Wednesday, April 20, 2011

Kalau tak sengal, tak sah


Pernah tak, nak update belog. Tapi idea tiba-tiba tersekat. Pastu kan, taip delete, taip backspace kan dia. Sampai jadi kosong balek ruang new post. Pernah? Aku pernah dan tengah mengalaminya sekarang! [tanda seruan tak membawa maksud nak marah or pape pun. saje je letak] Hidung masih lagi sok sek sok sek. Mata pulak berair je. Dahla nak bersin, tapi asyek tak jadi je. Tension tau kalau tak boleh nak bersin. Penangan team building kot, hehehe. Tapi sekarang cuaca tak menentu. Kat sini, sangat-sangat panas. Panas yang macam kering. Tapi tak kisah lah, sebab boleh basuh baju, boleh hantar kereta ke snow wash [tengok la macam mana nanti] 

Urmmm, orang cakap zaman budak-budak adalah zaman yang paaaalingg best sekali kan? Betul la tu, memang best. Tak payah nak fikir pasal kenapa ulat jadi rama-rama lepas tu mati. Haa, kan dah bagi contoh yang ntahpape. Dulu..


  • Masa darjah 6. Cekgu BI bagi tugasan. Dia bagi satu kertas, lepas tu kita kene potong gambar tu and tempek kat buku. Gambar cerita tentang seekor katak, jatuh dalam baldi yang dipenuhi dengan susu. Lepas tu, katak tu melompat-lompat dan susu tu jadi macam dadih [lebih kurang macam tu la jadinya]. Aku yang sengal, TERPENGARUH baekk punye dengan cite nih. Aku pergi cari sekor katak. Lepas tu duduk kat umah Tok aku. Ambik 1 baldi, taruk susu pekat cap junjung letak air. Lepas tu, letak katak kat dalam [dulu tak kisah pegang katak. wa rock bro. hahaha. tibe-tibe], bajet katak lompat-lompat lepas tu  susu tu akan jadi beku. Tunggu punye tunggu, tak jadi. Haruu!

  • Tengok cite Ultrameng. Dulu cite ultrameng paling top sekali kat tivi. Seingat aku dulu, ultrameng main tetiap hari Sabtu, waktu aku lupe. Pukul 10 kot. Lepas tu kan, ada satu episod ni. Kalau korang rajing [saje letak G kat belakang]. Korang search ar episod mana ek. TQ. hehehe. Anak gergasi raksasa tu dalam telur. Lepas tu bile dia nak menetas kan, mak dia takde. Masa telur tu pecah, muka yang mula-mula dia tengok, muke orang lain. Jadi dia ingat muke yang dia tengok tu, mak dia. Padahal tak. Aku percaya ar. Ooo.. gitu eh? Lepas tu, aku pergi [lupe plak, hari yang sama or hari yang lain] kat telur ayam. Konon-konon lepas ayam tu menetas, dia akan tengok muka aku and ingat aku mak dia. Berjanggut jugak duk menunggu. Hasilnye? Jangan cakap ar. Sebak hati aku bile ingat kisah nih.

  • Masa darjah 3, kalau korang pernah tengok cite Miss Comet Dewi Sakti. Mesti korang akan tahu tentang keterelan budak pompuan ni buat magic. Dia ada magic, eh.. ni cite Jepun tau. Ok, sambung balek. Dia ada magic [repeat la pulak]. Kalau dia nak buat apa-apa pun. Dia just hayunkan tangan dia, lepas tu akan keluar satu tongkat yang ada bintang kat hujung tongkat tu. Ting! maka jadi la macam tu. Ting! jadilah macam ni pulak. Wahhh! Best gilerr. Terpegun jangan cakap ar. Aku rasa nak masuk je dalam tv tu. Lepas tengok cite tu, berangan kat tepi pokok kapas dekat umah tok aku. Hayunkan tangan dengan harapan tongkat sakti akan keluar. Tapiiii... ok, anda sudah ada jawapan dia kan? Jadi tak payah aku habiskan ayat-ayat aku. Budak-budak memang macam ni gaya dia menjana akal menjadi kreatif. Ceh!

  • Dulu, zaman tadika. Ok, aku cite tak ikut susunan umur tau. Sebab aku main hentam je menulis. Ikut idea yang ada. Jadi baca je la, kalau pening pergi tengok tv. Sekarang ni Kedah tengah lawan Harimau Muda. Masih 0 - 0. Eeh, tercerita benda lain pulak dah. Sambung baleekkkk! Ok, zaman tadika kan. Kalau ada 5sen dah dikire kaya dah. Kalau ada sepuloh sen, dah dikire jutawan la diperingkat 7 6 tahun. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu. Aku ada 5 sen. Lepas tu, balek dari sekolah tadika. Jalan kaki je dengan kawan-kawan. Padahal tadika tu jauh. Adalah dalam 15 minit kot kalau berjalan kaki. Dulu takde culik menculik, jadi aman sentosa je beb. Dengan duit 5 sen tu, aku singgah kat kedai makcik and pakcik ni. [Nama panggilan kedai ni, aku masih ingat lagi. Tapi malas ar nak tulis. Sebab kelakar, kalau akak-akak aku baca. Tentu dorang gelak sorang-sorang] Dorang dah tua dah. Kalau nak pergi kedai dia tu, kena lalu satu lorong semak samun. Kire dulu, aku dengan kawan-kawan berani la kan? [baru terpikir. hahahhaha]. Singgah dengan niat nak beli gula-gula, sebab kalau 5sen biasa dapat 1 biji gula-gula. Tapi oleh sebab duit aku berkarat. Sangat-sangat berkarat. Makcik tu tak terima. hahahhhaa. Sedih gilerr. Lepas tu balek dengan hampa. Hampa sebab dah sampai kat kedai. Kalau tak sampai kedai, lain cite ar. huk!

  • Pada satu petang, ambik sunquick, lepas tu campur dengan susu. Konon nak buat kelainan. Tengah-tengah bancuh tu kan, dah sengih-sengih dah. Sebab bajet mesti sedap mabeles giler ar air nih. Bila siap kan, dia jadi berketul-ketul. Macam air susu dah basi. hahahhaha. Tak jadi aku nak minum. Korang try ar kalau tak caya. Errr, yang ni zaman study dulu-dulu. Sengal jugak. Ingat kan dah habes time zaman budak-budak. hehhehe.

  • Yang ni pulak. Kalau ingat balek, rasa geleng kepala 242 x 2. Ambik bunga kertas. Tau tak bunga kertas tu ape? "Di villa indah ini, pernah menjadi saksi.." Ye betol, bouganvilla murid-murid sekalian. Lepas tu amik kaca. Bunga kertas sekali dengan kaca tu kan, kite tanam dalam pasir untuk dijadikan GULI. Ye. Konon-konon ni lah caranye nak buat guli. Tanam biarkan dalam seminggu macam tu, lepas tu dapat la hasil guli yang kita nak tu. Sape punye ajaran pun aku tak pasti lah. hahahhaha. Entahpape. Serious. Aku pun tak tahu kenapa aku dan kawan-kawan begitu n a i f sekali. ish ish! [nak jugak libatkan kawan-kawan sebab tak nak nampak naif sorang-sorang. hehehe].. 


Macam tak masuk dek akal bila difikirkan kan? Tapi tu lah hakikat zaman budak-budak dulu. Best! Tapi sengal. Budak-budak sekarang takde nye macam kami. Semua dah berfikir jauh ke depan. huhuhuh. Masih berhutang cerita Team Building. hehehhe. Nanti-nanti la ye. Janji!



5 comments:

  1. zaman kanak2 dulu tak fikir benda lain selain nak berseronok

    ReplyDelete
  2. haha..kelakarlah bila ingt zaman budak2 dulu..

    akak,cite yg pasal katak tu tak penah lg yaty dgr..hihi

    ReplyDelete
  3. best kan zaman kita dulu..

    budak2 sekarang moden sikit...asyik dgn teknologi ja...heheh

    ReplyDelete
  4. SASA AL-SHARIF :
    agree! o_O memang pikir seronok je. lain-lain takde hal. enjoy gile time budak2 dulu.


    MISS YATY :
    yang tu cite pendek. cekgu bagi sebagai homework. cite tu tak glamer tu pasal orang tak tahu. hehehhe.


    HONEYBUNNY :
    tu la. budak zaman skarang. celik mata intenet. nak tidur psp. nak makan pun dengan gadjet jugak. pendek kata, otak teknologi sungguh :) [tp tak semua kan?]

    ReplyDelete
  5. sori beb, aku da lupa aku gugel hapa, tapi last2 termasuk kat sini.

    ehehee... aku penah jugak try sunquick campo ngan susu tu. hahaha... masa aku darjah 3... terpengaruh ngan air yogurt ah...

    nak beli mahalll... tapi sedap... blasah aa cuba konon2... sekali hasil mcm ko tules. hampeh je. sia2. nasib baik takde sape tengok. kalo tak mesti mak aku bising.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.