Thursday, April 28, 2011

Manusia Memang Banyak Ragam Perangai


Assalamualaikum, dah lama giler benor tak menaip. Dah lama sungguh tak tekan button 'PUBLISH POST'. huk! Keadaan tak begitu mengijinkan. Balek keje, penat, mengantuk, bereskan perkara-perkara yang perlu diselesaikan [line kena barred dan baru active semula. hehehhe] dan ZzzzZ mungkin adalah lebih baek. heheheh.

Malam lalu, sempat keluar bandar dengan mak teh dan Naa. Tujuan utama nak pergi bayar ansuran kereta. Aku tak bayar online, sebab memang rajin dan lebih suka pergi bayar secara manual. Tapi ada satu insiden, yang sampai ke la ni. Aku nak sangat tengok muka pompuan yang kurang bertamadun malam tu.

Sebelum kami pergi bayar ansuran kete, kami gi ronda-ronda kat pasaraya jap. Lepas beli barang-barang, kami masuk kereta. Bila aku buat u-turn, aku bagi signal nak masuk lorong kiri [ada dua lane]. Aku ada nampak satu kereta putih jauh kat belakang. Dah nampak ok, aku terus masuk lorong kiri, lepas tu dengar ada bunyi hon. Tapi tak tau dari mana bunyi hon tu. Bawak kete macam biasa.

Tiba-tiba.........

"baaaa b******"

Terkejut sebab kuatnye menjerit. Tingkap aku tertutup tapi masih boleh dengar ayat keramat tu. Tapi pasal ape menjerit nama binatang pendek berkulit kadangkala pink tu? Bila dia sebut babbb** tahulah aku hon yang aku dengar tadi, rupanya hon dari kereta pompuan nih.

Cousin aku : awak dengar tak? dia sebut baaabb**
Aku : dengar, tapi kenapa? bukan saya masuk lorong time kereta dia betul-betul belakang kete saya. jarak kete dia jauh lagi, selow je bawaknye.. 

Aku dah hangen, sebab kalau aku salah masuk lane time kereta dia betul-betul belakang kete aku. Fine! takpelah jugak kalau dia bunyikan hon dan sebut babbb** [tapi kan, takde binatang lain ke nak sebut???]. Tapi ini TAK, aku tak halang jalan dia dan aku masuk lorong time jarak kete dia masih jauh lagi. Jalan tu luas, dan ada dua lane. Aku amek lane kiri. Dia boleh lalu je kat lorong kanan.

Lepas tu kan, pompuan tu cuba nak potong sebelah kanan, jadi aku menunjuk protes dengan cara aku. Aku tak kasi jalan [part ni memang korang akan konpius, sebab keadaan jalan kat sini agak payah  nak diceritakan].. Sorry la, sepatutnya tak perlu nak diceritakan semua ni. Tapi sebagai pengajaran kepada diri aku sendiri.

Minah ni hangen. Mungkin sebab aku bawak kereta katak je, tiba-tiba tak bagi jalan kat dia yang bawak Hongda. [Aku tak bagi jalan sebab dia cakap kat aku babbbb*** dan aku tau dia bunyikan hon tanpa sebab yang konkrit] Sejujur-jujurnya, aku bukan memandang kereta apa yang kamu bawak. Hongda, Toyota ke, BMW ke, kalau dah takde didikan bahasa macam tu. Memang kene ajar. Warna kereta dia putih dan masih baru. TBB ***. Lepas dia tak dapat nak masuk lane kanan, sebab ada kereta lain dari arah kanan [time ni, dah nak masuk simpang yang sehala].

Aku masuk lane tengah [sekarang masuk jalan yang ada 3 lanes], eh eh dia masuk lane kiri. Siap honkan aku. Ok! Aku honkannnnnn lagi kuaaatt. Terus dia mencelah masuk ke lane aku. Berenti depan-depan kete aku. Sebab time tu lampu merah. Sepatutnya pompuan ni tak boleh masuk lane kiri nih untuk ke lane tengah, sebab lane kiri ni untuk orang yang nak ke kiri [ada lagi satu simpang. hahhaha. mesti pening korang pening kan??]. Kalau aku bawak bulldozer dah lama aku sodok kete dia, Aku masuk lane kanan. Sebab tak kuasa aku nak duduk belakang kete dia. Panas kat hati jangan cite lah. Tak cukup dengan tu. Pompuan tu siap bukakan tingkap kete dia, baiki tudung sambil menjeling kat aku. Aku dengan sepupu aku pandang sekilas tapi sempat lihat apa yang dia buat. 

Lepas dah lampu hijau, aku masuk lane kanan nak pergi bayar kete. Kete dia selow cam siput je kat belakang lane kiri [tengok, saje je kan nak buat orang saket hati??]

Bodo kan? [aku pun dah sama vodo cam dia]. Aku tak faham dengan jenis perangai pompuan yang macam nih. Menyebut babbb*** semudah menyebut 'jom makan' [nak jugak selitkan ayat makan kat sini]

*lepas sehari berlalu, barulah cousin aku betul-betul faham apa yang terjadi pada malam tu [kenapa pompuan tu cakap babbbb** dan bunyikan hon]..hahahha. kelakar.


**entri ni adalah entri yang paling payah untuk aku taip 



3 comments:

  1. sebab apa?teruskan cite...mmg ade buat salah ke?hehe

    ReplyDelete
  2. aaah..ila pun xdapat tangkap la cerita neh...2 kali ila baca..yg faham pompuan tu sebut....

    erk?ka ila yg lambat pick up neh?hehe

    ReplyDelete
  3. SOLEHAH + HONEYBUNNY :
    hahahha. memang konpius sikit entri ni. sebab keadaan jalan menyukarkan penceritaan..

    sebenarnye, kami takde buat salah pape pun.

    i ada edit sikit entri kasi faham.. hehehe

    my cousin tak paham apa yang jadi sebab dia tak dengar bunyi hon yang 1st. padahal yang tulah permulaan insiden menyakitkan hati tu. keesokan tu, barulah dia faham [lepas dia fikir balek] dan baru dia nak marah + geram. hahahaha


    * tapi kalau tak paham jugak.. takpelah. heheh. sebab payah sikit nak cite benda macam ni kat belog. tp gatal nk juga cite T_T

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.