita boleh rilekskan diri kita. Baca apa yang patut, atau borak-borak dengan kawan-kawan baru sementara menantikan turn kita.

8. Doa
Yang ni PENTING. Selepas korang dah buat yang terbaek, berdoalah kepada Allah sebelum, semasa dan selepas temuduga tu ha. Sebabnya, tak guna jugak kalau berdoa tapi semua yang di atas [1-7] korang tak buat. Kite kena faham, berdoa perlu disertai dengan usaha. Sebab rezki tak kan datang bergolek-golek-golek depan mata kita, kecuali kite berusaha [tapi ada jugak rezki yang tak disangka-sangak. Contoh tetibe ada orang offer korang kerja. Itu semua di tangan Allah]. Dan jugak penting, kalau korang ada mak ayah. Mintak mereka tolong doakan, atau buat solat hajat agar Allah mudahkan urusan interview korang. Dulu, kalau ada mak, kami mesti suruh buatkan solat hajat untuk hadapi interview ke apa ke. Sebab terasa macam selamat je. hehehe. Sebab tahu doa mak mengiringi kita dengan izin Allah O_o

Ni lah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi, tapi perlu diingat. Tak semestinya pandangan/tips aku ni betul. Yelah, bukan terel pasal benda ni. Sekadar pengalaman ciput je.

Kalau ada rezki kita, insyaAllah tak ke mana, mesti kerja tu akan jadi milik kita. Macam aku, naik turun pergi balek dalam 5 6 interview baru la dapat kerja. huhuu. Tapi tulah, kalau dah bukan rezki kita, memang tak kan jadi rezki kita jugak. Bak kata mak aku dedulu 'sedangkan makanan dalam mulut kita pun masih boleh jatuh'....

{Good luck}




3 comments:

  1. boleh ceduk pengalaman ni.. tapi teringat satu temuduga yang encik interviewer borak pasal family pastu gelak2.. kita plaks yg cuak!.. adehh!!

    ReplyDelete
  2. g krj jng hrp dpt pakai baju cm tu.. Khamis comfirm baju batik.. teringat time interview iskk... mcm2 pengalaman..

    ReplyDelete
  3. ILHAMARHAM :
    biasa dorang kadang2 pyscho je tu. tapi ada jugak tak. kadang2 dorang teringat kisah2 macam2, dorang borak. kite terpinga2. senyum je la. hehehhe.


    MAIZACJOE :
    tula pasal maiza, biasa kalau khamis memang berbatik la kita. pengalaman tu la yang mahal tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.