Friday, April 1, 2011

Warna Perasaan

Ok, mula-mula kita cite yang gumbira dahulu ye.

1. Dah boleh menulis balek, sebab bil broadbengg bungg dah dibayar. hehehhe. Sebenarnya kalau ikutkan hati, boleh je bayar online. Senang, jimat masa. Tapi nak jugak bayar kat kaunter, jadinya tertangguh dan akhirnya dah kene bar. Tapi dah ok dah skang ni. 

2. Tadi petang keluar, plan nak cari tudung putih. Tapi tak kesampaian. Apa yang kesampaian adalah. Tereng teng tengggg!

TQ Encek Gugel
Dapat 2 cardigan. Suko gilo laaa! Dah lama usha cardigan. Bukan yang biasa + panjang tu. Yang tu tak nak. Yang ni yang lain. Satu coklat, satu hitam. Lepas tu, harga dia pulak, sangat-sangatlah ok. Takde la mahal sangat. Sebelum ni kan, pernah gak pergi kat pasar malam, pi survey harga. Mahal giler. Dah la tak cantek. Aku punye pesen perangai, kalau nak satu-satu benda, kalau mahal sangat. Aku tak kan beli terus. Pergi survey 4 6 7 kali atau pergi banyak-banyak tempat pun takpe. Sampai makan masa bertahun-tahun pun takpe [macam dslr. huhuhuu]. Tak kisah. Sebab bagi aku, aku akan beli sesuatu tu mengikut kemampuan. Kalau tak, dapat tengok pun jadi la. Yang ni, lebih kurang 3 bulan aku survey, Alhamdulillah. Dapat jugak. Sukee suke! T__T



Again : TQ Encek Gugel 
Dapat sehelai blouse yang sangat cantek. Yang ni tak plan nak beli, tapi kecantekan dia, kelawaan dia. Aku tak boleh cakap NO. Naseb baek harga ok. Kalau tak, tata titu la jawabnya.



Naseb baek ada Gugel
Tadi jugak, aku dapat shawl yang warnanya lebih kurang la macam ni. Tapi corak dia tak sama la. Harga pun ok. Dalam 9.90 je. Murah kan?? Sesetengah kedai, dijualnya sampai RM15. 


Lawa gile kan design ni.. Gugel lagi loo..
Dan tadi jugak, aku dapat beli kain langsir yang sangat-sangat la murah. hahahahah. Tapi tak beli banyak sangat pun. Untuk 1 meter, adalah dalam 3 ringgit. Kain dia dah la cantek. Warna coklat. Langsir ni untuk tingkap bilik je, jadi tak banyak mana la aku beli. Adalah dalam 3 meter. Tapi si penjual ni bagi harga 2.5 meter je. Total 7.50 je. OOoo. Manyak suke ati lo.. Alhamdulillah, banyak benda boleh capai hari ni O_o Lepas ni kene start menjahit la. Nanti dah ada langsir balek, bila hujan/kilat, takde la takut sangat. hehehhehe.

Sekarang, masuk pulak fasa bab geram, sakit hati, semua yang berunsurkan negatif!


Saya GERAAAMMMMM! Faham tak??? TQ : gugel

1. Dapat tahu RON97 naek lagi. Mau tak geram, tadi petang aku baru je pegi isi dalam 30 hinggit. Isi takde la penuh. Tup-tup tengok status fb kawan-kawan, cakap minyak naek. Tadi tak tengok berita. Memang saket hati. Asyek naek je. Mungkin nanti aku akan guna yang 95 ajelah. Jimat pun jimat. Bila sebut pasal minyak ni kan, aku ingat dan sedar. Aku berhutang satu entry pasal oil treatment. Nanti-nanti bila dah dapat minyak tu, aku akan tulis ye. Sekarang ni tengah berusaha untuk mendapatkan minyak tu [gigih dan bersemangat bile dapat tahu minyak 97 naekk lagi! grrrrr!]

Geram minyak naek, adalah melebihi geram aku tak dapat tengok last episode Ustaz Amirul.

2. Tadi tak sempat nak tengok Ustaz Amirul. huk! Bengang gak. Yelah, mana tak bengang [rasa gak sikit].. Tiap-tiap minggu aku duk tunggu cite tu. Tup tup tadi, tak boleh tengok. Sebab aku kene pi hantar adek ipar kat stesen bas. herk! Sampai umah dah 10pm lebih. Tak dapat nak tolong ar. Last tu weii, last!

3. Jugak tak boleh tengok cite Kejora dan Bintang. Memula tak ikuti sangat cite nih. Tapi tengah-tengah cite dia, aku ikuti. Macam best. Tapi memang SAKET HATI [tapi tengok jugak. hehheheh] Tadi petang tak sempat tengok cite ni, sebab keluar dengan cousin aku. huhuhu. Tapi aku dah plan nak tengok ulangan dia. yip yippi!

4. Tadi petang [banyak sangat 'tadi petang tadi petang.. bla bla bla'..] aku ada beli cupcakes. Beli sebab comey, bajet cam sedap la. Satu untuk cousin aku, dan satu lagi untuk diri sendiri. Tup-tup, keluar je dari bilik. Aih! Sesedap hati adek 4 aku makan. Dah la makan aku punye, bila aku tengok dia, dia tengok aku. Wah kamu, siap senyum-senyum lagik. hehhehe. Buat muke tak bersalah. Aku tak boleh, tak boleh nak marah. Tak jadi. Sebab nak gelak. Benciii la wei. Memang dah suratan takdir ke? Kakak dimestikan beralah kepada adik-adik??? Ini kan, dia tak tahu aku ada beli eskrem + roti. Kalau dia tahu.. abislaaaa.




1 comment:

  1. saya jelesnya ni..cardigan n blouse yang cantik..nak 1.....

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.