Tuesday, March 29, 2011

Update LajuLaju


Sebenarnya nak update cite lain. Tapi bila upload gambar, lembab semacam. Jadi malas nak menunggu. Sebab dah 11 malam. huk!

Tadi terbaca 1 artikel ni. Ni antara petikan yang saya suka. Jadi saya sharekan di sini eh. Selamat membaca ye o_O

Eh, lupa plak nak kabo. Urm, tak yah ar. Eh kene kabo. Saya just kaitkan dia dengan dunia maya sekarang ye [sebab artikel ni bermaksudkan dunia yang satu lagi [dunia dot tik tok. tak faham? tak pelah. sebab memang saya terpaksa buat ayat blur. hehehhe]

Drama Kehidupan: Antara Realiti dan Fantasi

1. Rupanya drama kehidupan juga ada dua darjat: satunya fantasi dan satunya realiti. Saban hari kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai perjalanan hidup individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia. Ia ibarat menyaksikan drama-drama kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan bermacam agenda beraksi di atas pentas yang fana atau maya ini [termasuk kamu. hehehhe. ok ok, dan termasuk aku sekali]

2. Seperti menyaksikan program drama di kaca TV ia mungkin menghiburkan, melekakan [dengar tak tu??] dan juga boleh mengalihkan tumpuan kita daripada drama kehidupan realiti yang sedang berlaku di depan mata [kadang-kadang mengadap belog, macam takde dunia. kadang-kadang ar terasa macam ni, tak selalu].

3. Kadangkala kita tidak dapat membezakan atau dapat menilai yang mana lebih penting untuk diberikan tumpuan kerana lazimnya drama fantasi lebih menarik daripada drama realiti [betol gak. Sebab tu la bila kite tengok cite kat TV/baca cite kat mana-mana/belog.. kita akan rasa/fikir "eh eh, bestnye dia. eh eh dan eh eh." err, saje nak bagitau ketulusan apa yang aku fikir]

Sebab tu la aku dulu berangan nak jumpa dunia yang macam cite hansel and gretel. Jumpe rumah yang dibuat daripada biskut, kek dan bermacam-macam makanan lagi. sedapp nye T_T . Seingat saya aku la kan, pagar dia dibuat daripada biskut, coklat. Nak makan, ambik je. Ngap. wee! Best. Berangan makanan sebab aku suke makan.  ngeee!

Ok, dah. Esok kalau sempat buat entri lagi. Kalau tak sempat i bw je la. 

Eh sebelum beredar dan menekan sign out dan shut down dan dan dan ....

TQ 163 T__T




1 comment:

  1. nice entry...






    jom singgah n follow belog saya..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.